Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih
Latest Post

Sistem Penguatkuasaan Automatik ( AES ) Bermula Malam Ini

Sistem Penguatkuasaan Automatik ( AES ) Bermula Malam Ini

lokasi AES kamera

Bagi semua sahabat gurucyber , berhati-hati di jalan raya ...
Setiap lokasi pemasangan sistem ini akan dilengkapi dengan papan tanda peringatan seperti ini >>>

papan tanda lokasi sistem AES

Dan disini senarai lokasi pemasangan sistem AES setakat ini dan akan di update secara berperingkat ..

lokasi AES
 

Taring Google Sudah Mulai Tumpul

Salam sejahtera ..

Sebelum menulis lebih panjang jom layan gambar dulu ...

kedudukan ranking google tergugat

Ini adalah gambar terbaru yang saya rakam pada 17 September 2012 jam 11.33 pagi waktu malaysia ..

Jika diperhatikan gambar tersebut didapati kedudukan enjin carian google berada di tempat ke dua selepas facebook ... ini menunjukkan google telah jatuh dari tahta tempat pertama sebelum ini dikalahkan facebook...

Dengan kemunculan pelbagai algoritma ciptaan google seperti panda dan pengguin untuk membuat analisis tentang web/blog orang lain .. google sendiri tidak terlepas dengan method yang mereka cipta sendiri ... hehe ( dalam hati .. padan muka google )

Bagi yang belum mengetahui , dengan kelahiran panda dan pengguin ramai para blogger yang diserang sakit jantung dan darah tinggi kerananya .. maukan tidak , hari ini blog berada di page pertama carian google ... tiba-tiba esok blog sudah hilang dari page tersebut akibat  di tendang keluar oleh pengguin  .. tak ke sakit jantung dibuatnya ..

Bagi pemain autoblog begitu juga .. pelbagai kaedah digunakan untuk mengelak dari dikesan panda dan pengguin namun akhirnya blog di nyah keluar juga...sudahlah dinyah keluar ... PR juga jatuh mendadak yang boleh membuatkan blogger diserang darah tinngi akibat tekanan dan membawa ke jantung hampir berhenti berdegup...

Jika dulu , para blogger melihat ranking blog adalah satu yang amat menggembirakan namun sekarang untuk membuka dan melihat ranking blog adalah satu yang amat mendebarkan...

Ok , cukuplah sampai disini .. maklumat nak kongsi adalah kedudukan google tu jer berbanding facebook .. tapi dah melalut ke lain pulak.. hehe

sekian wassalam ..
 

Blogger Video Theme Yang Digemari Google

Salam sejahtera buat semua..

Tahukah sahabat semua bahawa waktu ini enjin carian google amat menyukai web/blog yang berasaskan video ? , antara laman video yang popular adalah youtube .. siapa tak kenal youtube .. hehe memang nampak sangat nubienya ..

Untuk menguatkan lagi apa yang saya katakan , mari kita cuba bersama-sama .. cuba taip apa sahaja keyword yang terfikir oleh sahabat melalui google.com .. dan lihat page pertama ... dalam 10 carian saya pasti sekurang-kurangnya 8 page akan menampilkan laman video youtube di page pertama carian tersebut ... amacam ?..

video ceramah ustaz azhar idrus 2012So ,kita sebagai blogger seharusnya tiap mensia-siakan peluang tersebut terutamauntuk menarik trafik kelaman kita dan sebagainya ... saya sendiri sedang membuat ujikaji tentang peranan video ini untuk menarik trafik dan bermain dengan affiliate .. lihat laman ujian saya disini >>> http://ustazbest.blogspot.com/2012/09/30-minit-ustaz-don-cinta-rasul-sebelum.html

Ya , saya menggunakan blogspot untuk menempatkan laman berasaskan video saya ... mengapa ? sudah tentunya ia percuma , tak perlu memikirkan tantang langganan domain dan hosting ... tak perlu nak fikir tentang bandwith bulanan yang makin kurang akibat kunjungan visitor yang ramai ..

Sahabat , sila lihat sendiri walaupun ia hanya sebuah blog dari blogspot dan percuma .. theme tersebut seolah-olah blog profesional yang lain .. so , tak nampak koman sangat la.. dan amat mengejutkan saya adalah statistik blog tersebut.. baru 3 hari dilancarkan sudah berjaya menarik 7 visitor melalui enjin carian google .. wow ! .. hebat bukan kuasa video .. he he

Baiklah sahabat , saya tidak mahu bercerita panjang lebar tentang theme tersebut sebab ia masih dalam ujikaji .. jika ia berjaya nanti saya akan post disini hasil ujikaji tersebut..mybe nanti saya akan kongsi theme tersebut dengan sedikit bayaran kot .. hehe amacam , ada berani ?

 

sekian..
 

Apple Iphone 5 dilancarkan

 

gambar iphone 5

Apple telah melancarkan smartphone terbaru mereka iaitu iphone 5 dengan peningkatan beberapa ciri baru ... peminat setia produk apple pasti tidak sabar untuk mendapatkan produk tersebut dari pasaran... apa yang saya lihat hanya beberapa perubahan kecil dilakukan terhadap produk ini dan yang paling ketara ia ditampilkan dengan pengurangan berat sebanya 20% dari siri yang sebelumnya..

gambar iphone5 apple 2012

Untuk melihat lebih banyak gambar iphone 5 yang akan dilancarkan sahabat boleh terus kelaman web apple disini >>> _http://www.apple.com/asia/iphone/iphone-5/

selamat menonton .. hehe

 
 

Kanak-kanak Hilang

 

hebahan kanak-kanak hilang

Jom semua sahabat GuruCyber sekalian pakat-pakat intai kot ada rezeki nak jumpa semula adik nih... Semoga beliau masih dalam keadaan selamat ..
 

Laman servis mirip fiverr dari malaysia

murahnya.my laman mirip fiverr
Salam sejahtera buat semua sahabat ,

Ok. belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat menyambut merdeka raya hehe.. Ok hari ni nak tulis sikit sahaja .. saya pasti ramai antara kita yang dah mengenali laman fiverr dan saya pernah kongsi tentang keistimewaan laman tersebut pada post yang lepas...

Kini kita semua boleh dapatkan servis yang serupa dan lebih diyakini sebab ia buatan orang kita malaysia ...  Ok ..gambra ada kat bawah nun..  sebijik laman fiverr kan ? ...

Ok bagi mereka yang nak dapatkan servis dengan harga yang berpatutan bolehla ke laman tersebut melalui link ini >>> klik sini  <<<  daftar percuma disana dan boleh dapatkan servis disana ...

Ops ! .. nanti dulu , bagi yang kaki bisness .. anda ada peluang untuk dapatkan bisness disana ... caranya dengan menawarkan servis terbaik anda pula... Tawaran anda mesti menarik dan unik sebab nak bersaing dengan tawaran-tawaran sedia ada disana dan harga yang di letakkan mestilah kompetetif yang mana pemburu servis anda nanti rasa berbaloi dengan apa yang di bayar ..

Ok sebelum berundur sekali lagi link untuk ke laman tersebut ... klik sini  

 

Semoga artikel ini membantu sahabat semua..

Sila tinggalkan komen untuk sebarang pertanyaan ..

Terima Kasih
 

Cara Install PAPAGO! X5 For Android (Malaysia Version)

Free PAPAGO! X5 For Android (Malaysia and Singapore Version)


Salam sejahtera buat semua...

hari ni Saya nak kongsi dengan anda semua cara nak install PAPAGO! X5 For Android (Malaysia Version) secara PERCUMA... yup.. percuma khas untuk pengguna android.. lepas ni mudah ni pegi mana-mana dalam malaysia atau singapore ... tak sesat lagi dah ...

Ok , step permulaan anda kena download dulu 2 file seperti link dibawah :

1. APK : http://www.mediafire.com/?f6s7uw3u6h59xsz (APK installer)
2. SD file : http://www.mediafire.com/?yvmgtpbdcpob47v (malaysian map)

Ok.. dah siap ?..

Seterusnya , extract la SD File yang telah anda download tadi dalam komputer anda dahulu... manakala file APK tu terus boleh upload atau pindahkan dari komputer anda terus ke memori Smartphone anda ... letak la dalam folder download smatphone anda tersebut...

Ok .. seterusnya .. pindahkan pula folder SD yang telah di extract tadi kedalam smartphone anda juga .. dan bila dah selesai... boleh la mula install dengan cara cari file APK tadi dan klik install...

Tada !!! .. ah siap pun ... boleh dah pegi jalan-jalan tanpa sesat lagi...

Selamat mencuba...
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger