Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih
Latest Post

Tahun 2011 Tahun Aneh ? [ Jangan Tengok Kalau Anda Ada Kencing Manis !]

yesr 2011

Hu hu ... tajuk tuh ... Ok sebelum apa2 berlaku aku nak ucapkan selamat tahun baru buat semua ... 2011...

Apa yang aneh ? ... Tahun ini kita akan bermain dengan nombor - nombor best ... Tak caya ?
Tengok nih >>

Tahun ini mempunyai 4 tanggal aneh: 1-1-11, 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11.
Sekarang cuba ini: ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda dicampur dengan umur anda tahun ini.hasilnya pasti =111...

nice , Masyaallah !! its miracle , try it..!!

.

.
 

Blog Daus ada pakai Jin !

Terkejut beruk aku tengok Statistik kat awstart cpanel tadi ... Memang SAH ! blog daus ada Jin ! ...

Mana tidaknya .. blog aku ni tak sampai pun 2 bulan ... traffic dah mencanak naik ... boleh tengok gambar yg aku sertakan ... Semua ini gara-gara pasang widget dari blog daus ...
free traffic

traffik percuma

So , sesiapa nak rasakan bagaiman aku rasa .. silakan buat lawatan ke blog daus dan pegi la mintak dia jampi skit untuk hantar gerombolan traffic kat blog korang tuh ... sekian ... TQ daus ...
 

RM10.00 Percuma sapa nak ?

Salam buat semua ...
Erm .. apa nak buat cuti2 ni yer... nak keluar cuaca masih kurang mengizinkan , hujan masih lagi turun tanpa henti diluar sana ...

Owh , ada Idea ! jom godek2 dashboard wordpress dan apa lagi .. Tukar Theme ! ...

Setelah hampir 30 minit membuka satu persatu theme yg disediakan dalam dashboard tu maka dapatlah satu yang agak berkenan dihati dan yang penting tak nampak semak dek mata ... Apa pandangan korang semua ? bagi la pandangan skit tentang theme baru ni .. hehe

hadiah rm10.00
Erm satu lagi .. rasa nak bagi hadiah la skit kat sapa2 pengomen terbaik hari ni .. tapi sapa nak jadi hakim ? So , mcm ni lah .. senang cerita , aku tawarkan RM10 ( dalam bentuk topup tel ) bagi pengomen ke 10 theme baru aku nih .... .

syaratnya mudah jer :

1. Pemenang adalah orang yang kesepuluh ( 10 ) mengomen theme blog ni..
2. Komen adalah bebas ..
3. Tarikh tutup adalah jam 10.00 Malam ni ..2/2/2011
4. Pemenang akan di umum dalam blog ni.
5. Hadiah adalah dalam bentuk topup RM10.00 ( semua telco )
6. Anda boleh masukkan link blog anda dalam komen untuk backlink free..

p/s : komen akan dipublish apabila cukup 10 atau lebih .....

ehem ... apa lagi ... jom komen ... he he .
 

Sofware Percuma Untuk Meningkatkan Prestasi Bisnes Anda ...



Salam .. Amacam hari ni ? Hope semua baik2 belaka lah yer..

Ok kat page download aku dah tambah link untuk kita semua download pelbagai lagi sofware PERCUMA khas untuk tingkatkan prestasi bisnes masing masing ...

Semua sofware kat situ adalah percuma , so pilihlah yang mana nak pakai yer...

Ops sebelum terlupa ... jika ada antara link tu yang dah tak boleh pakai sila lapor kat aku untuk aku buat link lain ... Selamat Mendowload ...
 

Membeli belah online dengan diskaun hingga 90% , WOW !

Wow !

90 % Diskaun bukanlah sedikit . Aku nak kongsi dengan korang semua satu lubuk untuk dapatkan diskaun coupon dari pedagang - pedagang online .  dengan kupon yang ditawarkan , korang semua boleh dapatkan diskaun sebelum membeli apa yang ditawarkan .

Antara coupon yang jadi rebutan adalah dari pedagang besar seperti  Amazon, Victoria Secret, Paypal.com, dll. Barangan yang dijual boleh lah korang lihat sendiri .. Biasanya orang malaysia ni suka dapatkan kupon diskaun untuk pembelian domain dan hosting .. biasanya dari Godaddy.com ... tapi anda lihatlah sendiri ... tak mau la ulas panjang - panjang .. anda lihat sendiri ..

Keistimewaan web ini ialah :

-  Update setiap hari . so coupon yang ditawarkan ialah fresh ..
-  Coupon dari pelbagai company .... macam-macam ada ..
- ada juga ditawarkan widget untuk firefox..

Sekian ... jumpa lagi ..
 

Langgan Pelbagai Servis Dari Serata Dunia Dengan Hanya USD5 !

Ya , tentu anda semua kurang percaya dengan apa yang aku nak perkatakan .. dengan hanya melabur USD5.00 atau lebih kurang RM15 Ringgit sahaja kita boleh dapatkan pelbagai produk serta  pelbagai servis dan yang menariknya servis yang ditawarkan oleh individu dari seluruh pelusuk dunia..


Apa yang bakal anda semua temui melalui fiverr adalah merangkumi penjualan produk serta servis apa saja dan paling best segalanya hanya Usd5 sahaja..


Fiverr.com


Meh tengok sini : Klik sini ..

[caption id="attachment_934" align="aligncenter" width="300" caption="laman fiverr"]fiverr.com[/caption]

.

Ok .. ini lah laman web dimana semua servis atau produk yang ditawarkan dengan nilai Usd5.00 Sahaja .. Untuk mendapatkan servis disini , kita perlu mendaftar dan bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau paypal..

Sebelum terlupa , jika anda juga ingin menawarkan servis , anda juga boleh berbuat demikian .. cuma nilai servis anda adalah Usd5.oo sahaja ...

Untuk melanggan servis yang ditawarkan ,saya  sarankan anda semua perhatikan dulu rating yang diberikan .. bukan apa .. dunia sekarang penuh dengan SCAMMER ... atau penipu .. so berhati - hatilah yer..

Jangan la takut pulak..saya sendiri sudah biasa melanggan pelbagai servis melalui fiverr .. antara servis yang difikirkan berbaloi adalh seper membina banner iklan.. yang mana jika diluar caj nya boleg mencecah RM50-RM60.00 untuk satu design , tetapi melalui fiverr saya hanya perlu mengeluarkan RM15.00 sahaja ..

So,pandai-pandai la mencari peluang yang disediakan fiverr... apa peluang nya ? ermm..

Saya bagi contoh mudah jer.. dalam fiverr .. semua servis adalah Usd5 .. nak buat duit ?.. tawarkan servis yang sama dilaman blog/web sendiri sebanyak Usd8 ... dan jika ada tempahan anda buala tempahan di fiverr... so , berapa untung ? haaaa...kan dah ada Usd3 untung tu... :-) ...

Ok itu je untuk hari ni.. sekian..
 

ShoutmiX Auto Blogwalking Software

Sedang hangat !



Satu kaedah untuk menarik atau meningkatkan trafik ke laman blog ...  korang tentu pernah dengar kaedah ni kan ? Ya blogwalking ni kalu nak diringkaskan cerita adalah satu kaedah kita pegi melawat blog orang lain dan tinggalkan komen disitu berserta jejak kita .. jejak kita ditinggalkan dalam bentuk Url blog kita samada secara terang terangan atau tersembunyi ...

Kenapa nak tinggalkan URL ? Ho ho sudah tentunya jejak kita amat penting ... kerana dengan jejak ini lah akan berlaku backlink dan boleh menarik masuk pelawat lain pula ke blog kita apabila mereka klik link tersebut ..

Best jer bunyinyer kan ? kita ronda-ronda blog orang lain tinggalkan komen dan traffic akan balik semula ke blog kita .. MUDAH sangat ...

Rakan-rakan sekelian ... sebenarnya kita semua dipermudahkan lagi dengan kebanjiran software untuk buat blogwalking ni ...ada Free software dan ada yang paid software ... terpulang kepada kita nak yang mana satu .. aku jenis yang suka pada yang free software .. sebab yang free tidak semestinya tidak bagus .. Kadang kadang yang paid pun tidak sehebat yang free .. hu hu , so terpulang kepada anda .

Blogwalking software , aku tertanya-tanya sendiri .. Boleh ker guna software ni ? nanti dianggap spam pulak .. ha ha .. aku dah pun jumpa pelbagai type software ni dan akan cuba satu persatu .. yang free ea.. :-D ...

Ok lah dah banyak sangat la pulak menulis ni .. anyway ... aku akan cuba kaedah ini selama 1 minggu bermula hari ini dan aku akan beri review keberkesanan teknik ini selepas dari itu .. aku akan gunakan blog ini sebagai bahan ujikaji sebab blog ini masih baru dan belum ada traffic yang stabil ... nantikan review dari aku yer...

p/s : Jangan lupa tinggalkan komen anda disini beserta url blog anda untuk pelawat pergi ke blog anda pula .. hehe .. praktikal pertama ..
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger