Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih

Cara Melepasi Sekatan Google Panda Algorithm

Salam sejahtera buat semua sahabat Gurucyber.net

[caption id="" align="alignleft" width="512" caption="Cara melepasi sekatan google panda"]Cara melepasi sekatan google panda[/caption]

Orait .. jika sebelum ni kita sahabat blogger sering dihantui dengan Google Sandbox .. sekarang kita bagai dikejar pula dengan Google Panda ..hari ini saya ingin berkongsi bagaimana kita boleh melepasi sekatan Google panda ini ..

Sebenarnya cerita ni dah lama , cuma samada kita sedar tidak sedar bahawa algorithm yang diperkenalkan Google sekarang adalah lebih ketat dan akan membuatkan seseorang akan terduduk jika terkena sekatan dari algorithm baru ini yang dikenali sebagai goolge panda.

Baik , sahabat sekelian .. Jika sebelum ini kita semua para blogger sibuk dengan membina backlink untuk menaikkan rank blog masing masing .. juga untuk meningkatkan populariti blog masing - masing .. namun selepas kelahiran google panda , backlink bukanlah lagi satu keutamaan untuk mendapatkan perkara-perkara tersebut...

So , Apa yang diinginkan Google Panda ?

Ini jawapan bagi persoalan tersebut .. http://googlewebmastercentral.blogspot.com/2011/05/more-guidance-on-building-high-quality.html

Secara ringkasnya adalah Google panda mementingkan blog/artikel yang berkualiti dan dapat memenuhi permintaan visitor/pembaca  secara keseluruhannya..

Jadi , mahu tidak mahu untuk melepasi sekatan Google Panda adalah kita perlu menghasilkan tulisan yang betul-betul berkualiti dan unik serta bukan hanya menjadi tukang copy paste sahaja ..

Google panda juga menyarankan kita menyediakan beberapa soalan dalam minda sebelum menulis sesebuah artikel.. soalan - soalan tersebut sebenarnya biasa bermain difikiran kita semasa kita sendiri mencari sesuatu maklumat di internet ..

Ayat mudahnya , letakkan diri kita sebagai seorang visitor sebelum menulis sesebuah artikel.. apa yang kita inginkan .. apa perasaan kita jika membuka sebuah blog yang kita search dan kandungannya hanya sebuah artikel yang tidak dapat menjawab soalan kita tadi.. jadi sediakanlah sebuah artikel yang berkualiti dan unik untuk pembaca blog kita ... itulah petua untuk melepasi sekatan goole panda .. :-)

Fikir-fikirkan..

Sekian ... wassalam
Share this article :
 

+ comments + 9 comments

October 15, 2011 at 6:54 PM

sori klu soklan ni kedengaran kurang cerdik...
google panda tu apa?

October 16, 2011 at 2:57 AM

dia macam nak galakkan para webmaster post artikel yang benar2 berkualiti sebenarnya ni

October 16, 2011 at 4:46 AM

Itulah masalahnya,kadang-kala akak buntu nak menghasilkan yang unik ini

October 16, 2011 at 6:00 AM

Google panda tu sekadar nama .. pertukaran algorithm oleh google...

October 16, 2011 at 6:00 AM

Betul... sokong 100%

October 16, 2011 at 6:00 AM

itulah masalah utama kita dan kebanyakan blogger di dunia.. bukan senag nak hasilkan satu artikel yang unik..

October 20, 2011 at 3:43 PM

Tak per.. mudah jer.. unik tu maknanya tak sama dengan orang lain.. so pandai2 la spin artikel tuh.. story yang sama tapi cara penyampaian yang berbeza

November 26, 2011 at 3:49 AM

semakin hari google semakin pandai sebab blogger juga makin pandai
anyway belalang google panda ni satu tool utk melihat samada blog atau website kita benar2 berkualiti atau tidak. Algorithm yg dibina akan menentukannya. Just my 2cents

November 28, 2011 at 1:38 AM

Yup.. betul..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger