Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih
Latest Post
Showing posts with label bagaimana memulakan google adsense. Show all posts
Showing posts with label bagaimana memulakan google adsense. Show all posts

GabanMorka Dari GengBlogger Ditangkap Hidup-Hidup !

Salam sejahtera buat semua ...

Betul .. itulah kenyataannya ... GabanMorka dari Gengblogger ditangkap Hidup-hidup !

gurucyber.net


Hari isnin yang indah ni .. sebenarnya saya sedang mencari seorang sahabat yang paling kerap mengunjungi Blog Gurucyber.net .. siapa yang ditangkap akan di berikan hadiah khas dari saya ... nilai hadiah tersebut tidak la mahal namun ia adalah sebagai tanda terima kasih saya buat sahabat setia bog gurucyber.net . saya akan berikan sebuah sistem untuk jana pendapatan dengan adsense tanpa perlu susah payah mencari artikel dan sebagainya .. ia dilengkapi dengan panduan sekali ... nilainya dalam rm300.00 jer...

Untuk gabanMorka .. sila maklumkan kepada saya bagaimana untuk menghubungi anda ( seelok-eloknya email ) .. atau lagi mudah sila isi form contact dan nyatakan anda adalah gaban morka ...

Sekian terima kasih ..

p/s : nantikan tangkapan seterusnya dari saya .. he he
 

[ Chapter 3 ] Panduan Google Adsense Malaysia - Mendaftar Dengan Google

Salam Sejahtera Buat semua ... seperti biasa pakat baca doa dulu....

“Wahai Tuhanku,lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku”




Ok .. Back to da topic ...

Sebelum kita nak kaut duit dari Google sebanyak mungkin apa yang kita perlukan ialah tidak lain dan tidak bukan mesti menjadi salah seorang member/ahli mereka ... dimana nak daftar ?

Cara 1 ( asas )

Sila ke link ini < klik sini >

Disini anda boleh daftar akaun dengan google secara terus ... apa yang diperlukan ialah :

1. Web site Url
Kat sini masukkan web/blog anda ... bagi yang belum ada blog sila create satu blog free jer .. guna blogspot pun ok ... pastikan blog anda dalam bahasa inggeris ... apa sahaja topic anda boleh buat kecuali yang haram ... judi , lucah , kejam dsb ...

2. Website language
Mesti Bahasa Inggeris !
Sila tick 2 kotak kecik tu..

3. Account type
Pilih Individual

4. Country
Malaysia ler ...

5 - dan seterusnya ...
sila penuhkan segala maklumat yang diperlukan ...
Tick 3 kotak kecik tu dan klik submit Information ...

Klik comfirm di paparan baru adsense form tu... selesai...
Tunggu hingga Google hantar Email kat nkorang mengatakan anda diterima menjadi warga Google Adsense ...

Ok .. kat atas tu adalah cara paling asas nak daftar dengan Google adsense .... ada cara lain yang boleh kita gunakan untuk mendaftar dengan Google Adsense .... iaitu menggunakan Platform pihak ke 3 .... apa maksudnya ...

Cara 2 ( Platform pihak ke 3)

Platform pihak ke 3 adalah pihak yang berdaftar dengan Google yang mana Google membenarkan kita menjadi sebahagian dari ahli google melalui pendaftaran dengan pihak ke 3 tersebut ....

Antara pihak ke 3 ( Sebahagian ) yang boleh kita gunakan ialah :

www.docstoc.com
www.indiastudychannel.com,
www.indyarocks.com,
www.hubpages.com,
www.indiareviewchannel.com,
www.shetoldme.com,
www.infobarrel.com,
wwwcodexfind.com,
www.salespider com
www.bukisa.com

Caranya ialah ... kita mendaftar dahulu dengan pihak ke 3 tersebut dan melalui pihak ke 3 ini kita boleh mendaftar diri dengan google adsense ... Sebenarnya cara ini lebih mudah kerana kita tidak perlu lagi menyediakan web / blog untuk mendaftar secara terus seperti cara basic tadi....

Cara ke 3 ( Upah Orang Tolong Buat )

Cara ini adalah super mudah .... upah sahaja orang lain buatkan pendaftaran anda dan caj yang biasa dikenakan sekitar Rm30 - Rm80 untuk satu pendaftaran dan dijamin lulus .... boleh Google dan cari servis ini di internet ( Pastikan cari servis dari orang malaysia)

Ok sekian dulu untuk chapter 3 .... sebarang pertanyaan sila letakkan di bahagian Commet ... TQ
 

[ Chapter 2 ] Panduan Google Adsense Malaysia - Tak kenal maka Tak Cinta

Salam sejahtera buat semua ....
Ok sebelum memulakan sesi pelajaran hari ini sama-sama kita baca doa dulu , moga berkat ilmu hari ni ...

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"

Ok .. tak kenal maka tak cinta hari ni membicarakan apa dia program Google Adsense ... Sebenarnya Tak yah cerita panjang lebar pun tak per pasal kita semua kena rajin skit jer... Cuba taip kat web browser nkorang tu * apa dia program google adsense .. bukan ratusan malah ribuan laman web/blog yang membicarakan apa dia program google adsense ... so nak jimatkan masa .. nkorang cari ler sendiri apa maksud dia ...

Ringkasan dari semua definisi diatas adalah .. proram ini adalah dikenali sebagai PPC ( Pay Per Clicks )  , PPV ( pay Per View ) .. maksudnyer Google Akan Bayar Kita berdasarkan klik dan View dari visitor kita... semua bayaran akan dibuat dengan unit USD ( Us Dollar ) ... minimum bayaran adalah USD100 ..

Bagaimana Google bayar kita ? cara paling mudah untk terima bayaran dari Google adalah dengan menggunakan Wire Tranfer seperti western Union ... Taip western union malaysia .. anda akan jumpa apa dia dan bank mana menawarkan servis ini ... nak lagi mudah .. petang ni boleh la pegi pusing2 sekitar bank berdekatan dan cari logo ini ...



ada jumpa logo tu ? .. yer .. kita akan terima duit dari bank tu TUNAI ... Google akan tranfer dari US ke bank tersebut dan bank tu akan bayar pada kita ...

Ok ... so bagaimana bermula ...

Untuk bermula apa yang kita perlukan hanyalah 3 perkara .
1. Berdaftar dengan google adsense ( free )
2. sebuah laman web / blog ( free )
3. sebuah kerajinan ( free jugak )

Uiks ! mudahnyer ... yer memang mudah ... no 1 dan no 2 memang mudah kecuali no 3 .. yang ni tak ramai yang boleh buat ...

Baik sekian dulu untuk chapter 2 ... kita sambung chapter 3 untuk sesi berikutnyer ..

sebarang pertanyaan boleh dibuat di bahagian Comment .. sekian wassalam...
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger