Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih
Latest Post

Gunakan Google Trends Untuk Tingkatkan Page Rank Dan Earning Adsense

kelebihan google trends untuk tingkatkan rangking blog

Salam sejahtera buat semua sahabat gurucyber.net ..

Hari ni nak kongsi dengan sahabat semua berkaitan dengan Google Trends .. Apakah kelebihan dan bagaiamana kita boleh gunakan ia untuk meningkatkan page rank dan juga meningkatkan earning adsense ..

Saya fikir semua sahabat dah tau apa dia google trends dan tak perlu saya cerita panjang lebar lagi..

Apa yang nak saya kongsi adalah pengalaman saya menggunakan method tersebut dan alhamdulillah ia membuahkan hasil untuk meningkatkan page rank dan juga seterusnya earning adsense saya sendiri ..

Apa yang perlu dilakukan adalah , sebelum kita membuat post untuk blog ( adsense terutamanya ) seharusnya kita meninjau dulu apakah trends carian semasa.. dengan itu kita dapat membuat pilihan yang tepat bagi pencarian keyword dan setersnya memastikan post/artikel kita tersebut cepat di index oleh google .. dan satu lagi yang paling penting adalah kita inginkan blog kita berada di page 1 apabila keyword itu dicari..

Ringkasan cara kerja :

* Pergi ke laman Google Trends
* Pilih salah satu Trends yang hangat disitu
* Pergi ke laman http://www.keyworddiscovery.com/search.html untuk dapatkan suggestion long tail keyword .
* Dah dapat long tail keyword mula tulis artikel
* bagi yang tak tahu nak tulis apa ? sengan jer... kita guna cara sedikit black hat nak ?

Ok macam ni ..

* Gunakan keyword yang sama ...
* masuk ke Google Translate .>>Translate keyword dari English ke Italian ..
* Seterusnya gunakan http://www.google.it/  dan masukkan keyword tersebut..
* Cari artikel dalam bahasa itali tu yang berkautan dengan Keyword tadi.
* Dah dapat artikel >> Translate semua dari Itali ke English dan post dalam blog sedara-sedari sekalian.. :-) ..
* Comfirm artikel tu adalah unik content ...

sekian .. terima Kasih .

 
 

Tips Promosi Hangat Masa Kini..



Salam sejahtera buat semua ...

Erm.. rasa kering idea pulak nak berkongsi tentang adsense .. tapi mengenangkan sahabat setia gurucyber sedang menanti post tentang adsense maka diperah juga otak pada malam ni untuk penuhi permintaan para sahabat semua ..

Orait ! .. dari dulu lagi kita dah tau .. nak berjaya dalam apa jua bidang dalam internet ni adalah TRAFIK ! .. So , untuk mendapatkan trafik yang terus menerus bukanlah satu perkara yang mudah namun jika kena caranya ia tidaklah begitu sukar .. perh !! .. ayat berputar-putar pulak rasanya..
 

10 Rahsia YouTube Patut Kita Ketahui

10 Rahsia YouTube Patut Kita Ketahui
rahsia youtube


1. Melihat High Quality Videos
Ada video-video yang boleh anda buka dengan versi high quality. Caranya iaitu dengan menambah beberapa tulisan ini di belakang link URL video yang anda buka:
* &fmt=18, untuk melihat versi stereo, resolusi 480 x 270.
* &fmt=22 untuk melihat versi stereo, resolusi 1280 x 720.
Setelah anda menambah salah satu kod di atas pada alamat URL video di browser anda kemudian menekan Enter atau Go, maka paparan video Youtube yang anda buka akan menjadi lebih lebar dengan kualiti yang lebih baik.

2. Embed High Quality Video di blog anda
Trick sebelumya berguna untuk melihat video yang high quality di Youtube. Semasa embed alias mencantumkan video kualiti bagus tersebut di blog anda, tambahkan kod berikut di akhir URL: &ap=%2526fmt%3D18 atau &ap=%2526fmt%3D22.

3. Skip Terus ke Bahagian yang Menarik
Semasa membuka sebuah video di Youtube, kita boleh langsung skip ke minit tertentu? Jadi misalnya ada sebuah video yang panjang, yang sebenarnya moment menariknya ada di minit 03:14, kita tidak perlu menunggu sampai videonya berputar hingga ke minit itu. Cukup tambahkan #t=03m14s di belakang URL, contoh: http://www.youtube.com/watch?v=YPQ_N4imYVE#t=03m14s

4. Sembunyikan Search Box
Semasa anda hover atau melayangkan pointer mouse anda di atas sebuah video Youtube yang di-embed dalam sebuah blog, biasanya akan muncul Search Box. Jika anda tidak ingin perkara terjadi, tambahkan &showsearch=0 di belakang URL yang anda embed.

5. Meng-embed Hanya Bahagian Tertentu dari Video
Anda boleh menambahkan &start=30 di akhir URL yang anda embed, supaya boleh terus skip ke saat ke-30.

6. Video yang di-Embed boleh Autoplay
Biasanya video yang di-embed berjalan semasa tombol Play-nya diklik. Tapi jika anda mahu video tersebut secara auto di halaman website tempat anda embeded video itu dibuka, tambahkan &auto*play=1 di akhir link URL video tersebut.

7. Membuat video yang di-Embed Berulang-ulang automatik
Tambahkan &loop=1 untuk membuat video yang anda embed automatik terus berulang alias looping.

8. Tidak Menunjukkan Related Videos
Jika anda meng-embed sebuah video Youtube di blog anda, biasanya muncul link atau gambar menuju ke video lain yang berkaitan. Jika anda tidak mahu itu terjadi, tambahkan &rel=0 di belakang URL video yang anda embed.

9. Download Video
Ada banyak cara untuk download video dari youtube,seperti dengan Keepvid.com. Namun trik ini boleh juga dicuba, semasa anda membuka link video tertentu, ganti saja perkataaan youtube.com di link anda dengan kickyoutube.com. anda akan automatik akan ke website kickyoutube di mana anda boleh download video tersebut dengan mudah.

10. . Game Snake
Tahukah anda , kita boleh main game snakes semasa buffering video di youtube.
Gini caranya, semasa buffering video akan muncul satu bulatan yang bergerak melingkar ditengah tengah video. Itu sebenarnya ularnya.Klik mouse atas video dan tekan sahaja button arah panah atas pada keyboard. Kemudia ular tersebut boleh bergerak mengikut button yg anda tekan.

Sumber
 

Bajet 2012 - Intipati Bajet 2012

intipati pembentangan bajet 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Berpakaian baju Melayu merah hati, Najib yang juga menteri kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".

Ucapan perdana menteri disiarkan langsung melalui stesen radio dan televisyen utama.

Belanjawan 2012 dilihat dokumen yang menggariskan strategi kerajaan menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan langkah-langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan.

INTIPATI BAJET 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.


Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/177986
 

Raja Copy Paste berkeliaran mencari mangsa..

Salam sejahtera buat semua..

raja copy paste Bukan marah , bukan juga geram , juga bukan bengang ... cuma ... nak ingatkan , sebagai seorang blogger yang bertanggungjawab... hentikanlah kerja-kerja buruk tu..

Inilah luahan rasa seorang sahabat blogger kepada saya baru-baru ini .. beliau amat terkilan dengan gejala Copy Paste yang amat berleluasa sekarang ...

Apa yang paling beliau terkilan adalah ... dah la copy paste sahaja bahan dari blog beliau ... mengaku pulak ia hasil tulisan sendiri dengan mengatakan ia pengalaman sendiri .. cis .. kurang asamn betul penyangak copy paste tersebut..

Sebenarnya .. mudah sahaja kita nak trace / kesan penyangak2 ni..  sila ke web ni http://www.copyscape.com dan masukkan url blog anda ditempat yang disediakan .. Jika artikel dari blog anda menjadi mangsa copy paste maka akan tersenarai disitu segala blog yang mempunyai artikel yang sama ...

Bagi saya , perbuatan copy paste ini sungguh tidak bermoral .. kecuali beliau memberi credit pada penulis asal... ada pulak tanya ... apa dia beri credit tu .. hu hu , beri credit tu adalah menyertakan link asal / sumber asal artikel tersebut ..

So, sekian dulu buat kali ni .. sembang lain dimasa akan datang ..

Wassalam..

 
 

Serangan Adsense For Domain akan bermula minggu hadapan...

Salam sejahtera buat semua ...

He he , tengok tajuk tu macam mengancam jer .. sebenarnya tak der apa-apa pun cuma pada minggu hadapan team's gurucyber yang terdiri dari beberapa orang sahabat karib akan memulakan semula program AFD yang agak lama terbengkalai ..

Terdiri dari pada beberapa orang masta .. Zulbaidi , nasir , manas , Ustaz Khairuddin .. akan beraksi minggu hadapan demi mencapai target USD10.00 sehari dengan AFD ...

Adakah matlamt mereka akan tercapai ? kita nantikan minggu hadapan...
 

Alhamdulillah 7 dari 10 permohonan akaun Adsense telah lulus ...

Salam sejahtera buat semua sahabat gurucyber..

Nak cerita sikit jer.. alhamdulillah , hari ni 7 dari 10 akaun adsense yang ditempah oleh sahabat gurucyber telah pun berjaya ...

Walau polisi google agak ketat sekarang , namun alhamdulillah akhirnya berjaya juga sahabat-sahabat kita memperoleh akaun sendiri dan boleh mula menjana pendapatan dengan google adsense


Photobucket


Bagi sesiapa lagi sahabat gurucyber yang ingin menempah akaun adsense sendiri boleh la berbuat demikian dengan mengisi sedikit maklumat pada borang yang telah saya sediakan dan saya akan menghubungi para sahabat semula dengan segera ..

Borang boleh didapati disini : < Klik sini >
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger