Salam sejahtera buat semua ... Harap semua sihat dan ceria hari ini ...
Bila sebut facebook ... siapa yang tak kenal , kalau ada pun mybe dia ni baru keluar dari hutan setelah tersesat semasa mencari buah salak hutan selama 3 tahun .. he he .. gurau jer...
Ya , bercerita tentang facebook .. sebenarnya kita sebagai blogger yang sentiasa dahagakan trafik terutama trafik yang fresh ni boleh memanfaatkan laman tersebut untuk menarik lebih banyak trafik yang fresh ke laman blog kita ... ratusan malah ribuan trafik boleh ditarik sehari dari sana sebenarnya .. namun ia bukan semudah yang disangkakan ...
mengapa saya kata ia bukan semudah yang disangkakan ... ermm.. jalan punya jalan tadi .. saya terjumpa satu artikel yang di tulis oleh seorang IM yang saya kira beliau agak berpengalaman dalam dunia tarik trafik ni .. jom baca apa tulisan beliau ..
Hi geng,
Anda pun tahu bukan yang saya ni merupakan seorang yang betul betul meminati social media dalam membuat marketing di internet? In fact, di market international, saya diberi gelaran "social media expert" :-D
Dar Facebook, ke Twitter, ke Youtube, ke Slideshare, ke Tumblr dan sebagainya, saya suka mengaplikasikan "social proof" dan "social connection" dalam membuat marketing di sana.. *mungkin anda pun pernah tengok kan?
Jadi post pada hari ini merupakan sesuatu yang saya fikir amat WAJIB untuk anda baca memandangkan ramai yang kini buat teknik "facebook marketing" pada hari ini..
FAKTA:
#1: Facebook marketing amat famous dikalangan IM dan juga rakyat Malaysia
#2: 99% membuat teknik marketing yang SALAH dalam membuat facebook marketing
Jom kita fikir fikir sedikit...
Facebook sebenarnya ialah sebuat medium sosial dimana anda boleh berinteraksi dengan lebih 300 juta orang dari seluruh Malaysia.. Bayangkanlah, ini merupakan komuniti online terbesar didunia!!
Tetapi ini tidak bermakna apa apa jika anda membuat teknik marketing yang salah di facebook-dan rata rata kebanyakan orang membuat teknik marketing yang salah..
Biar saya terangkan..
Suka tak anda bila anda balik rumah dan anda melihat peti surat anda dipenuhi dengan pamphlet jualan dari orang yang anda tidak kenali langsung..
Setiap hari bertimbun timbun pamplet yang masuk, dan boring anda nak buang pamphlet tersebut.. Sampai rasa nak bakar jek peti surat anda tu kan.. Pernah berlaku?
Sebenarnya, itu merupakan apa yang anda buat dengan traditional marketing di facebook.
Saya tengok banyak teknik facebook (atau variasi) dimana asasnya ialah :
1. Add kawan (atau strangers) banyak banyak di facebook
2. Post status update dengan "pamphlet jualan" anda
3. Buka group difacebook dan kemudiannya add kawan dan spam group tersebut
4. Spam inbox pula..
dan sebagainya..
Anda sebenarnya tak lain daripada orang yang menghantar pamphlet ke peti surat rumah anda tu..
Mungkin apa yang anda buat di berkesan untuk mendapatkan 2-3 orang untuk short term, tetapi long term, tak efisen langsung apa yang anda buat sebab orang akan branding anda kaki spammer atau "orang salesman"..
Bayangkan lah- anda kena spam hari hari- kalau tak spam, takde orang.. Silap haribulan, anda kena "block" oleh admin facebook- habis marketing anda !
JADI APA SEBENARNYA TEKNIK MARKETING FACEBOOK YANG BETUL?
Teknik marketing facebook yang betul sebenarnya merupakan sesuatu yang anda buat untuk membina kredibiliti, authoriti dan juga network anda. Ia sebenarnya "medium", ataupun "extension" kepada marketing yang anda buat..
Dan disinilah lainnya "newbie facebook" dan juga "expert facebook" marketer..
Newbie facebook kerja dia tag tag gambar dan juga letak status update..
Manakala expert marketer pula membina kredibiliti, authoriti dan network mereka.. untuk menjadi "brand expert" disana..
Contoh:
Tengok Anthony Robbins, tengok Jack Canfield, Tony "Airasia" Fernendez, Tun Mahathir, malah IMer seperti saya sendiri, Gero Azrul (dia hebat nii) Ammar Zahar, Jamal, Rahman Basri dan lihat apa yang mereka buat.. Pasti anda tak akan tengok mereka "tag tag gambar" kan..
Apa samanya "expert facebook marketer ni"
1. Mereka ada Facebook page mereka
2. Mereka memberikan info info hebat berkaitan dengan sesuatu topik dan share di facebook page mereka
3. Mereka menjemput orang ramai untuk "LIKE" page mereka disana
4. Mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan target market mereka setiap hari dan "be on the field" dengan mereka
Jadi apa yang berlaku?
Expert facebook marketer membina loyal following, fans atau peminat mereka lah katakan, dan dari sana, mereka menggunakan jenama, ataupun branding mereka untuk endorse program, minat ataupun kepercayaan mereka (Tun Mahathir dengan politik beliau, dan Tony Fernendes Airasia dengan polisi "everyone can fly")
Kesimpulannya :
Anda harus mula membina TRIBE anda sendiri.. Anda harus mendapatkan "orang orang" yang bersefahaman dengan anda dan bina komuniti anda sendiri.
Dan ini boleh dimulakan dengan satu langkah mudah:
1. Hari ini, mulakan Facebook Fanpage anda sendiri.
Dari sana, mulakan interaksi dengan dunia luar, share idea idea bernas anda, jemput orang orang yang sefahaman dengan anda untuk LIKE page anda, dan dari sana, bina komuniti anda sendiri.
Remember:
Facebook ini macam kampung global haha.. Anda kena jadi ketua kampung anda sendiri, bukan jadi mamat yang syok buang pamphlet dan lepas tu kena belasah sebab buang sampah merata rata..
Harap harap anda faham dengan apa yang saya share disini :-)
Suthan M
p/s: Ramai yang tanya saya samada mereka boleh share artikel artikel tips dan video saya.. Silakan, tapi pastikan anda "kreditkan" saya dengan info ini yek :-)
Itu sahaja..
Amacam ? ... ada ilmu yang anda boleh dapat dari post ni ?? .. kongsikan pandangan anda dibawah .. terima kasih ...
+ comments + 26 comments
Terima kasih semua informasinya
Salam
sama-sama.. selamat membaca ...
Sudah saya baca berkali-kali
tetapi saya ingin yang lebih detail mengenai buat halaman di FB
mybe tini boleh cari tutorial dalam bahasa inggeris pula .. search jer kat google , banyak sebenarnya tutorial tentang itu... di youtube juga ada video tutorial juga percuma...
saya tak berani nak mencuba apa2pun di fb walaupun saya berniaga kecil2an sb saya tak pandai sgt IT..
Baru lah faham...terima kasih kerana sudi berkongsi.
nice info.hee.benci spammer.
Luar biasa yang anda sampaikan dsni......
jangan lpa untuk berkunjung balik ke blog sahabat...
berziarah kembali ke tempat kawan lama...
Hello my friend, thank you very much for your visit, happy new week with successes and peace. Hugs Valter. :)
Apa salahnyer... kita sahabat sejati ... hidup blogger ! he he
sama la kita ... sangat2 benci spammer...
Yang penting bina kreadibiliti .. jangan jadi spammer... betul tak ?
FB lubuk duit sebenarnya.. cuma kena amalkan etika jer , bina kreadibiliti...
he he .. lama tak nampak sahabat .... wlcome back..
memang setuju sangat dgn pandangan anda..memang betul..rimas je tgok tag gambar berlambak2..
Terima kasih atas kunjungan ke blog saya, anda boleh menambah saya di blogroll anda bagi kami untuk memiliki linkback & backlink. Tolong beritahu saya jika anda telah menambah saya dalam senarai anda sehingga saya juga boleh mengemas kini blogroll saya untuk menyertakan anda dalam senarai blog saya yang boleh saya ikuti. Terima kasih
take time gak kalo nak wat camni...
tpi hasil die kompem memberansangkan kot...
huhu...
Memang take time ler... tapi hasil berterusan .. dan kreadibiliti meningkat .... bila dah ada nama orang pun tak fikir panjang nak beli produk kita ...
sama lah kita ... menyampah tengok peti surat asyik penuh dengan SPAM ...
tq..info yg sgt berguna..
sangat bagus info pasal FB marketing ni ..insya allah boleh digunakan ~
Betul x diakui. saya sendiri kadang2 menyampah bila dekat wall FB sy penuh dgn post2 marketing... kalu x kenal mmg dah remove dah... tp mengenangkan kawan2 sendiri... terpaksa hadap jugak
Salam
Terima kasih atas perkongsian ini..terbaek. Kebanyakn xpert
bgi info yg berguna utk dikongsikan dan dari situ dierang pelan2 estblish product dier...baru ler tak jadi mamat yg tukang hntar pempletkannnn..
Yup.. itu cara dia... bukan hanya jadi tukang sepam.. hehe
terima kasih untuk perkongsian ini .
sangat bagus info pasal FB marketing ni
Post a Comment