Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih
Latest Post

Adakah ini satu penipuan oleh Blogger terkenal !

Salam sejahtera buat semua sahabat gurucyber yang disayangi... :-) ..

Cuba perhatikan gambar dibawah .. ada suatu yang saya fikir agak hebat pada gambar tersebut  ... Saya fikir setiap blogger didunia mengimpikan perkara tersebut .. perhatikan betul2 betul .. apa yang anda dapat lihat ...


Amacam , ada nampak apa yang terhebat disitu ? ...


v


v


v


v


v


v


Ok tengok gambar bawah ni pulak.. perhatikan dalam bulatan merah tu ...


WOW ! hebat ... blog ni ada 110k readers ..  camaner kita nak dapat camtu yer...  hu hu ... yang jadi kemusykilan saya adalah figure itu ...saya adalah peminat setia bog ini dan telah mengikuti blog ini hampir 2 tahun ... agak lama jugak ler .. walaupun agak kurang skit English tapi tetap follow pasal banyak info baru dihidangkan di situ ..

Saya kurang mahir bekenaan dengan feedburner ni.. mybe ada antara sahabat gurucyber yang mahir ... mengapa saya kata begitu ... sebab nya saya telah copy figure itu .. rupanya ia dalam bentuk gambar dalam format .gif ...yang kedua .. figure itu tidak berubah2 sejak setahun dulu... tetap 110k readers ... takkanlah dalam masa setahun tiada penambahan.. ??? ????



so ,satu pertanyaan  pada yang mahir .. adakah mmg feedburner akan bagi gambar untuk kita tunjuk jumlah readers tu .. or gambar tu rekaan sahaja untuk nampak gempak dan tarik minat orang follow blog tuh ...


Agak2 sapa boleh jawab ???? ...


kalau betul mmg feedburner yang hantar gambar tu ok lah ... tapi kalau ia rekaan mamat tu .. memang tak beretika la penipuan itu ...


Jadi .. otai2 tolong le bagi pandangan anda ...


Ini blog tersebut : < Klik sini >



 

Ketua yang baik Vs Ketua yang hampagas (hampas)...

boss bos 2

VS


Salam sejahtera buat semua ... harap sihat la yer...

Hari gurucyber nak cerita bab bos pulak.. kalau anda seorang bos juga boleh baca post ni dengan hati yg terbuka... he he..

Untuk menjadi ketua yang baik, kita harus bijak berkomunikasi menangani sesuatu isu.. Sering kita lihat manusia akan menyalahkan sesama sendiri apabila sesuatu masalah timbul.. Setiap individu akan menyerang sesama sendiri bagi menunjukkan dia sajalah yang betul..

Ini silap!

Apabila sesuatu masalah timbul, fokus pada permasalahan itu, bukan individu.. Apabila kita mengalih perhatian kepada individu, masalah lain akan timbul.. Masing-masing cuba mempertahankan diri sendiri hingga sanggup membuka pekung di dada individu lain..

Kata-kata kesat dan mengaibkan mungkin dilemparkan.. Ini hanya akan memburukkan lagi keadaan..
Tetap fokus pada masalah.. Cuba cari punca masalah.. Tegur akan masalah yang timbul.. Bukan menyerang peribadi seseorang..

Kemudian senaraikan tindakan yang boleh dilakukan bagi mengatasi.. Pilih yang terbaik dan laksakan pemulihan.. Ia akan menjadi mudah apabila kita dapat berkerjasama dalam suasana yang harmoni..

Orang yang fokus pada INDIVIDU
“Kamu lembab la Ali!”
“Kau pon sama macam bapak kau!”
“Soh Lin terlalu bodoh..”

Orang yang fokus pada MASALAH
“Kerja kamu tertangguh lagi..”
“Kau kena bersopan dengan orang tua..”
“Terdapat kesilapan dalam laporan awak..”

Bos kita dok bahagian mane yer... jom kongsi....
 

Rahsia Telefon Bimbit , Benar Atau Mitos ???

Salam sejahtera buat semua sahabat gurucyber ..

rahsia code nokia Telefon bimbit atau HP ... sapa tak der angkat tangan ... saper takder juga bolah la angkat kaki ... tak yah baca post ni pasal anda tiada kaitan ... he he .. gurau jer,,,.

Ok la , tadi aku ada dapat satu email ... RAHSIA TEL BIMBIT YANG BELUM ANDA KETAHUI... tu la topik nya lebih kurang .. so , disebabkan aku rasa benda ni mybe ada guna pada sahabat2 aku kat sini maka dengan rajinnya aku tepek la kat sini utnuk tatapan sahabat2 semua...

Tapi ...

Aku tak tau benda ni boleh pakai atau tak pasal aku belum cuba lagi ...Jadi .. jom kita pakat2 cuba pastu bagi komen sorang sikit keberkesanannya , samada ia boleh pakai atau mitos semata-mata ...

Ok kat bawah ni email tersebut :
Perkara yang anda tak tahu tentang telefon bimbit

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya: -

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).

2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera (alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm (satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
-
(sebenarnye kod ni *#4720# untuk aktif Half Rate Codec - kualiti sound fon rendah tapi boleh dapat 30% extra masa tambahan Talk Time. Guna kod yg sama untuk deactivate. Tapi untuk model nokia tertentu jek..)

4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.

Lain-Lain Kod Nokia..
*#06# for checking the IMEI (International Mobile Equipment Identity).
*#7780# reset to factory settings.
*#67705646# This will clear the LCD display(operator logo).
*#0000# To view software version.
*#2820# Bluetooth device address.
*#746025625# Sim clock allowed status.
#pw+1234567890+1# Shows if sim have restrictions.
*#92702689# - takes you to a secret menu where you may find some of the information below:
1. Displays Serial Number.
2. Displays the Month and Year of Manufacture
3. Displays (if there) the date where the phone was purchased (MMYY)
4. Displays the date of the last repair - if found (0000)
5. Shows life timer of phone (time passes since last start)
*#3370# - Enhanced Full Rate Codec (EFR) activation. Increase signal strength, better signal reception. It also help if u want to use GPRS and the service is not responding or too slow. Phone battery will drain faster though.
*#3370* - (EFR) deactivation. Phone will automatically restart. Increase battery life by 30% because phone receives less signal from network.
*#4720# - Half Rate Codec activation.
*#4720* - Half Rate Codec deactivation. The phone will automatically restart
If you forgot wallet code for Nokia S60 phone, use this code reset: *#7370925538#
Note, your data in the wallet will be erased. Phone will ask you the lock code. Default lock code is: 12345
Press *#3925538# to delete the contents and code of wallet.
Unlock service provider: Insert sim, turn phone on and press vol up(arrow keys) for 3 seconds, should say pin code. Press C,then press * message should flash, press * again and 04*pin*pin*pin# \
*#7328748263373738# resets security code.
Default security code is 12345
Change closed caller group (settings >security settings>user groups) to 00000 and ure phone will sound the message tone when you are near a radar speed trap. Setting it to 500 will cause your phone 2 set off security alarms at shop exits, gr8 for practical jokes! (works with some of the Nokia phones.) Press and hold "0" on the main screen to open wap browser.
 

Income Adsense VS Income Nufnang ...

Salam sejahtera buat semua ...

Setalah hampir sebulan bersama Gengblogger ... membaca pelbagai entri disana dan melawat ratusan bog yang didaftarkan disana , rata-rata aku tengok sahabat2 disana lebih gemarkan nufnang untuk dapatkan income dari blog mereka ...

Ho ho .. tak per itu pilihan mereka .. mula-mula aku heran jugak ... trafik mereka tinggi sangat .. ribuan page view tiap hari .. mengapa tak pilih adsense .. pasti mereka boleh jana income ribuan jugak kalau trafik macam tu .. he he .. tak per itu pilihan mereka...

Persoalan diatas ... Income adsense VS Income Nufnang ...

Aku dulu2 pernah buat Nufnang ni .. tapi nak terus terang .. nak mendapatkan RM seringgit sehari pn jenuh sampai berair mata nak update blog dan nak cari trafik .. berbeza dengan asense yang aku dok buat sekarang ... dengan blog yang ada trafik 40 UV sehari pon paling koman aku boleh dapat 4 Dollar sehari .. sebulan cukup 100 Dollar boleh payout RM300.00 CASH .. ok ler tu ... itu untuk blog yang trafik macam siput jer... Belum tengok blog yg trafik banyak lagi..

Tahun lepas ... aku dah kumpul ribuan ringgit dari adsense dan tertinggi bulan 9 2010 .. sebanyak 9 Ribu ringgit malaysia .. sapa nak bagi ... he he .. pastu mainten je  la 2-3 ribu sebulan ...

Kita buat pengiraan mudah  :

Sehari kumpul $ 4.00 x 30 Hari = $120.00 ...
so , sebulan dah ada $120.00 x rm3.00 = RM360.00 ... cukup tak ... sambail main2 update blog .. Google bayar RM360.00 sebulan ... lepas dah tu nak wat bayar bill streamyx... he he ..

Ni ha gambar income aku dari adsense ... bukan untuk riak ... untuk semangat kat sahabat-sahabat ...

[caption id="attachment_264" align="aligncenter" width="300" caption="adsense income "][/caption]
 

Cara Free meningkatkan Trafik Ke Blog ...

cara meningkatkan trafik ke blog bahasa melayu

Salam sejahtera buat semua ...

Jalan-jalan , pusing-pusing kat docstocs tadi maka terjumpa la satu tutorial ringkas bagaimana untuk meningkatkan trafik ke blog secara percuma ...

setelah baca punyer baca .. walaupun nampak ringkas tapi boleh dicuba apa yang telah saya cuba .. memang ia boleh digunakan untuk meningkatkan trafik ke blog kita ...

Jom Sama-sama kita cuba ..

Sekian ..


cara meningkatkan trafik ke blog anda -
 

[Untuk Orang Bercinta] Indahnya Mencintai ....

cinta sejatiIndahnya mencintai ....

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta duniawi semata.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah, jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan
aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah
berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada
taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ya
Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah
jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu
yang tiada pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan
bertawakal di jalan-Mu.Amin. ...
 

[Chapter 6 ] Panduan Google Adsense Malaysia – Cara Memasukkan Code Adsense For Content kedalam post blog blogspot

Salam sejahtera buat semua ... harap sihat yer...

Ok , hari ni nak kongsi cara bagaimana nak masukkan ADS Google adsense For Content ke blog blogspot... mudah sangat sebenarnya , sambil makan kacang pun boleh buat ...

Kat bawah tu ada video cara nak masukkan code adsense for content ... sebarang pertanyaan sila letak kat bahagian komen yer... Terima Kasih ...

Doa dulu...

“Wahai Tuhanku,lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku” Amin…



sekian untuk hari ini .. semoga tutorial ringkas ini memberi manfaat untuk anda semua ...
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger