Hu hu .. adus masih terasa kesan henyakan itu ... jantung dihenyak bertubi-tubi bukanlah satu perkara yang dianggap enteng .. ia boleh menyebabkan suatu yang diluar jangkaan ...
Maaf buat semua .. bukan niat saya untuk mempermainkan semua pembaca setia blog gurucyber .. tapi topik sesebuah artikel memainkan peranan penting untuk menarik minat pembaca membaca apa yang terkandung dalam artikel sebenarnya ...
Bukti ... lihat akhbar harian metro .. antara tabloid yang amat laris dipasaran .. mengapa ? lihat muka hadapan tabloid tersebut .. http://www.hmetro.com.my/ .. ha ha .. gempak kan ! .. tapi cerita tu semua ada dalam akhbar2 lain juga ..
Ok ... cerita asalnya macam ni .. Jantungku di henyak bukan sebab kena pukul secara berkumpulan ke aper .. sebanrnya nak kongsi hobi masa lapang GurCyber adalah berbasikal.. SO , dengan berbasikal .. jantung ni dihenyak untuk memastikan darah berjalan lancar untuk mengayuh basikal tu ... Alhamdulillah setakat ni boleh la dalam 15-20 km sehari ... tu pun seminggu dapat dalam 3-4 hari jer..
Lokasi tempat tu adalah di tapak bandar satelit Muadzam Shah Pahang ... best , sebab masih banyak bukit yang baru di tarah untuk main lompat-lompat ... tergolek tu biasa tapi amat menyeronokkan selain dapat meningkatkan kesihatan...
Sesungguhnya bersenam itu dapat menigkatkan kesihatan ... tak caya tanya Doktor Blogger kita kat sini
Jom baca artikel kat bawah pasal kalori pulak..
6 aktiviti pembakar kalori terbaik
by Ideas.Thinks.Shares on Sunday, February 6, 2011 at 3:11pm
Pasti semua orang sudah mengetahui secara asasnya sebenarnya tidak ada formula rahsia untuk mengurangkan berat badan, Berat badan berkait dengan kalori. konsep asas pengurangan berat badan adalah cukup mudah iaitu setiap individu perlu lebih banyak membakar kalori di dalam badannya, kegagalan membakar kalori dalam badan pastinya akan menjadikan usaha untuk mengurangkan berat badan satu kerja sia-sia.
Untuk membkar kalori dalam badan, individu memerlukan aktiviti yang boleh meransang degupan jantung yang akan mengeluarkan peluh dan seterusnya membakar kalori yang ada di dalam badan. Artikel kali ini ingin berkongsi 6 aktiviti pembakar kalori yang terbukti paling efektif yang boleh dilakukan oleh setiap individu.
1. Kickboxing: 800 kalori sejam
Kickboxing merupakan aktiviti yang didapati berada di senarai paling atas dalam aktiviti pembakaran kalori iaitu sebanyak 800 kalori yang boleh dibakar dalam temph satu jam.
Melalui aktiviti kickboxing ini individu memerlukan setiap pergerakan otot dan akan mempercepatkan proses pembakaran kalori.
Degupan jantung juga akan bergerak dengan pantas selari dengan pergerakan semua otot-otot yang bekerja semasa menyertai aktiviti kickboxing ini.
Memang sesuai sangat kepada mana-mana individu yang membakar kalori dan pada masa yang sama boleh juga belajar kaedah mempertahankan diri.
2. Jumping Rope: 780 kalori sejam
Aktiviti jumping rope atau skipping merupakan aktiviti kedua yang didapati paling berkesan dalam membakar kalori badan dan juga amat sesuai kepada mereka yang selalu mempunyai halangan masa.
Sedar atau tidak dengan melakukan lompatan setempat di atas tali boleh membantu individu membakar 130 kalori setiap sepuluh minit atau bersamaan 780 kalori sejam.
Lompat tali juga amat sesuai kepada mereka yang tidak mempunyai ruang atau kawasan yang luas untuk berjogging atau bersenam. Cukup hanya kawasan yang kecil dan juga boleh dilakukan di dalam kediaman sekiranya perlu.
Pada masa yang sama mengikut laman web BoneHealth.com, impak dari aktiviti lompat tali ini bukan sahaja membakar kalori malahan menguatkan struktur tulang individu yang melakukannya.
3. Biking: 700 kalori sejam
Biking atau aktiviti berbasikal juga ternyata amat berfaedah dan menduduki tempat ketiga dalam kategori aktiviti paling berkesan untuk pembakaran kalori.
Dengan berbasikal sejauh 22 hingga 25 kilometer pada kelajuan yang tetap individu akan berjaya membakar 700 kalori dalam badan mereka.
Pada masa yang sama juga aktiviti berbasikal bukan sahaja membakar kalori malahan turut membantu paru-paru kita mendapat udara segar dan nyaman dari persekitaran yang bersih.
Mungkin juga boleh dianjurkan atau digalakkan aktiviti berbasikal ke tempat kerja bagi kawasan-kawasan tertentu, bukan sahaja menyihatkan badan malahan mengurangkan pengeluaran dan pelepasan gas karbon monoksida ke udara.
4. Running: 650 kalori sejam
Aktiviti berlari pula menduduki tempat keempat dalam aktiviti paling berkesan untuk membakar kalori dalam badan.
Berdasarkan kiraan kalori oleh WebMD, seseorang yang mempunyai berat badan sekitar 65Kg dan berlari selama sepuluh minit dalam jarak 1.6 kilometer mampu membakar sebanyak 650 kalori dalam tempoh sejam.
Untuk langkah permulaan individu boleh memulakan aktiviti berlari dengan cara perlahan-lahan dan kelajuan ditambah secara berperingkat-peringkat dan boleh juga diselang-selikan dengan berjalan cepat.
Aktiviti berlari juga amat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dimulakan.
5. Aerobic Classes: 600 kalori sejam
Bagaimana pula dengan kelas Aerobik? ramai dikalangan masyarakat kita apabila berbicara tentang mengurangkan berat badan dan membakar kalori terus merujuk kepada kelas aerobik.
Memang tidak dinafikan kelas aerobik merupakan salah satu aktiviti yang berkesan kepada sesiapa yang berminat untuk membakar kalori mereka.
Secara asasnya penyertaan selama sejam dalam kelas aerobik boleh membantu individu membakar kira-kira 600 kalori di dalam badan, walau bagaimanapun ianya juga bergantung kepada bilangan ‘steps’ atau langkah yang dilakukan dalam kelas aerobik berkenaan.
6. Zumba: 500 kalori sejam
Aktiviti ke enam yang didapati paling berkesan untuk membakar kalori adalah melalui zumba yang dikatakan boleh membakar 500 kalori sejam.
Untuk rekod zumba adalah sejenis tarian kecergasan yang diciptakan oleh Alberto beto Perez dari Columbia sekitar tahun 1990-an dahulu. Konsep tarian zumba ini adalah untuk tujuan menyihatkan badan dan membakar kalori pesertanya.
Tarian zumba juga dikatakan boleh membantu meningkatkan kadar metabolisma, walau bagaimanapun ianya juga seperti kelas aerobik, bergantung kepada individu itu sendiri dan sejauh mana usaha yang dilakukan oleh individu terlibat.
Blog ini percaya banyak lagi aktiviti yang boleh membakar kalori dalam badan individu yang tidak semapt disebut dalam artikel ini. Apa juga cara dan kaedah yang digunakan, semuanya bergantung kepada komitmen dan usaha yang berterusan oleh individu itu sendiri.
Apa yang pasti semua insan mahukan kesihatan dan kecergasan kerana ianya salah satu dari nikmat hidup. Selamat membakar kalori.
Sumber dan artikel asal – The Top 6 Calorie-Burning Workouts di http://shine.yahoo.com/
Sekian ... jom kongsi hobi anda pula dibahagian komen ...
+ comments + 12 comments
dh lama betol aku tak berbasikal. dh lebih 6 yahun.haha
Best berbasikal neh... tapi mula2 sakit jugak .. ha ha
Salam singgah di blog GuruCyber
info yang sangat berguna.. teruskan usaha untuk sihat ok
Trimas ... harap puas hati ...
Yup.. jom konsi sama-sama petua kekal sihat ..
Bagus hobi tu..teruskan dan jgn putus asa...kalau ada lagi member-member lain join sekali..lagi terasa seronok.
Betul .. petang hari biasa kadang2 solo jer .. tapi kalau hari minggu ada groups.. ada la 7-8 basikal..
wah...bagus2...thnx 4 da info...ade can nak kurus...haha
satu rahsia nak buka .... dulu saya 90 kg .. sekarang 74kg ... dulu pinggang 37 inci .. sekarang 34 inci ... walawe.. best oo berbasikal...
futsal serious gian.
saya berbasikal makin semput... hehe...
Post a Comment