Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih
Latest Post

Adsense - Musim Ban Kembali

Salam sejahtera buat semua...

"akaun adsense kena ban"


Musim Ban Kembali....Hari ini dapat lagi berita rakan-rakan yang kena ban atau kena disable akaun adsense masing -masing ... sedih juga bile dengar.. ada yang earning terkumpul sudah melebihi $200.00 tinggal nak cashout hujung bulan ini..


Namun , perjuangan perlu diteruskan .. jangan mengenal erti putus asa dalam adsense ..kerana , hanya mereka yang bersemangat waja sahaja akan berjaya dalam adsense . chewah .. ayat motivasi pulak..


Sebenarnya ,istilah ban dalam adsense ni adalah istilah biasa .. dah tidak semestinya mereka yang mengamalkan cara salah/black hat sahaja akan di ban oleh google .. mereka yang mengamalkan 100% cara betul/white hat pun pernah di ban oleh google .. Alasan yang diberikan oleh google adalah alasan yang sangat famous iaitu ada fraud cliks atau invalid activity ... penjelasan lanjut akandiberikan sekiranya kita reply email tersebut.. jika tidak itu sahaja lah notis terakhir buat kita ..


Jadi untuk menjadi adsens eplayer yang berjaya.. jangan putus harapan terus lakukan dengan semangat baru.. biasalah untuk berjaya dengan cemerlang bukan mudah .. ia memerlukan sebuah pengorbanan yang tinggi nilainya ..


Setelah kami selidiki , antara punca ban oleh google adalah seperti :


*Klik sendiri
*mewujudkan komuniti klik antara adsense player
*membayar seseorang/komuniti untuk klik iklan adsense
*membeli trafik ( ada sesetengah traffik ini tidak safe adsense .. yg safe ok tak jadi masalah )
*menciplak artikel bulat2 dari blog/web lain
*iklan yang dimasukkan dalam blog melanggar TOS.. ( contoh : warna ads sama dengan post .. sgt mengelirukan visitor dsb)
*mengiklankan url dilaman porno,gambling dan sebagainya untuk mendapatkan backlink
*post terlalu banyak bagi blog yang masih hingusan.. ( cth blog baru seminggu dah ada 300 post )
* Dan lain lain...


Sebenarnya jika nak disenaraikan semua adalah terlalu banyak...  dan paling ditakuti adalah situasi ini ..Niat mereka adalah baik .. tapi telah menghancurkan kita ...


Sekian dulu.. bersambung di post akan datang ...


 

Cara Mudah Buat Blog - 1

Bila sebut blog ramai akan keliru ... apa beza blog dengan web site ?
Pandangan peribadi aku , memang ada perbezaan antara keduanya . Antara yang aku mampu senaraikan disini ialah  :



1.Web berbentuk statik manakala blog adalah dinamik
- Maksudnyer web biasanya dihasilkan dengan content yang tidak diubah dalam jangka masa yang lama berbanding blog yang akan sentiasa diupdate oleh admin blog tersebut .

2.Web kurang interaktif berbanding blog .
- Buktinya amat mudah , jarang pengendali laman web menyediakan ruang untuk interaksi antara admin dengan pengunjung web , jika ada pun ruangan contact yang memerlukan pengunjung menghantar email dan sebagainya untuk berinteraksi dengan admin berbanding blog yang mana pengunjung boleh meninggalkan komen terhadap post yang dibuat admin dan pengunjung lain juga boleh menjawab komen dari pengunjung pertama tadi..

3.Web formal , imej korporat , gedung jualan dsb manakala blog catatan peribadi .
Kebiasaannya web digunakan oleh jabatan kerajaan atau swasta untuk menunjukkan imej korporat mereka selain menyampaikan maklumat disitu . Terdapat juga web yang mempromosi produk atau perkhidmatan mereka .. Blog juga sebenarnya tidak ketinggalan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan tetapi ramai yang menggunakan blog sebagai pengganti buku catatan harian mereka dengan mencatat aktiviti harian atau berkongsi hobi secara online..


Ok itu lebih kurang beza blog dengan laman web statik ... banyak la pula melalut pasal beza web dengan blog ni .. :-)
kembali kepada topik ... aku nak kongsi pasal bagaimana nak buat blog paling mudah ..

Bersambung ke post akan datang ...
 

Menyingkap Rahsia Tarikh Lahir

Rahsia tarikh lahir

Hari ni aku nak kongsi dengan awak semua rahsia tarikh lahir yang heboh diperkatakan ... Siap ada yang buat duit lagi dengan benda simple ni ..
Apa yang boleh aku katakan , jangan percaya 100% dengan apa yang dibaca nanti , kalaupun mmg kena pada diri kita mybe itu satu kebetulan sahaja dan ia adalah berdasarkan kajian manusia semata-mata ..

_____________________________________

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
 

Aku juga seorang blogger ...

norazman

Salam buat semua ...

Erm .. sedar tak sedar .. dah hampir 7 tahun aku berinternet ...Hari ni aku telah membina satu lagi blog iaitu blog ini lah ... yang awak semua sedang baca ni .. www.gurucyber.net .
Blog aku yang lain lain banyak dalam bahasa inggeris dan aku rasa ini lah satu satunyer blog aku yang akan gunakan bahasa melayu sepenuhnya..  bukan aku tak cintakan bahasa melayu .. tapi blog blog aku yang lain dibuat adalah bersesuaian dengan tujuan ia diwujudkan iaitu untuk aku letakkan adsense didalamnya..
Apa dia adsense ? .. Insyaallah aku akan tunjukkan satu persatu disini nanti apa dia adsense .. langkah demi langkah untuk jana pendapatan sampingan dengan Google Adsense .

Doakan aku tidak malas untuk update blog ini ... sekian ..

.

.
 

Cara Melepasi Sekatan Google Panda Algorithm

Salam sejahtera buat semua sahabat Gurucyber.net

[caption id="" align="alignleft" width="512" caption="Cara melepasi sekatan google panda"]Cara melepasi sekatan google panda[/caption]

Orait .. jika sebelum ni kita sahabat blogger sering dihantui dengan Google Sandbox .. sekarang kita bagai dikejar pula dengan Google Panda ..hari ini saya ingin berkongsi bagaimana kita boleh melepasi sekatan Google panda ini ..

Sebenarnya cerita ni dah lama , cuma samada kita sedar tidak sedar bahawa algorithm yang diperkenalkan Google sekarang adalah lebih ketat dan akan membuatkan seseorang akan terduduk jika terkena sekatan dari algorithm baru ini yang dikenali sebagai goolge panda.

Baik , sahabat sekelian .. Jika sebelum ini kita semua para blogger sibuk dengan membina backlink untuk menaikkan rank blog masing masing .. juga untuk meningkatkan populariti blog masing - masing .. namun selepas kelahiran google panda , backlink bukanlah lagi satu keutamaan untuk mendapatkan perkara-perkara tersebut...

So , Apa yang diinginkan Google Panda ?

Ini jawapan bagi persoalan tersebut .. http://googlewebmastercentral.blogspot.com/2011/05/more-guidance-on-building-high-quality.html

Secara ringkasnya adalah Google panda mementingkan blog/artikel yang berkualiti dan dapat memenuhi permintaan visitor/pembaca  secara keseluruhannya..

Jadi , mahu tidak mahu untuk melepasi sekatan Google Panda adalah kita perlu menghasilkan tulisan yang betul-betul berkualiti dan unik serta bukan hanya menjadi tukang copy paste sahaja ..

Google panda juga menyarankan kita menyediakan beberapa soalan dalam minda sebelum menulis sesebuah artikel.. soalan - soalan tersebut sebenarnya biasa bermain difikiran kita semasa kita sendiri mencari sesuatu maklumat di internet ..

Ayat mudahnya , letakkan diri kita sebagai seorang visitor sebelum menulis sesebuah artikel.. apa yang kita inginkan .. apa perasaan kita jika membuka sebuah blog yang kita search dan kandungannya hanya sebuah artikel yang tidak dapat menjawab soalan kita tadi.. jadi sediakanlah sebuah artikel yang berkualiti dan unik untuk pembaca blog kita ... itulah petua untuk melepasi sekatan goole panda .. :-)

Fikir-fikirkan..

Sekian ... wassalam
 

Pernah dengar tentang cinemagraph ?

Salam sejahtera buat semua ...
Kat bawah ni la yang dikatakan cinemagraph ... memang unik ..










 

Sultan Kedah Dipilih Menjadi Yang Di-Pertuan Agong Menggantikan Sultan Terengganu

Sultan Kedah dipilih Yang di-Pertuan Agong baruMajlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan hari ini

sumber : malaysiakini

nak tengok post sahabat lain ?
Cari kat bawah ni...
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger