Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih
Latest Post

[Chapter 5 ] Panduan Google Adsense Malaysia - Cara Memasukkan Code Adsense For Content kedalam post blog

Salam sejahtera buat semua sahabat sekalian ... hari ni saya agak sibuk sikit .. namun masih lagi sempat mencari sedikit makumat untuk tatapan semua sahabat ...

Ok , kat bawah ni adalah cara memasukkan code google adsense - AFC untuk blog wordpress ... boleh la tengok video ni dan jika ada pertanyaan sila tinggalkan di bahagian komen .. malam nanti saya akan baca dan cuba kongsi jawapan .. terima kasih ..



Untuk blog dari platform pula akan saya cari dan jika tiada saya akan buat sendiri untuk sahabat2 semua ... sekian ...
 

Format Windows XP tanpa hilang segala data kesayangan anda ...

cara pantas format windows XPSalam sejahtera buat semua sahabat GuruCyber ...

Hari ni nak kongsi satu cara untuk format komputer yang menggunakan OS Windows XP tanpa perlu risau kehilangan segala data kesayangan kita ... Memang sekarang orang dah pakai windows Seven dan sebagainya namun masih ramai yang menggunakan windows XP sebagai OS nya .... termasuklah GuruCyber sendiri  :-) ...  Ada sebab mengapa saya masih mengekalkan windows XP sebagai OS ..

Anak saya pula lebih minat menggunakan Linux Sebagai OS .. tapi ayah dia pening kalau nak guna linux.. he he ..

Ok pendekkan cerita .... cara dia kat bawah :

Method 1

1-Masukkan cd windows xp
2-start > run > E:\I386\winnt32/unattend

ps/ E: = cd/dvd drive korang...

3-enter...pastu boleh bancuh kopi n relaks tengok TV ...

Method 2

kalau sahabat semua  ada file windows xp folder I386 dlm hdd boleh guna care nie...

1-start > run > cmd

2-D:\I386\winnt32 /unattend

ps/ D: = katakan partition hdd korg (eg: shj)

3-enter

==Sesuai digunakan ble virus infect dlm file windows...
==Sesuai digunakan ble file windows korang corrupt...
==sesuai digunakan ble korang mls nk major format....

driver/application/gambar/lagu sume xhilang...

tested 99.8% workin

Sekian terima kasih ....
 

[ Chapter 4.1 samb ] Panduan Google Adsense Malaysia - Adsense For Domain

Salam sejahtera buat sahabat semua ... harap semua sihat dan ceria di hari isnin yang indah ini ...

Ok , sambungan post chapter 4 yang lepas .. kita berhenti setakat adsense for content .. harap semua sahabat dah faham apa itu adsense for content dan bagaimana ia boleh beri pendapatan pada kita semua ...

Adsense For Domain  pula lagi menarik ... saya sendiri telah melakukan banyak eksperimen ke atas adsense for domain dan adsense for content ... kesimpulan yang saya boleh buat berdasarkan pandangan peribadi saya adalah adsense for domain jauh lebih mudah diuruskan , lebih mudah menjana pendapatan dan paling penting mengurangkan risiko di ban oleh google ... mengapa saya katakan ia lebih mudah ? sila lihat ciri2 adsense for domain dibawah :

1. Tak perlu laman web/blog khusus
2.Tak perlu update content
3.Tak perlu nak cari article / menulis article
4.Tak perlu pening mencari ribuan traffic untuk turunkan CTR ...
5.Kita akan dibayar berdasarkan View dan klik ... berbeza dengan AFC ( klik sahaja )

sebenarnya banyak lagi keistimewaan AFD ni dan siapa yang menyertai dan menjalankan AFD sahaja akan tahu betapa mudahnyer menjana income dengan AFD ...

Rujuk sini untuk lebih jelas ..

Kat bawah ni contoh site AFD ...

Ok , bagaimana AFD dapat jana income untuk kita ?


