Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih
Latest Post

Penglihatan Anugerah Yang Tidak Ternilai...Jangan Persiakan Anugerah ini..

Salam sejahtera buat semua sahabat gurucyber...

amalan menajamkan penglihatan Siapa disini yang telah hilang daya pengpihatan ? ... rasanya tiada bukan .. kalau ada pasti ia tidak dapat membaca post ini ...

Alhamdulillah kita masih mempunyai satu deria yang amat besar nilainya .. daya penglihatan ...

Cuba kita pejamkan mata beberapa saat dan cuba berjalan beberapa langkah kehadapan atau kebelakang .. apakah perasaannya ... dunia gelap seketika... oh , tak sanggup rasanya ..

Sahabat sekelian .. dibawah terdapat beberapa amaln yang boleh merosakkan deria itu dan menajamkan lagi deria itu .. bersama kita hayati dan amalkan ..

Amalan yang boleh mengurangkan kepekaan deria penglihatan

1. Sering bermuram dari pagi hinggalah ke petang.
2. Suka duduk dengan membelakangkan kiblat.
3. Melihat kepada huruf-huruf yang halus.
4. Terlalu banyak menangis.
5. Melihat tanda salib.
6. Melihat faraj wanita ataupun sekadar melihat bentuknya dari luar.
7. Melihat kepada benda-benda yang kotor.

Pernahkan anda melihat ataupun melakukan mana-mana perkara di atas? Jika anda sering berbuat demikian, kemungkinan besar itulah puncanya mengapa daya penglihatan anda semakin lama semakin lemah.....

Amalan menguatkan kembali pandangan , antaranya;

1. Amalkan selalu duduk menghadap kiblat.
2. Pastikan tempat duduk anda sentiasa bersih atau pilihlah tempat duduk yang bersih.
3. Memakai celak sebelum masuk tidur.
4. Melihat kepada sesuatu yang berwarna hijau.

Sekian ...
 

Amalan Memurahkan Rezeki ...

Salam sejahtera buat semua ...

amalan murah rezeki Dalam kita berusaha jangan lupa pada yang mengurniakan rezeki itu pada kita .. dalam kita berdoa meminta-minta jangan lupa juga perlu berusaha mencari rezeki yang ada ...

Jom kita amalkan beberapa petua yang insyaAllah dapat memudahkan rezeki datang pada kita dengan izin-Nya..

1.   Menyempatkan masa untuk beribadah kepada Allah , di tempat kerja misalnya, walau dalam keadaan sibuk sekalipun, carilah masa untuk diluangkan beribadah kepada Allah. Kerana maksud firman Allah dalam hadis qudsi "Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu". (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

2.   Memperbanyakkan istighfar memohon kepada Allah, merintih dan mengaku kesalahan di hadapan Allah boleh menjadi sebab Allah jadi bertambah kasih kepada kita. Sabda Nabi S.A.W. " Barangsiapa memperbanyak istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

3.   Meninggalkan perbuatan dosa, kerana istighfar sahaja tidak mencukupi kalau masih melakukan dosa. Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Riwayat At-Tirmizi)

4.   Banyak ingat Allah, inilah sumber rezeki dalam bentuk ketenangan yang Allah janjikan dalam firmannya dalam surah Ar-Ra'd, ayat 28 yang bermaksud : "...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram"

5.   Berbakti dan mendoakan kedua ibu bapa, kerana dalam hadis riwayat Imam Ahmad boleh memanjangkan umur dan di murahkan rezeki. “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Sabda Rasulullah lagi : “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.   Berbuat baik dan menolong orang yang lemah, seperti orang tua, orang sakit, anak yatim, orang fakir miskin, isteri dan anak-anak. Sabda Nabi s.a.w. : “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.   Menyampaikan hajat orang lain, sekadar mana yang termampu. Allah akan membalasnya dalam bentuk tertunainya pula hajat kita. Sabda Rasulullah S.A.W: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.   Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, ada hadis yang menganjurkan berselawat jika mahu hajat kita tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.

9.   Buat kebajikan banyak-banyak -Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.   Berpagi-pagi -Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat, petua orang tua-tua pun sering mengatakan kalau selalu bangun lambat rezeki payah nak masuk.

11.  Menjalin silaturrahim-Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.   Sentiasa dalam keadaan berwuduk, maksud sabda Rasulullah “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.   Sedekah, Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.   Amalan Solat Tahajud, antara faktor doa yang mustajab, air muka yang jernih dan mudah di sukai orang

15.   Amalan Solat Dhuha, maksud firman Allah dalam hadis qudsi yang berbunyi “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.   Syukur di atas segala pemberian Allah, “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

17.   Mengamalkan ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran yang mempunyai fadhilat dalam meluaskan rezeki, contohnya dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Ada banyak lagi ayat-ayat mustajab lain, cari buku-buku yang berkaitan dan amalkan ayat-ayat tersebut secara konsisten dan penuh keikhlasan

18.   Sentiasa berdoa kepada Allah, tidak kira diwaktu susah mahupun senang, sekiranya masa senang pun kita rajin berdoa, insyaAllah ketika susah pun Allah akan beri perhatian terhadap doa kita


19.   Berusaha dengan bersungguh-sungguh, sebenarnya Allah sudah memberi kita pakej yang cukup lengkap kepada kita untuk berjaya dalam perkara-perkara yang telah ditetapkan untuk kita, ini adalah sunnatullah, siapa yang gigih berusaha akan terbukalah jalan-jalan mencari rezeki baginya dengan mudah

20.   Bertawakal, berserah semata-semata kepada Allah setelah berusaha, maksud firman Allah : “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Sumber: 20 Cara Memurahkan Rezeki |kepalajigsaw.blogspot.com
 

Kosmo online pun ada iklan adsense ...

Salam sejahtera buat semua .. hari ni post pendek jer .. sebab ada keje nak di settle kan segera ...

Teringat waktu study kat UPM dulu... ada sorang lecture tu selalu sangat pesan ..

" Ingat , dalam hidup kita ni dikelilingi dengan beberapa perkara ...ini lah benda nya ... so tolong buat catatan mengikut kriteria yang telah saya berikan dibawah .. " kata beliau ..

Penting segera..
Penting tak segera...
Tak penting segera...
Tak penting Tak segera...

Berbalik pada topik... ni ha saya jumpa masa dok baca kosmo online tadi ... Ini menunjukkan Google adsense memang satu lubuk buat duit di internet ... orang kosmo pon main adsense jugak... he he

kosmo pun main google adsensesekian .. semoga post hari ni memberi manfaat untuk semua ...
 

Cara Pantas Buka Akaun Google Adsense..

Salam sejahtera buat semua ... semoga sihat , bahagia , ceria...

cara pantas buka akaun google adsenseTahniah diucapkan pada Kotak Magika .. kerana dah jadi warga adsense selepas 3 hari memohon ... Ini telah membuktikan bahawa cakap-cakap yang mengatakan Google sukar meluluskan akaun adalah tidak berasas .. bagi blogger yang dah buat post begitu boleh la betulkan post anda .. hehe ..

Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini ( sebab masih ada yg bertanya ) ... cara yang paling pantas untuk memohon akaun Google Adsense setakat ini ialah melalui pihak ke -3 ... dan saya amat mengesyorkan menggunakan docstocs

Caranya :
1. Klik Register
2.Penuhkan semua maklumat ( Patikan email yg digunakan belum pernah memohon akaun sebelum ni juga bukan email yang pernah kena ban dengan google )
3.selepas submit borang .. buka email dan log in masuk ke docstocs ..
4. Penuhkan semua profile peribadi dalam tu .. atau sekurang-kurangnya 80% dari profile anda ..
5. Upload la apa-apa document sehari dalam 2 document ... upload la cerita kanak2 ke aper tak kisah ..
6.Hari - ke 2 baru cari DocCash Settings untuk mohon akaun Google adsense ...sebelum tu jangan lupa upload lagi 2 document ... ( konon nak tunjukkan anda aktif sebagai tukang upload )
7.Hari ke 3 ... Tahniah ! Akaun Google Adsense anda dah lulus dah...

Selamat Mencuba

sekian...
 

Jantung GuruCyber Di henyak Bertubi-tubi ...

Salam sejahtera.. harap semua sihat sentiasa ..

jantung sihat

Hu hu .. adus masih terasa kesan henyakan itu ... jantung dihenyak bertubi-tubi bukanlah satu perkara yang dianggap enteng .. ia boleh menyebabkan suatu yang diluar jangkaan ...

Maaf buat semua .. bukan niat saya untuk mempermainkan semua pembaca setia blog gurucyber .. tapi topik sesebuah artikel memainkan peranan penting untuk menarik minat pembaca membaca apa yang terkandung dalam artikel sebenarnya ...

Bukti ... lihat akhbar harian metro .. antara tabloid yang amat laris dipasaran .. mengapa ? lihat muka hadapan tabloid tersebut .. http://www.hmetro.com.my/ .. ha ha .. gempak kan ! .. tapi cerita tu semua ada dalam akhbar2 lain juga ..

Ok ... cerita asalnya macam ni .. Jantungku di henyak bukan sebab kena pukul secara berkumpulan ke aper .. sebanrnya nak kongsi hobi masa lapang GurCyber adalah berbasikal.. SO , dengan berbasikal .. jantung ni dihenyak untuk memastikan darah berjalan lancar untuk mengayuh basikal tu ... Alhamdulillah setakat ni boleh la dalam 15-20 km sehari ... tu pun seminggu dapat dalam 3-4 hari jer..

mountain bike


Lokasi tempat tu adalah di tapak bandar satelit Muadzam Shah Pahang ... best , sebab masih banyak bukit yang baru di tarah untuk main lompat-lompat ... tergolek tu biasa tapi amat menyeronokkan selain dapat meningkatkan kesihatan...


Sesungguhnya  bersenam itu dapat menigkatkan kesihatan ... tak caya tanya Doktor Blogger kita kat sini


Jom baca artikel kat bawah pasal kalori pulak..


 




6 aktiviti pembakar kalori terbaik 

by Ideas.Thinks.Shares on Sunday, February 6, 2011 at 3:11pm


Pasti semua orang sudah mengetahui secara asasnya sebenarnya tidak ada formula rahsia untuk mengurangkan berat badan, Berat badan berkait dengan kalori. konsep asas pengurangan berat badan adalah cukup mudah iaitu setiap individu perlu lebih banyak membakar kalori di dalam badannya, kegagalan membakar kalori dalam badan pastinya akan menjadikan usaha untuk mengurangkan berat badan satu kerja sia-sia.

Untuk membkar kalori dalam badan, individu memerlukan aktiviti yang boleh meransang degupan jantung yang akan mengeluarkan peluh dan seterusnya membakar kalori yang ada di dalam badan. Artikel kali ini ingin berkongsi 6 aktiviti pembakar kalori yang terbukti paling efektif yang boleh dilakukan oleh setiap individu.

1. Kickboxing: 800 kalori sejam

Kickboxing merupakan aktiviti yang didapati berada di senarai paling atas dalam aktiviti pembakaran kalori iaitu sebanyak 800 kalori yang boleh dibakar dalam temph satu jam.

Melalui aktiviti kickboxing ini individu memerlukan setiap pergerakan otot dan akan mempercepatkan proses pembakaran kalori.

Degupan jantung juga akan bergerak dengan pantas selari dengan pergerakan semua otot-otot yang bekerja semasa menyertai aktiviti kickboxing ini.

Memang sesuai sangat kepada mana-mana individu yang membakar kalori dan pada masa yang sama boleh juga belajar kaedah mempertahankan diri.

2. Jumping Rope: 780 kalori sejam

Aktiviti jumping rope atau skipping merupakan aktiviti kedua yang didapati paling berkesan dalam membakar kalori badan dan juga amat sesuai kepada mereka yang selalu mempunyai halangan masa.

Sedar atau tidak dengan melakukan lompatan setempat di atas tali boleh membantu individu membakar 130 kalori setiap sepuluh minit atau bersamaan 780 kalori sejam.

Lompat tali juga amat sesuai kepada mereka yang tidak mempunyai ruang atau kawasan yang luas untuk berjogging atau bersenam. Cukup hanya kawasan yang kecil dan juga boleh dilakukan di dalam kediaman sekiranya perlu.

Pada masa yang sama mengikut laman web BoneHealth.com, impak dari aktiviti lompat tali ini bukan sahaja membakar kalori malahan menguatkan struktur tulang individu yang melakukannya.

3. Biking: 700 kalori sejam

Biking atau aktiviti berbasikal juga ternyata amat berfaedah dan menduduki tempat ketiga dalam kategori aktiviti paling berkesan untuk pembakaran kalori.

Dengan berbasikal sejauh 22 hingga 25 kilometer pada kelajuan yang tetap individu akan berjaya membakar 700 kalori dalam badan mereka.

Pada masa yang sama juga aktiviti berbasikal bukan sahaja membakar kalori malahan turut membantu paru-paru kita mendapat udara segar dan nyaman dari persekitaran yang bersih.

Mungkin juga boleh dianjurkan atau digalakkan aktiviti berbasikal ke tempat kerja bagi kawasan-kawasan tertentu, bukan sahaja menyihatkan badan malahan mengurangkan pengeluaran dan pelepasan gas karbon monoksida ke udara.

4. Running: 650 kalori sejam

Aktiviti berlari pula menduduki tempat keempat dalam aktiviti paling berkesan untuk membakar kalori dalam badan.

Berdasarkan kiraan kalori oleh WebMD, seseorang yang mempunyai berat badan sekitar 65Kg dan berlari selama sepuluh minit dalam jarak 1.6 kilometer mampu membakar sebanyak 650 kalori dalam tempoh sejam.

Untuk langkah permulaan individu boleh memulakan aktiviti berlari dengan cara perlahan-lahan dan kelajuan ditambah secara berperingkat-peringkat dan boleh juga diselang-selikan dengan berjalan cepat.

Aktiviti berlari juga amat mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja dan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dimulakan.

5. Aerobic Classes: 600 kalori sejam

Bagaimana pula dengan kelas Aerobik? ramai dikalangan masyarakat kita apabila berbicara tentang mengurangkan berat badan dan membakar kalori terus merujuk kepada kelas aerobik.

Memang tidak dinafikan kelas aerobik merupakan salah satu aktiviti yang berkesan kepada sesiapa yang berminat untuk membakar kalori mereka.

Secara asasnya penyertaan selama sejam dalam kelas aerobik boleh membantu individu membakar kira-kira 600 kalori di dalam badan, walau bagaimanapun ianya juga bergantung kepada bilangan ‘steps’ atau langkah yang dilakukan dalam kelas aerobik berkenaan.

6. Zumba: 500 kalori sejam

Aktiviti ke enam yang didapati paling berkesan untuk membakar kalori adalah melalui zumba yang dikatakan boleh membakar 500 kalori sejam.

Untuk rekod zumba adalah sejenis tarian kecergasan yang diciptakan oleh Alberto beto Perez dari Columbia sekitar tahun 1990-an dahulu. Konsep tarian zumba ini adalah untuk tujuan menyihatkan badan dan membakar kalori pesertanya.

Tarian zumba juga dikatakan boleh membantu meningkatkan kadar metabolisma, walau bagaimanapun ianya juga seperti kelas aerobik, bergantung kepada individu itu sendiri dan sejauh mana usaha yang dilakukan oleh individu terlibat.

Blog ini percaya banyak lagi aktiviti yang boleh membakar kalori dalam badan individu yang tidak semapt disebut dalam artikel ini. Apa juga cara dan kaedah yang digunakan, semuanya bergantung kepada komitmen dan usaha yang berterusan oleh individu itu sendiri.

Apa yang pasti semua insan mahukan kesihatan dan kecergasan kerana ianya salah satu dari nikmat hidup. Selamat membakar kalori.

Sumber dan artikel asal – The Top 6 Calorie-Burning Workouts di http://shine.yahoo.com/

Sekian ... jom kongsi hobi anda pula dibahagian komen ...
 

GabanMorka Dari GengBlogger Ditangkap Hidup-Hidup !

Salam sejahtera buat semua ...

Betul .. itulah kenyataannya ... GabanMorka dari Gengblogger ditangkap Hidup-hidup !

gurucyber.net


Hari isnin yang indah ni .. sebenarnya saya sedang mencari seorang sahabat yang paling kerap mengunjungi Blog Gurucyber.net .. siapa yang ditangkap akan di berikan hadiah khas dari saya ... nilai hadiah tersebut tidak la mahal namun ia adalah sebagai tanda terima kasih saya buat sahabat setia bog gurucyber.net . saya akan berikan sebuah sistem untuk jana pendapatan dengan adsense tanpa perlu susah payah mencari artikel dan sebagainya .. ia dilengkapi dengan panduan sekali ... nilainya dalam rm300.00 jer...

Untuk gabanMorka .. sila maklumkan kepada saya bagaimana untuk menghubungi anda ( seelok-eloknya email ) .. atau lagi mudah sila isi form contact dan nyatakan anda adalah gaban morka ...

Sekian terima kasih ..

p/s : nantikan tangkapan seterusnya dari saya .. he he
 

Bagaimana mengaktifkan Avast Free Antivirus hingga tahun 2038

Salam sejahtera buat semua ..



Ho ho .. ini bukan joke atau typo .. bukan juga coobaaannn .. tapi ni betul betul punyer..

Anda boleh aktifkan avast Free anda dan ia akan expired pada tahun 2038 .. hampir 30 tahun dari sekarang .. mybe masa tu anda pun dan tak pakai komputer anda sekarang ni..

Sesiapa yang berhajat nak cuba boleh la download avast free di laman web avast dan install macam biasa .. seterusnya masukkan license yang tertera dibawah ..Ops sebelum terlupa ... cara ni hanya berfungsi untuk avast free ..bukan premium ..

W6754380R9978A0910-4TZ59467



Tada !! ... hehe anda akan terkejut dengan hasilnya ..


sekian ..

 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger