ermm esok say akan pergi berkayak selama 2 hari .. dari Kg Belimbing ke bandar Pekan Pahang .. tak jauh pun lebih kurang 70KM sahaja ....
Malam ni sebelum packing barang nak bawak besok , sempat lagi blogwalking ke beberapa blog sahabat dan terjumpa satu artikel yang amat menarik .. so dengan izin beliau saya Copy dan paste jer kat sini ...
selamat membaca ..
Semalam aku telah hadir ke salah satu program ceramah integriti penjawat awam di bawah kementerian tempat aku berkerja. Ceramah yang menerangkan kepentingan mencari halal lagi baik atau 'halalan toyyiban' dalam kehidupan seharian kita disampaikan oleh Ustaz Mohd Amri bin Abdullah dari JAKIM. Ceramah yang disampaikan pada aku sangat berinformasi, dua jam rasanya tak cukup untuk ceramah berkenaan, terlalu banyak info yang sepatutnya kita tahu sebagai umat Islam dalam hal memilih makanan atau produk halal. Ustaz Mohd Amri pula memang pandai memberi ceramah, amat jarang aku tak mengantuk ketika mendengar ceramah dan ceramah dari Ustaz Amri ni antara ceramah yang berjaya mengekalkan aku dalam keadaan 'jaga' kerana Ustaz Amri pandai menarik perhatian aku sebagai pendengar dengan pelbagai informasi dan lawak jenaka spontan dalam sesi ceramahnya. Aku tertarik dengan salah satu informasi yang dikongsi oleh Ustaz Amri dalam ceramahnya iaitu "Yahudi merosakkan umat Islam melalui 3F." Kenapa Yahudi menggunakan 3F ini dan apa yang 'F'nya tu? Yahudi guna 3F ni kerana mereka tak yakin boleh menang kalau menentang umat Islam. Umat Islam memang kuat dengan semangat perjuangan, sanggup mati syahid dan berkorban apa saja demi menegakkan agama Islam. Namun Yahudi berjaya melemahkan kita sekarang melalui 3F ni.F yang pertama ialah 'Food' atau makanan. Orang Yahudi memang amat menjaga pemakanan mereka, namun kita biasanya asalkan ianya Halal kita bantai sahaja tanpa memikirkan cara pemprosesan makanan itu, siapa yang membuatnya, rupa dan ciri-cirinya dan dari mana bahan mentahnya. Sebagai contoh minuman-minuman berbentuk seperti arak dan beer Halal seperti Barbican dan Istak. Ini secara tak langsung menerapkan sesuatu yang haram kepada halal. Yelah, kenapa perlu nak minum minuman yang kelihatan seperti arak? Berbuih dengan botol yang ada ciri-ciri minuman haram? Kita tak nampak strategi ni, yang kita tahu asal Halal sahaja boleh minum. Kenapa perlu cari minuman yang kelihatan seperti minuman haram yang dihalalkan? Sebabnya supaya kita kurang menitikberatkan isu mencari halal dalam makanan dan minuman kita. Yelah kalau yang haram pun cuba dihalalkan macam minuman-minuman ni tak mustahil kita pun akan cuba menghalalkan produk makanan haram yang lain.
F yang kedua ialah 'Fashion' atau fesyen. Yang ni pun konsepnya sama jugak, asal bertudung dah mencerminkan Islam, tapi yang peliknya tudung pakai, tapi kain terbelah sana, bonjol sana, bonjol sini. Aku mengaku, aku memang suka tengok perempuan pakai ketat-ketat dan jarang-jarang macam legging atau baju tidur 'see through', kalau aku dah kahwin pun aku nak bini aku pakai macam tu, tapi kat rumah la, jangan la keluar rumah pun pakai ketat-ketat dan seksi-seksi. Ya, orang kita memang suka befesyen, cuma fesyen tu tak kena, asyik nak tiru orang barat berfesyen je, diorang bukan beragama Islam, agama mereka tak mewajibkan mereka menutup aurat, kenapa kita tak wujudkan fesyen kita sendiri yang lebih menutup aurat dan menarik agar menjadi ikutan barat pula? Perlu diingat menutup aurat bukan bermakna menutup badan dengan pakaian-pakaian ketat. Memang ada isu mengatakan, kalau tak ikut fesyen susah nak hidup, contoh kalau uniform sesuatu agensi tu mewajibkan pakai skirt ketat macam mana pulak kan? So kita akan pilih untuk mengabaikan tuntutan agama dan ikut undang-undang manusia yang memaksa kita memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Persoalannya kenapa kita tak fight untuk agama kita sendiri? Ini secara tak langsung membuatkan orang Yahudi akan bertambah takut dengan umat Islam kerana kita akan fight back kalau undang-undang mereka cuba mencabul kemuliaan agama Islam.
F yang terakhir ialah 'Fun' atau hiburan. Tak salah berhibur dalam Islam, tapi janganlah sampai melampaui batas sebagai umat Islam. Zaman sekarang ni terlalu banyak hiburan-hiburan yang melalaikan umat Islam. Dah ambik wudhu' nak angkat takbir, dengar je rancangan hiburan kegemaran bersiaran di televisyen, sanggup tinggal sejadah nak tengok, last-last dah abis program tu baru la solat balik. Secara tak langsung kita dah bertuhankan hiburan dari bertuhankan Allah s.w.t. Dah nak mengadap Allah dah ni, siap angkat takbir dah nak solat, sanggup lagi memalingkan muka nak tengok hiburan dan artis kegemaran dan kegeraman kita terkinja-kinja atas pentas. Jangan kata hiburan, ada jugak orang dah berdiri atas sejadah nak solat, SMS berbunyi boleh baca dulu SMS tu baru solat, alasannya, takut tak khusyuk dalam solat, senang je nak settlekan masalah tu, jadikan tabiat menutup handphone sebelum masuk masjid, surau atau sebelum berwudhu'. On balik bila dah selesai. Kenapa salahkan khusyuk pulak, seolah-olah khusyuk dalam solat tu beban yang perlu kita tanggung sebab tak baca dulu SMS tu.
So sebagai umat Islam, berhati-hatilah terhadap 3F ni, muhasabah diri setiap malam sebelum tidur, apa yang kita buat pada hari ini. Kalau perasan mana-mana bahagian yang tak elok kita dah terbuat, target supaya ia tak akan berlaku lagi di masa hadapan.
Sumber: http://pokpa.blogspot.com/2011/05/yahudi-merosakkan-umat-islam-melalui-3f.html#ixzz1La1He8qq
+ comments + 28 comments
Salam ,terima kasih untuk perkongsian yang bermanfaat ini...
ternyata banyak agenda tersembunyi yahudi melalui pelbagai cara utk melemahkan umat islam...
Mintak-mintak Allah lindung kita :) Sama-sama doakan.
Saidina Ali pernah berpesan, "Hiburan dalam ISLAm ibarat Garam Dalam Makanan" terlalu byk garam maka rosaklah makanan itu, begitu sebaliknya kita sebagai hamba2 kecil di dunia ini. insyaAlloh kita sam2 beroleh manfaat dr pesanan khalifah Islam yg Agung itu :) amin...
btul ape yg cikgu tulis...terlalu byk 3F yg merosakkan akhlak umat Islam.... kalau tgk bab feshen..mmg teruk..mcm x tau pasal agama jer..padahal dari darjah 1 lg blajar Pendidikan Islam...x tahu batasan berfesyen la diorang...bukan yg muda jer..yg tua pon sama...pakai baju ketat dah mcm bungkus nangka.ukur baju bdn sendiri..ni tak..badan saiz XL...tp pakai baju saiz XS.^^kain n baju lak singkat x cukup kain...rakyat malaysia ni miskin ker smpai xleh nak bli pakaian yg menutup aurat? bkn remaja jer yg x tau pasal aurat....mak datin yg tua pon x tau...pakai tubung pon x reti..
Sebut pasal Fun lak...kalau boleh mereka nak fun 24jam....ramai yg kluar pagi blk lewat pagi...tau nak fun jer....berkepit sana..berkepit sini...lepak kat shoping mall berjam2...usha awk laa...mcm2 btul laa..kat media lak satu hal...surat kabar n tv byk citer pasal artis jer....sbb tu remaja syok jerr enjoy..x pk pasal agama n tujuan utama Allah nikmat hidup atas dunia nii.....
fikir2kan sblm terlambat.....
yahudi sangat licik... mereka tak akan berhenti memerangi islam.
jalan jalan petang
Akak bersetuju dengan beberapa pendapat tuan blog.
Betul lah tu ..
Trima kasih... bernas pandangan saudara/i ...
betul tu.. bnyak sgt yang dibawa yahudi ke dalam masyarakat kita ni.. 3-3 F tu faktor utama.. dan resultnya.. F - FAIL
Kalau tak silap banyak lagi..
peliknye fashion die..hm,,tu la pasai..asal tls halal je mkn...takut jgk kdg2 nak pg kopitiam yg slalunye dikaitkan dgn tak halal...
rosak rosak...
memang kita mudah ikut apa yang di bawa mereka.
tambah lagi satu F iaitu football..
wah...
gila tu yahudi bro....
ckckckck
kunjungan perdana
salam bloger dari Indonesia...
indonesia live viss
wah...
gila tu yahudi bro....
ckckckck
kunjungan perdana
salam bloger dari Indonesia...
indonesia love viss
salam kenal dari saya ... jgn segan kunjungi lagi ...
thanks for the info..May Allah bless u n family...ia benar2 mengejutkan saya dari tidur...alpa...
xqqcn pkbwq ????????? chzgg onykfc Yahudi Merosakkan Umat Islam dengan 3 F … pshglns ?????? ??? kflddqo ehdsu doudoune moncler bxgumtjc abercrombie paris oyuhjwqo
doudoune moncler pjlc4f casque beats by dre nqmy0
http://www.casqueiibeatsmagasinn.info
coach factory zPy5a ugg outlet http://www.aspmn.org/thumbsugg.asp
cheap mulberry bags
7kX 6pZ 5wA 1vY
michael kors outlet online
lJ 2c#
http://www.taana.org/thums.asp
?????? Obp vLpV ??
http://www.mrzc.info/
louboutin pHz5m5 ugg nVt3q9 http://www.mryo.info
?????? ?? RP8PS7 http://www.jpccimonclaironline.info
uggs outlet fys jfj
cym fky
ugg boots gajwet
fdc zov
coach outlet online sthiyg
bwe vyl
ugg boots outlet and hurriedly explained the reason of her mirth ugg boots
longchamp pas cher jelgd
amrkz oowyv
sac louis vuitton unqae
Post a Comment