Begini .. apa yang kita perlukan untuk AFD adalah sebuah domain yang tidak digunakan .... maksudnya kita ada domain dan tak buat apa-apa dengan domain tersebut ... Domain itu kita jadikan site AFD kita ... cara setting akan saya ajar kemudian ....


Setelah kita set domain tersebut dengan Google Adsense ... domain itu akan digunakan oleh google dengan memasukkan 100% iklan dalam dimain tersebut .... apa iklan yang akan keluar kita tak perlu fikir kerana segalanya akan dimasukkan secara automatik oleh google ... kita hanya sediakan domain dan setting .. tinggal..


bagaimana ia boleh jana income ialah apabila ada seseorang mencari maklumat atau apa sahaja dan terjumpa domain kita tadi dan visitor itu melihat/view kandungan iklan .. kita akan dibayar... visitor klik iklan dalam tu kita akan dibayar lagi .... nampak tak keistimewaan AFD ... view sahaja dah dibayar dan klik pula ada bayaran tambahan ...

Ok , harap semua faham setakat ni yer... siapa ada tak faham sila angkat tangan ... hehe gurau jer..


Sila post pertanyaan anda di ruang komen yer... kita akan berkongsi disana .. sekian dulu untuk hari ni ... lain kali jumpa lagi ... :-)

 

[ Chapter 4 ] Panduan Google Adsense Malaysia – Google Dah Approve !

Salam sejahtera ... Apa khabar makcik2,pak cik2,abang2,kakak2,adik2 .. he he .. harap sihat di hari ahad cuti yang tenang nih...

Kita sambung tutorial/panduan google adsense malaysia hari ni ... walaupun hari ni hari ahad ndan hari cuti , namun untuk menghargai kunjungan sahabat-sahabat sekelian saya gaghkan jua ... jom kongsi ilmu ! ...

Ok  jom baca doa dulu ..

“Wahai Tuhanku,lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku” Amin...

Ok , amacam dengan akaun yang di pohon tempoh hari , dah lulus ke ? saya sendiri dah lulus satu lagi akaun 2 hari lepas .. mohon melalui docstoc.com .. ini akaun untuk anak saudara yang tengah dok study kat UTM skudai ... Moga lepas ni dapat la tampung skit perbelanjaan dia dengan elaun dari google Adsense nih .. hu hu ..

account adsense approveIni adalah contoh email yang akan anda terima sekiranya Google telah meluluskan permohonan untuk menjadi sebahagian warga nya ...


Bila dah dapat email macam tu maka secara rasminya anda adalah warga Google adsense dan boleh mula menjana pendapatan dari  Program Ini .... jika belum terima sila la ikhtiar kot mana pun nak dapatkan kelulusan tu yer...

Baiklah , bagi mereka yang dah ada akaun dengan Google adsense boleh mula fokus sekarang bagaimana nak mulakan langkah seterusnya ..

Sebelum melangkah lebih jauh ... suka saya berterus terang disini bahawa saya akan guide sahabat semua bermain adsense ni seperti kita sama-sama masih 0 .. maksudnya bagi yang dah tahap expert mybe anda tak sesuai dengan tutorial ini ... tujuan saya buat begitu adalah nak pastikan semua sahabat dapat ikut cara ni walaupun sahabat tu masih di bangku sekolah dan baru 2 hari kenal adsense nih... harap semua faham yer... Untuk yang expert saya juga akan kongsi disini .. tapi itu mybe Chapter yang ke 38 nanti .. ;-D ...

Adus , banyak la pulak melalut ke lain ... he he..  Ok back to d topic ...

Ok , sila log in ke dalam akauan Google Adsense anda ... Disitu anda akan lihat macam2 ader ... sekarang apa yang anda perlu tengok adalah yang dalam bulatan kat bawah tu jer ( Gambar )

Kat atas tu saya telah bulatkan dua menu ..

1. Adsense For Content
2. Adsense For Domain ...

Apo ko bondo plak ni  ? saya akan terangkan secara ringkas satu persatu .. jangan bimbang sahabat ... hehe... Yang nombor 1 tu dipanggil adsense for content ... cara nak jana pendapatan dengan yang ini adalah kita perlu menyediakan sebuah web/blog yang mempunyai content .. contoh blog main adsense for content < klik sini > . Cuba perhatikan dalam blog tu .. sarat dengan content dan penjuru atas sebelah kana pula ada satu table yang dia tulis ' Recomended Site ' .. kat dalam tu lah iklan dari adsense ...
Perhatikan gambar di atas .. yang saya label no 1 tu adalah content .. no 2 tu adalah iklan dalan bentuk image dan no 3 tu iklan dalam bentuk teks ... so , setiap klik yang dibuat oleh visitor akan dibayar oleh google ... nilai untuk setiap klik pula bergantung kepada beberapa faktor ... ( kita akan bincang di chapter seterusnya ) ...

Iklan yang terpapar di situ bergantung kepada content blog tersebut ... contohnya , jika blog tu berkisar tentang insurance maka iklan akan dipaparkan berkaitan insurance juga .. jika tentang kereta makan iklan akan dipaparkan berkaitan kereta ... begitulah seterusnya ... namun ia bukan 100% tepat kerana ia juga bergantung kepada pengiklan melalui adword ... ada juga pengiklan yang melatakkan keyword mereka tidak selari dengan apa yang mereka nak hebahkan tapi ia jarang berlaku...

Ringkasnya .. adsense for content akan jana income melalui klik yang kita terima ...

sekian untuk hari ni ... biar sedikit tapi berkesan .. he he ..kita akan sambung untuk adsense for domain di lain masa ..

sebarang pertanyaan sila kongsi kat bahagian komen yer...
 

[ Chapter 3 ] Panduan Google Adsense Malaysia - Mendaftar Dengan Google

Salam Sejahtera Buat semua ... seperti biasa pakat baca doa dulu....

“Wahai Tuhanku,lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku”




Ok .. Back to da topic ...

Sebelum kita nak kaut duit dari Google sebanyak mungkin apa yang kita perlukan ialah tidak lain dan tidak bukan mesti menjadi salah seorang member/ahli mereka ... dimana nak daftar ?

Cara 1 ( asas )

Sila ke link ini < klik sini >

Disini anda boleh daftar akaun dengan google secara terus ... apa yang diperlukan ialah :

1. Web site Url
Kat sini masukkan web/blog anda ... bagi yang belum ada blog sila create satu blog free jer .. guna blogspot pun ok ... pastikan blog anda dalam bahasa inggeris ... apa sahaja topic anda boleh buat kecuali yang haram ... judi , lucah , kejam dsb ...

2. Website language
Mesti Bahasa Inggeris !
Sila tick 2 kotak kecik tu..

3. Account type
Pilih Individual

4. Country
Malaysia ler ...

5 - dan seterusnya ...
sila penuhkan segala maklumat yang diperlukan ...
Tick 3 kotak kecik tu dan klik submit Information ...

Klik comfirm di paparan baru adsense form tu... selesai...
Tunggu hingga Google hantar Email kat nkorang mengatakan anda diterima menjadi warga Google Adsense ...

Ok .. kat atas tu adalah cara paling asas nak daftar dengan Google adsense .... ada cara lain yang boleh kita gunakan untuk mendaftar dengan Google Adsense .... iaitu menggunakan Platform pihak ke 3 .... apa maksudnya ...

Cara 2 ( Platform pihak ke 3)

Platform pihak ke 3 adalah pihak yang berdaftar dengan Google yang mana Google membenarkan kita menjadi sebahagian dari ahli google melalui pendaftaran dengan pihak ke 3 tersebut ....

Antara pihak ke 3 ( Sebahagian ) yang boleh kita gunakan ialah :

www.docstoc.com
www.indiastudychannel.com,
www.indyarocks.com,
www.hubpages.com,
www.indiareviewchannel.com,
www.shetoldme.com,
www.infobarrel.com,
wwwcodexfind.com,
www.salespider com
www.bukisa.com

Caranya ialah ... kita mendaftar dahulu dengan pihak ke 3 tersebut dan melalui pihak ke 3 ini kita boleh mendaftar diri dengan google adsense ... Sebenarnya cara ini lebih mudah kerana kita tidak perlu lagi menyediakan web / blog untuk mendaftar secara terus seperti cara basic tadi....

Cara ke 3 ( Upah Orang Tolong Buat )

Cara ini adalah super mudah .... upah sahaja orang lain buatkan pendaftaran anda dan caj yang biasa dikenakan sekitar Rm30 - Rm80 untuk satu pendaftaran dan dijamin lulus .... boleh Google dan cari servis ini di internet ( Pastikan cari servis dari orang malaysia)

Ok sekian dulu untuk chapter 3 .... sebarang pertanyaan sila letakkan di bahagian Commet ... TQ
 

GuruCyber.net Tambah Widget

Salam sejahtera buat semua .... Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Gurucyber yang berhingus ni ... Untuk pengetahuan nkorang semua,atas permintaan member2 yang nak follow blog ni .. mereka mencadangkan agar admin/Gc dapat memasukkan widget follower dari Google connect Alasan mereka ialah senang nak follow tutorial yang akan GuruCyber masukkan dalam blog ni ...

Follower gurucyberIkutkan hati memang tak mau masukkan banyak sangat widget/plugin sebab ia akan memberatkan proses load blog ni ... kesian kat member2 yang pakai slow connection ... broadband dsb ... yang pakai fast connection tak jadi masalah la kan ?...

Tapi kita tengok la macamaner .. GuruCyber masukkan jugak untuk penuhi permintana kawan-kawan ... maaf buat mereka yang slow connection ....

GurCyber janji akan berikan yang terbaik untuk blog ni ...

Jom Layan Video Cool Kat bawah ... wakaka ..

 

[ Chapter 2 ] Panduan Google Adsense Malaysia - Tak kenal maka Tak Cinta

Salam sejahtera buat semua ....
Ok sebelum memulakan sesi pelajaran hari ini sama-sama kita baca doa dulu , moga berkat ilmu hari ni ...

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"

Ok .. tak kenal maka tak cinta hari ni membicarakan apa dia program Google Adsense ... Sebenarnya Tak yah cerita panjang lebar pun tak per pasal kita semua kena rajin skit jer... Cuba taip kat web browser nkorang tu * apa dia program google adsense .. bukan ratusan malah ribuan laman web/blog yang membicarakan apa dia program google adsense ... so nak jimatkan masa .. nkorang cari ler sendiri apa maksud dia ...

Ringkasan dari semua definisi diatas adalah .. proram ini adalah dikenali sebagai PPC ( Pay Per Clicks )  , PPV ( pay Per View ) .. maksudnyer Google Akan Bayar Kita berdasarkan klik dan View dari visitor kita... semua bayaran akan dibuat dengan unit USD ( Us Dollar ) ... minimum bayaran adalah USD100 ..

Bagaimana Google bayar kita ? cara paling mudah untk terima bayaran dari Google adalah dengan menggunakan Wire Tranfer seperti western Union ... Taip western union malaysia .. anda akan jumpa apa dia dan bank mana menawarkan servis ini ... nak lagi mudah .. petang ni boleh la pegi pusing2 sekitar bank berdekatan dan cari logo ini ...



ada jumpa logo tu ? .. yer .. kita akan terima duit dari bank tu TUNAI ... Google akan tranfer dari US ke bank tersebut dan bank tu akan bayar pada kita ...

Ok ... so bagaimana bermula ...

Untuk bermula apa yang kita perlukan hanyalah 3 perkara .
1. Berdaftar dengan google adsense ( free )
2. sebuah laman web / blog ( free )
3. sebuah kerajinan ( free jugak )

Uiks ! mudahnyer ... yer memang mudah ... no 1 dan no 2 memang mudah kecuali no 3 .. yang ni tak ramai yang boleh buat ...

Baik sekian dulu untuk chapter 2 ... kita sambung chapter 3 untuk sesi berikutnyer ..

sebarang pertanyaan boleh dibuat di bahagian Comment .. sekian wassalam...
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger