Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih
Latest Post

CTR Theme mampu meningkatkan klik untuk adsense ..

Salam sejahtera buat semua ..

Setelah lama berehat dari membuat post tentang adsense , hari ini saya kembali ... moga post hari ini lebih baik dari post semalam dengan satu niat ingin membantu sesiapa sahaja yang sudi ... InsyaAllah ..

[caption id="attachment_604" align="aligncenter" width="300" caption="cara meningkatkan klik adsense "]cara meningkatkan klik adsense [/caption]

Orait .. terus kepada topik ... CTR theme .. Boleh rujuk disini < Klik > , ia di reka khas untuk blogger dari kumpulan wordpress yang beradsense ...

Saya sendiri telah mencuba theme tersebut untuk salah satu blog adsense saya .. dan hasilnya ia telah meningkatkan klik untuk ads adsense saya sebanyak 20% ... wow banyak tu... tapi awas ! ... berhati-hati dengan CTR ... apa dia CTR boleh la google sendiri .. seperti yang saya telah beritahu dari awal lagi .. untuk AFC , CTR yang paling selamat adalah 0%-3% sahja sehari ... dan purata sebulan pun dalam lingkungan itu ..

Theme itu berharga $67.00 .. tak la mahal mana jika dibandingkan dengan apa yang akan kita dapat balik dari theme tersebut ... theme ini unlimited licence .. maksudnya sahabat semua boleh gunakan di seberapa banyak blog sekali pun ..

Segala setting ditunjukkan dalam video .. so tak jadi masalah nak setting ... amat mudah sebenrnya ..

Ehem .. buat pembaca setia blog gurucyber ... saya nak bagi free jer theme tu .. sapa nak angkat tangan .. hehe .. Ok la theme tu sebenrnya dah banyak disebarkan secara percuma di forum-forum dan blog diluar sana .. so kalau rasa minat dan nak cuba bolehla cari yer..

Dah cuba nanti bolehla kongsi kat sini peningkatan klik tu macamaner ..

sekian dulu la untuk hari ni .. wassalam..
 

Gergasi Sungai Pahang ..

Salam sejahtera buat semua ...

HAri ni nak kongsi satu pic best ...


Gergasi sungai pahang .. he he .. sambil berkayak sempat lagi tangkap udang .. ni abang Bomba la punyer keje .. kita panggil dia sebagai team penyelamat .. dia bantai mancing udang ..

Terima kasih buat semua anggota bomba dan penyelamat yang bertugas sepanjang masa menjaga keselamatan kami.. jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya ... 
 

Selesai ... XPDC Berkayak Sungai Pahang...

Salam sejahtera buat semua...

Alhamdulillah .. selesai sudah XPDC berkayak ... hu hu .. sengal jugak badan nak menghabiskan kayuhan.. Jarak tak la berapa jauh sangat .. mengikut kata instructor lebih kurang 105Km jer..

Anyway .. sape sape geng gurucyber yang nak joint aktiviti lasak nanti boleh la hubungi saya ... akan datang kami nak panjat gunung pulak.. gunung belum di tentukan lagi .. insyaAllah sedang di usahakan..

 

Yahudi Merosakkan Umat Islam dengan 3 F ...

Salam sejahtera buat semua ...

ermm esok say akan pergi berkayak selama 2 hari .. dari Kg Belimbing ke bandar Pekan Pahang .. tak jauh pun lebih kurang 70KM sahaja ....

Malam ni sebelum packing barang nak bawak besok , sempat lagi blogwalking ke beberapa blog sahabat dan terjumpa satu artikel yang amat menarik .. so dengan izin beliau saya Copy dan paste jer kat sini ...

selamat membaca ..
Semalam aku telah hadir ke salah satu program ceramah integriti penjawat awam di bawah kementerian tempat aku berkerja. Ceramah yang menerangkan kepentingan mencari halal lagi baik atau 'halalan toyyiban' dalam kehidupan seharian kita disampaikan oleh Ustaz Mohd Amri bin Abdullah dari JAKIM. Ceramah yang disampaikan pada aku sangat berinformasi, dua jam rasanya tak cukup untuk ceramah berkenaan, terlalu banyak info yang sepatutnya kita tahu sebagai umat Islam dalam hal memilih makanan atau produk halal. Ustaz Mohd Amri pula memang pandai memberi ceramah, amat jarang aku tak mengantuk ketika mendengar ceramah dan ceramah dari Ustaz Amri ni antara ceramah yang berjaya mengekalkan aku dalam keadaan 'jaga' kerana Ustaz Amri pandai menarik perhatian aku sebagai pendengar dengan pelbagai informasi dan lawak jenaka spontan dalam sesi ceramahnya. Aku tertarik dengan salah satu informasi yang dikongsi oleh Ustaz Amri dalam ceramahnya iaitu "Yahudi merosakkan umat Islam melalui 3F." Kenapa Yahudi menggunakan 3F ini dan apa yang 'F'nya tu? Yahudi guna 3F ni kerana mereka tak yakin boleh menang kalau menentang umat Islam. Umat Islam memang kuat dengan semangat perjuangan, sanggup mati syahid dan berkorban apa saja demi menegakkan agama Islam. Namun Yahudi berjaya melemahkan kita sekarang melalui 3F ni.

F yang pertama ialah 'Food' atau makanan. Orang Yahudi memang amat menjaga pemakanan mereka, namun kita biasanya asalkan ianya Halal kita bantai sahaja tanpa memikirkan cara pemprosesan makanan itu, siapa yang membuatnya, rupa dan ciri-cirinya dan dari mana bahan mentahnya. Sebagai contoh minuman-minuman berbentuk seperti arak dan beer Halal seperti Barbican dan Istak. Ini secara tak langsung menerapkan sesuatu yang haram kepada halal. Yelah, kenapa perlu nak minum minuman yang kelihatan seperti arak? Berbuih dengan botol yang ada ciri-ciri minuman haram? Kita tak nampak strategi ni, yang kita tahu asal Halal sahaja boleh minum. Kenapa perlu cari minuman yang kelihatan seperti minuman haram yang dihalalkan? Sebabnya supaya kita kurang menitikberatkan isu mencari halal dalam makanan dan minuman kita. Yelah kalau yang haram pun cuba dihalalkan macam minuman-minuman ni tak mustahil kita pun akan cuba menghalalkan produk makanan haram yang lain.

F yang kedua ialah 'Fashion' atau fesyen. Yang ni pun konsepnya sama jugak, asal bertudung dah mencerminkan Islam, tapi yang peliknya tudung pakai, tapi kain terbelah sana, bonjol sana, bonjol sini. Aku mengaku, aku memang suka tengok perempuan pakai ketat-ketat dan jarang-jarang macam legging atau baju tidur 'see through', kalau aku dah kahwin pun aku nak bini aku pakai macam tu, tapi kat rumah la, jangan la keluar rumah pun pakai ketat-ketat dan seksi-seksi. Ya, orang kita memang suka befesyen, cuma fesyen tu tak kena, asyik nak tiru orang barat berfesyen je, diorang bukan beragama Islam, agama mereka tak mewajibkan mereka menutup aurat, kenapa kita tak wujudkan fesyen kita sendiri yang lebih menutup aurat dan menarik agar menjadi ikutan barat pula? Perlu diingat menutup aurat bukan bermakna menutup badan dengan pakaian-pakaian ketat. Memang ada isu mengatakan, kalau tak ikut fesyen susah nak hidup, contoh kalau uniform sesuatu agensi tu mewajibkan pakai skirt ketat macam mana pulak kan? So kita akan pilih untuk mengabaikan tuntutan agama dan ikut undang-undang manusia yang memaksa kita memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Persoalannya kenapa kita tak fight untuk agama kita sendiri? Ini secara tak langsung membuatkan orang Yahudi akan bertambah takut dengan umat Islam kerana kita akan fight back kalau undang-undang mereka cuba mencabul kemuliaan agama Islam.

F yang terakhir ialah 'Fun' atau hiburan. Tak salah berhibur dalam Islam, tapi janganlah sampai melampaui batas sebagai umat Islam. Zaman sekarang ni terlalu banyak hiburan-hiburan yang melalaikan umat Islam. Dah ambik wudhu' nak angkat takbir, dengar je rancangan hiburan kegemaran bersiaran di televisyen, sanggup tinggal sejadah nak tengok, last-last dah abis program tu baru la solat balik. Secara tak langsung kita dah bertuhankan hiburan dari bertuhankan Allah s.w.t. Dah nak mengadap Allah dah ni, siap angkat takbir dah nak solat, sanggup lagi memalingkan muka nak tengok hiburan dan artis kegemaran dan kegeraman kita terkinja-kinja atas pentas. Jangan kata hiburan, ada jugak orang dah berdiri atas sejadah nak solat, SMS berbunyi boleh baca dulu SMS tu baru solat, alasannya, takut tak khusyuk dalam solat, senang je nak settlekan masalah tu, jadikan tabiat menutup handphone sebelum masuk masjid, surau atau sebelum berwudhu'. On balik bila dah selesai. Kenapa salahkan khusyuk pulak, seolah-olah khusyuk dalam solat tu beban yang perlu kita tanggung sebab tak baca dulu SMS tu.

So sebagai umat Islam, berhati-hatilah terhadap 3F ni, muhasabah diri setiap malam sebelum tidur, apa yang kita buat pada hari ini. Kalau perasan mana-mana bahagian yang tak elok kita dah terbuat, target supaya ia tak akan berlaku lagi di masa hadapan.

Sumber: http://pokpa.blogspot.com/2011/05/yahudi-merosakkan-umat-islam-melalui-3f.html#ixzz1La1He8qq
 

Biodata Datuk Shazryl Eskay Abdullah Terbongkar !

Salam sejahtera buat semua ..

Biodata Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah dibongkar dengan hebatnya di internet ...

Berikut adalah biodata beliau yang sempat saya copy and paste ..

Harap maaf


Post terpaksa dikeluarkan atas sebab menghormati kes dalam siasatan Polis Di Raja malaysia ...


Sekian

 

Cerita Berat hari ni ... ROI vs RROI

Salam sejahtera buat semua.. harap semua sihat ceria disamping keluarga tersayang ..

Hari ni nak bercerita dengan cerita yang agak berat sikit tapi sering dipandang ringan dan ada yang tak tau pn apa dia ROI dan apa dia RROI ...

Sebelum saya melanjutkan perbincangan ini , saya nak gtau .. saya bukanlah seorang penganalisis ekonomi dan bukan juga pakar ekonomi ... apa yang saya nak bincang hari ni adalah satu pandangan 'orang kampung ' tentang ROI dan RROI ..

Orait , apa dia ROI ? ROI adalah singkatan dari Return Of Investment dan RROI pula adalah singkatan bagi Real Return Of Investment ... hu hu betul tak ejaan aku tuh ... lau salah maaf la yer.. maklum la orang kampung menulis...

Ok , sambung lagi ... bercerita tentang ROI ni , ia adalah satu pulangan dari apa yang kita laburkan .. contoh terdekat kita buat palaburang dalam ASB la .. so setiap tahun kita akan dapat pulangan dari pelaburang kita itu ... cuma , adakah kita faham pulangan sebenr yang kita terima ? ...

Cntohnya begini ... katakan tahun 2111 kita invest/simpan dalam ASB sebanyak RM10 ooo.00 dan dividen ahun itu di ishtiharkan sebanyak 8% .. jadi berapakah pulangan yang kita terima ? ... Ya kita akan terima RM800.00 tunai .. Tapi adakah itu pulangan sebenar ? jawapannya tidak ... why ?

Ha .. ini la nak cerita pulak tentang RROI ... dalam investment , sebenrnya kita jangan baca sangat tentang ROI sahaja .. tetapi kita kena banyak kaji RROI ... mengapa RROI .. ya RROI adalah real Return Of Investment...

Jom main kira kira ...

Invest RM10K
dividen 8% = RM800.00

Tolak ..

1. Zakat - 2.5%
2.Innflasi  - +- 4%

Berapa jumlah sebenar yang kita dapat ? he he.. congak le sendiri yer.. jumlah sebenr/bersih yang kita terima adalah sekitar 1.5% sahaja dari invesment tersebut ...

Post akan datang saya nak kongsi camaner nak tingkatkan RROI tu dengan modal yang sama dengan atas tu ... he he

ermm.... apa pandangan sahabat gurucyber semua ? ada idea ... mybe saya salah kira kat atas boleh sama-sama kita bincangkan ... lontarkan idea anda di bahagian komen ... sekian terima kasih ...
 

Kad pengenalan bekas Perdana Menteri Malaysia...

Salam sejahtera buat semua...

Saja untuk tatapan kita semua .. ini lah koleksi kad pengenalan bekas PM kita ...

p/s : kalau salah siarkan gambar ni tolong bagitau ea... nak delete dari blog nih ..

Sumber : Email dari kawan-kawan..
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger