Salam sejahtera ... Apa khabar makcik2,pak cik2,abang2,kakak2,adik2 .. he he .. harap sihat di hari ahad cuti yang tenang nih...
Kita sambung
tutorial/panduan google adsense malaysia hari ni ... walaupun hari ni hari ahad ndan hari cuti , namun untuk menghargai kunjungan sahabat-sahabat sekelian saya gaghkan jua ... jom kongsi ilmu ! ...
Ok jom baca doa dulu ..
“Wahai Tuhanku,lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku” Amin... Ok , amacam dengan akaun yang di pohon tempoh hari , dah lulus ke ? saya sendiri dah lulus satu lagi akaun 2 hari lepas .. mohon melalui docstoc.com .. ini akaun untuk anak saudara yang tengah dok study kat UTM skudai ... Moga lepas ni dapat la tampung skit perbelanjaan dia dengan elaun dari google Adsense nih .. hu hu ..
Ini adalah contoh email yang akan anda terima sekiranya Google telah meluluskan permohonan untuk menjadi sebahagian warga nya ...
Bila dah dapat email macam tu maka secara rasminya anda adalah warga Google adsense dan boleh mula menjana pendapatan dari Program Ini .... jika belum terima sila la ikhtiar kot mana pun nak dapatkan kelulusan tu yer...
Baiklah , bagi mereka yang dah ada akaun dengan Google adsense boleh mula fokus sekarang bagaimana nak mulakan langkah seterusnya ..
Sebelum melangkah lebih jauh ... suka saya berterus terang disini bahawa saya akan guide sahabat semua bermain adsense ni seperti kita sama-sama masih 0 .. maksudnya bagi yang dah tahap expert mybe anda tak sesuai dengan tutorial ini ... tujuan saya buat begitu adalah nak pastikan semua sahabat dapat ikut cara ni walaupun sahabat tu masih di bangku sekolah dan baru 2 hari kenal adsense nih... harap semua faham yer... Untuk yang expert saya juga akan kongsi disini .. tapi itu mybe Chapter yang ke 38 nanti .. ;-D ...
Adus , banyak la pulak melalut ke lain ... he he.. Ok back to d topic ...
Ok , sila log in ke dalam akauan Google Adsense anda ... Disitu anda akan lihat macam2 ader ... sekarang apa yang anda perlu tengok adalah yang dalam bulatan kat bawah tu jer ( Gambar )

Kat atas tu saya telah bulatkan dua menu ..
1. Adsense For Content
2. Adsense For Domain ...
Apo ko bondo plak ni ? saya akan terangkan secara ringkas satu persatu .. jangan bimbang sahabat ... hehe... Yang nombor 1 tu dipanggil adsense for content ... cara nak jana pendapatan dengan yang ini adalah kita perlu menyediakan sebuah web/blog yang mempunyai content .. contoh blog main adsense for content
< klik sini > . Cuba perhatikan dalam blog tu .. sarat dengan content dan penjuru atas sebelah kana pula ada satu table yang dia tulis '
Recomended Site ' .. kat dalam tu lah iklan dari adsense ...

Perhatikan gambar di atas .. yang saya label no 1 tu adalah content .. no 2 tu adalah iklan dalan bentuk image dan no 3 tu iklan dalam bentuk teks ... so , setiap klik yang dibuat oleh visitor akan dibayar oleh google ... nilai untuk setiap klik pula bergantung kepada beberapa faktor ... ( kita akan bincang di chapter seterusnya ) ...
Iklan yang terpapar di situ bergantung kepada content blog tersebut ... contohnya , jika blog tu berkisar tentang insurance maka iklan akan dipaparkan berkaitan insurance juga .. jika tentang kereta makan iklan akan dipaparkan berkaitan kereta ... begitulah seterusnya ... namun ia bukan 100% tepat kerana ia juga bergantung kepada pengiklan melalui adword ... ada juga pengiklan yang melatakkan keyword mereka tidak selari dengan apa yang mereka nak hebahkan tapi ia jarang berlaku...
Ringkasnya .. adsense for content akan jana income melalui klik yang kita terima ...
sekian untuk hari ni ... biar sedikit tapi berkesan .. he he ..kita akan sambung untuk adsense for domain di lain masa ..
sebarang pertanyaan sila kongsi kat bahagian komen yer...