Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih

Pembongkaran Teknik Marketing Facebook Sebenar !! (Mesti Baca!!)

trafik facebook

Salam sejahtera buat semua ... Harap semua sihat dan ceria hari ini ...

Bila sebut facebook ... siapa yang tak kenal , kalau ada pun mybe dia ni baru keluar dari hutan setelah tersesat semasa mencari buah salak hutan selama 3 tahun .. he he .. gurau jer...

Ya , bercerita tentang facebook .. sebenarnya kita sebagai blogger yang sentiasa dahagakan trafik terutama trafik yang fresh ni boleh memanfaatkan laman tersebut untuk menarik lebih banyak trafik yang fresh ke laman blog kita ... ratusan malah ribuan trafik boleh ditarik sehari dari sana sebenarnya .. namun ia bukan semudah yang disangkakan ...

mengapa saya kata ia bukan semudah yang disangkakan ... ermm.. jalan punya jalan tadi .. saya terjumpa satu artikel yang di tulis oleh seorang IM yang saya kira beliau agak berpengalaman dalam dunia tarik trafik ni .. jom baca apa tulisan beliau ..

Hi geng,

Anda pun tahu bukan yang saya ni merupakan seorang yang betul betul meminati social media dalam membuat marketing di internet? In fact, di market international, saya diberi gelaran "social media expert" :-D

Dar Facebook, ke Twitter, ke Youtube, ke Slideshare, ke Tumblr dan sebagainya, saya suka mengaplikasikan "social proof" dan "social connection" dalam membuat marketing di sana.. *mungkin anda pun pernah tengok kan?

Jadi post pada hari ini merupakan sesuatu yang saya fikir amat WAJIB untuk anda baca memandangkan ramai yang kini buat teknik "facebook marketing" pada hari ini..

FAKTA:
#1: Facebook marketing amat famous dikalangan IM dan juga rakyat Malaysia
#2: 99% membuat teknik marketing yang SALAH dalam membuat facebook marketing


Jom kita fikir fikir sedikit...

Facebook sebenarnya ialah sebuat medium sosial dimana anda boleh berinteraksi dengan lebih 300 juta orang dari seluruh Malaysia.. Bayangkanlah, ini merupakan komuniti online terbesar didunia!!

Tetapi ini tidak bermakna apa apa jika anda membuat teknik marketing yang salah di facebook-dan rata rata kebanyakan orang membuat teknik marketing yang salah..

Biar saya terangkan..

Suka tak anda bila anda balik rumah dan anda melihat peti surat anda dipenuhi dengan pamphlet jualan dari orang yang anda tidak kenali langsung..

Setiap hari bertimbun timbun pamplet yang masuk, dan boring anda nak buang pamphlet tersebut.. Sampai rasa nak bakar jek peti surat anda tu kan.. Pernah berlaku?

Sebenarnya, itu merupakan apa yang anda buat dengan traditional marketing di facebook.

Saya tengok banyak teknik facebook (atau variasi) dimana asasnya ialah :

1. Add kawan (atau strangers) banyak banyak di facebook
2. Post status update dengan "pamphlet jualan" anda
3. Buka group difacebook dan kemudiannya add kawan dan spam group tersebut
4. Spam inbox pula..
dan sebagainya..

Anda sebenarnya tak lain daripada orang yang menghantar pamphlet ke peti surat rumah anda tu..

Mungkin apa yang anda buat di berkesan untuk mendapatkan 2-3 orang untuk short term, tetapi long term, tak efisen langsung apa yang anda buat sebab orang akan branding anda kaki spammer atau "orang salesman"..

Bayangkan lah- anda kena spam hari hari- kalau tak spam, takde orang.. Silap haribulan, anda kena "block" oleh admin facebook- habis marketing anda !



JADI APA SEBENARNYA TEKNIK MARKETING FACEBOOK YANG BETUL?

Teknik marketing facebook yang betul sebenarnya merupakan sesuatu yang anda buat untuk membina kredibiliti, authoriti dan juga network anda. Ia sebenarnya "medium", ataupun "extension" kepada marketing yang anda buat..

Dan disinilah lainnya "newbie facebook" dan juga "expert facebook" marketer..

Newbie facebook kerja dia tag tag gambar dan juga letak status update..

Manakala expert marketer pula membina kredibiliti, authoriti dan network mereka.. untuk menjadi "brand expert" disana..

Contoh:

Tengok Anthony Robbins, tengok Jack Canfield, Tony "Airasia" Fernendez, Tun Mahathir, malah IMer seperti saya sendiri, Gero Azrul (dia hebat nii) Ammar Zahar, Jamal, Rahman Basri dan lihat apa yang mereka buat.. Pasti anda tak akan tengok mereka "tag tag gambar" kan..


Apa samanya "expert facebook marketer ni"

1. Mereka ada Facebook page mereka
2. Mereka memberikan info info hebat berkaitan dengan sesuatu topik dan share di facebook page mereka
3. Mereka menjemput orang ramai untuk "LIKE" page mereka disana
4. Mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan target market mereka setiap hari dan "be on the field" dengan mereka


Jadi apa yang berlaku?

Expert facebook marketer membina loyal following, fans atau peminat mereka lah katakan, dan dari sana, mereka menggunakan jenama, ataupun branding mereka untuk endorse program, minat ataupun kepercayaan mereka (Tun Mahathir dengan politik beliau, dan Tony Fernendes Airasia dengan polisi "everyone can fly")

Kesimpulannya :

Anda harus mula membina TRIBE anda sendiri.. Anda harus mendapatkan "orang orang" yang bersefahaman dengan anda dan bina komuniti anda sendiri.

Dan ini boleh dimulakan dengan satu langkah mudah:

1. Hari ini, mulakan Facebook Fanpage anda sendiri.

Dari sana, mulakan interaksi dengan dunia luar, share idea idea bernas anda, jemput orang orang yang sefahaman dengan anda untuk LIKE page anda, dan dari sana, bina komuniti anda sendiri.


Remember:

Facebook ini macam kampung global haha.. Anda kena jadi ketua kampung anda sendiri, bukan jadi mamat yang syok buang pamphlet dan lepas tu kena belasah sebab buang sampah merata rata..

Harap harap anda faham dengan apa yang saya share disini :-)


Suthan M


p/s: Ramai yang tanya saya samada mereka boleh share artikel artikel tips dan video saya.. Silakan, tapi pastikan anda "kreditkan" saya dengan info ini yek :-)

Itu sahaja..


Amacam ? ... ada ilmu yang anda boleh dapat dari post ni ?? .. kongsikan pandangan anda dibawah .. terima kasih ...
 

[ F.A.Q ] Soal Jawab Tentang Adsense

soal jawab tentang adsense
Salam sejahtera semua ...

Ok setelah beberapa post tentang adsense .. saya mendapat banyak persoalan tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh sahabat sekelian ...

So , saya terfikir untuk membuka post ini untuk berkongsi soalan dan jawapan antara kita ... saya fikir ial akan menjadikan topik adsense ini lebih tersusun dan maklumat akan sampai dengan lebih berkesan ...

Untuk pengetahuan semua .. saya dengan adsense bermula dengan 0 .. membeli puluhan ebook .. berguru dengan beberapa otai adsense malaysia ... dari situ saya menimba beberapa pengalaman yang ingin saya kongsi dengan sahabat semua ...

Sahabat sekelian ... jika berminat dengan adsense untuk jana pendapatan sampingan atau utama anda .. sila rujuk blog ini dahulu .. JANGAN beli dulu ebook atau apa2 personal coaching diluar sana sebelum sahabat semua menghabiskan bersoal jawab disini ... mengapa ? ini kerana pengalaman saya telah membeli puluhan ebook tentang adsense .. isinya lebih kurang sama dan ada yang kita boleh dapat maklumat tersebut secara percuma sahaja ... saya bukan mengatakan semua ebook ini tidak bagus .. tapi baik cari dulu maklumat diinternet yang terbentang luas ini secara percuma.. jika tiada barulah beralih ke maklumat yang berbayar...

janji saya .. insyaAllah saya akan kongsi yang terbaik untuk penbaca blog ini ... akan dicurahkan segala pengalaman yang ada ... sekian ..

Sebarang pertanyaan tentang adsense sila tiggalkan di bahagian komen .. terima kasih ..
 

[Chapter 5 ] Panduan Google Adsense Malaysia - Cara Memasukkan Code Adsense For Content kedalam post blog

Salam sejahtera buat semua sahabat sekalian ... hari ni saya agak sibuk sikit .. namun masih lagi sempat mencari sedikit makumat untuk tatapan semua sahabat ...

Ok , kat bawah ni adalah cara memasukkan code google adsense - AFC untuk blog wordpress ... boleh la tengok video ni dan jika ada pertanyaan sila tinggalkan di bahagian komen .. malam nanti saya akan baca dan cuba kongsi jawapan .. terima kasih ..



Untuk blog dari platform pula akan saya cari dan jika tiada saya akan buat sendiri untuk sahabat2 semua ... sekian ...
 

Format Windows XP tanpa hilang segala data kesayangan anda ...

cara pantas format windows XPSalam sejahtera buat semua sahabat GuruCyber ...

Hari ni nak kongsi satu cara untuk format komputer yang menggunakan OS Windows XP tanpa perlu risau kehilangan segala data kesayangan kita ... Memang sekarang orang dah pakai windows Seven dan sebagainya namun masih ramai yang menggunakan windows XP sebagai OS nya .... termasuklah GuruCyber sendiri  :-) ...  Ada sebab mengapa saya masih mengekalkan windows XP sebagai OS ..

Anak saya pula lebih minat menggunakan Linux Sebagai OS .. tapi ayah dia pening kalau nak guna linux.. he he ..

Ok pendekkan cerita .... cara dia kat bawah :

Method 1

1-Masukkan cd windows xp
2-start > run > E:\I386\winnt32/unattend

ps/ E: = cd/dvd drive korang...

3-enter...pastu boleh bancuh kopi n relaks tengok TV ...

Method 2

kalau sahabat semua  ada file windows xp folder I386 dlm hdd boleh guna care nie...

1-start > run > cmd

2-D:\I386\winnt32 /unattend

ps/ D: = katakan partition hdd korg (eg: shj)

3-enter

==Sesuai digunakan ble virus infect dlm file windows...
==Sesuai digunakan ble file windows korang corrupt...
==sesuai digunakan ble korang mls nk major format....

driver/application/gambar/lagu sume xhilang...

tested 99.8% workin

Sekian terima kasih ....
 

[ Chapter 4.1 samb ] Panduan Google Adsense Malaysia - Adsense For Domain

Salam sejahtera buat sahabat semua ... harap semua sihat dan ceria di hari isnin yang indah ini ...

Ok , sambungan post chapter 4 yang lepas .. kita berhenti setakat adsense for content .. harap semua sahabat dah faham apa itu adsense for content dan bagaimana ia boleh beri pendapatan pada kita semua ...

Adsense For Domain  pula lagi menarik ... saya sendiri telah melakukan banyak eksperimen ke atas adsense for domain dan adsense for content ... kesimpulan yang saya boleh buat berdasarkan pandangan peribadi saya adalah adsense for domain jauh lebih mudah diuruskan , lebih mudah menjana pendapatan dan paling penting mengurangkan risiko di ban oleh google ... mengapa saya katakan ia lebih mudah ? sila lihat ciri2 adsense for domain dibawah :

1. Tak perlu laman web/blog khusus
2.Tak perlu update content
3.Tak perlu nak cari article / menulis article
4.Tak perlu pening mencari ribuan traffic untuk turunkan CTR ...
5.Kita akan dibayar berdasarkan View dan klik ... berbeza dengan AFC ( klik sahaja )

sebenarnya banyak lagi keistimewaan AFD ni dan siapa yang menyertai dan menjalankan AFD sahaja akan tahu betapa mudahnyer menjana income dengan AFD ...

Rujuk sini untuk lebih jelas ..

Kat bawah ni contoh site AFD ...

Ok , bagaimana AFD dapat jana income untuk kita ?


Begini .. apa yang kita perlukan untuk AFD adalah sebuah domain yang tidak digunakan .... maksudnya kita ada domain dan tak buat apa-apa dengan domain tersebut ... Domain itu kita jadikan site AFD kita ... cara setting akan saya ajar kemudian ....


Setelah kita set domain tersebut dengan Google Adsense ... domain itu akan digunakan oleh google dengan memasukkan 100% iklan dalam dimain tersebut .... apa iklan yang akan keluar kita tak perlu fikir kerana segalanya akan dimasukkan secara automatik oleh google ... kita hanya sediakan domain dan setting .. tinggal..


bagaimana ia boleh jana income ialah apabila ada seseorang mencari maklumat atau apa sahaja dan terjumpa domain kita tadi dan visitor itu melihat/view kandungan iklan .. kita akan dibayar... visitor klik iklan dalam tu kita akan dibayar lagi .... nampak tak keistimewaan AFD ... view sahaja dah dibayar dan klik pula ada bayaran tambahan ...

Ok , harap semua faham setakat ni yer... siapa ada tak faham sila angkat tangan ... hehe gurau jer..


Sila post pertanyaan anda di ruang komen yer... kita akan berkongsi disana .. sekian dulu untuk hari ni ... lain kali jumpa lagi ... :-)

 

[ Chapter 4 ] Panduan Google Adsense Malaysia – Google Dah Approve !

Salam sejahtera ... Apa khabar makcik2,pak cik2,abang2,kakak2,adik2 .. he he .. harap sihat di hari ahad cuti yang tenang nih...

Kita sambung tutorial/panduan google adsense malaysia hari ni ... walaupun hari ni hari ahad ndan hari cuti , namun untuk menghargai kunjungan sahabat-sahabat sekelian saya gaghkan jua ... jom kongsi ilmu ! ...

Ok  jom baca doa dulu ..

“Wahai Tuhanku,lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku” Amin...

Ok , amacam dengan akaun yang di pohon tempoh hari , dah lulus ke ? saya sendiri dah lulus satu lagi akaun 2 hari lepas .. mohon melalui docstoc.com .. ini akaun untuk anak saudara yang tengah dok study kat UTM skudai ... Moga lepas ni dapat la tampung skit perbelanjaan dia dengan elaun dari google Adsense nih .. hu hu ..

account adsense approveIni adalah contoh email yang akan anda terima sekiranya Google telah meluluskan permohonan untuk menjadi sebahagian warga nya ...


Bila dah dapat email macam tu maka secara rasminya anda adalah warga Google adsense dan boleh mula menjana pendapatan dari  Program Ini .... jika belum terima sila la ikhtiar kot mana pun nak dapatkan kelulusan tu yer...

Baiklah , bagi mereka yang dah ada akaun dengan Google adsense boleh mula fokus sekarang bagaimana nak mulakan langkah seterusnya ..

Sebelum melangkah lebih jauh ... suka saya berterus terang disini bahawa saya akan guide sahabat semua bermain adsense ni seperti kita sama-sama masih 0 .. maksudnya bagi yang dah tahap expert mybe anda tak sesuai dengan tutorial ini ... tujuan saya buat begitu adalah nak pastikan semua sahabat dapat ikut cara ni walaupun sahabat tu masih di bangku sekolah dan baru 2 hari kenal adsense nih... harap semua faham yer... Untuk yang expert saya juga akan kongsi disini .. tapi itu mybe Chapter yang ke 38 nanti .. ;-D ...

Adus , banyak la pulak melalut ke lain ... he he..  Ok back to d topic ...

Ok , sila log in ke dalam akauan Google Adsense anda ... Disitu anda akan lihat macam2 ader ... sekarang apa yang anda perlu tengok adalah yang dalam bulatan kat bawah tu jer ( Gambar )

Kat atas tu saya telah bulatkan dua menu ..

1. Adsense For Content
2. Adsense For Domain ...

Apo ko bondo plak ni  ? saya akan terangkan secara ringkas satu persatu .. jangan bimbang sahabat ... hehe... Yang nombor 1 tu dipanggil adsense for content ... cara nak jana pendapatan dengan yang ini adalah kita perlu menyediakan sebuah web/blog yang mempunyai content .. contoh blog main adsense for content < klik sini > . Cuba perhatikan dalam blog tu .. sarat dengan content dan penjuru atas sebelah kana pula ada satu table yang dia tulis ' Recomended Site ' .. kat dalam tu lah iklan dari adsense ...
Perhatikan gambar di atas .. yang saya label no 1 tu adalah content .. no 2 tu adalah iklan dalan bentuk image dan no 3 tu iklan dalam bentuk teks ... so , setiap klik yang dibuat oleh visitor akan dibayar oleh google ... nilai untuk setiap klik pula bergantung kepada beberapa faktor ... ( kita akan bincang di chapter seterusnya ) ...

Iklan yang terpapar di situ bergantung kepada content blog tersebut ... contohnya , jika blog tu berkisar tentang insurance maka iklan akan dipaparkan berkaitan insurance juga .. jika tentang kereta makan iklan akan dipaparkan berkaitan kereta ... begitulah seterusnya ... namun ia bukan 100% tepat kerana ia juga bergantung kepada pengiklan melalui adword ... ada juga pengiklan yang melatakkan keyword mereka tidak selari dengan apa yang mereka nak hebahkan tapi ia jarang berlaku...

Ringkasnya .. adsense for content akan jana income melalui klik yang kita terima ...

sekian untuk hari ni ... biar sedikit tapi berkesan .. he he ..kita akan sambung untuk adsense for domain di lain masa ..

sebarang pertanyaan sila kongsi kat bahagian komen yer...
 

[ Chapter 3 ] Panduan Google Adsense Malaysia - Mendaftar Dengan Google

Salam Sejahtera Buat semua ... seperti biasa pakat baca doa dulu....

“Wahai Tuhanku,lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku”




Ok .. Back to da topic ...

Sebelum kita nak kaut duit dari Google sebanyak mungkin apa yang kita perlukan ialah tidak lain dan tidak bukan mesti menjadi salah seorang member/ahli mereka ... dimana nak daftar ?

Cara 1 ( asas )

Sila ke link ini < klik sini >

Disini anda boleh daftar akaun dengan google secara terus ... apa yang diperlukan ialah :

1. Web site Url
Kat sini masukkan web/blog anda ... bagi yang belum ada blog sila create satu blog free jer .. guna blogspot pun ok ... pastikan blog anda dalam bahasa inggeris ... apa sahaja topic anda boleh buat kecuali yang haram ... judi , lucah , kejam dsb ...

2. Website language
Mesti Bahasa Inggeris !
Sila tick 2 kotak kecik tu..

3. Account type
Pilih Individual

4. Country
Malaysia ler ...

5 - dan seterusnya ...
sila penuhkan segala maklumat yang diperlukan ...
Tick 3 kotak kecik tu dan klik submit Information ...

Klik comfirm di paparan baru adsense form tu... selesai...
Tunggu hingga Google hantar Email kat nkorang mengatakan anda diterima menjadi warga Google Adsense ...

Ok .. kat atas tu adalah cara paling asas nak daftar dengan Google adsense .... ada cara lain yang boleh kita gunakan untuk mendaftar dengan Google Adsense .... iaitu menggunakan Platform pihak ke 3 .... apa maksudnya ...

Cara 2 ( Platform pihak ke 3)

Platform pihak ke 3 adalah pihak yang berdaftar dengan Google yang mana Google membenarkan kita menjadi sebahagian dari ahli google melalui pendaftaran dengan pihak ke 3 tersebut ....

Antara pihak ke 3 ( Sebahagian ) yang boleh kita gunakan ialah :

www.docstoc.com
www.indiastudychannel.com,
www.indyarocks.com,
www.hubpages.com,
www.indiareviewchannel.com,
www.shetoldme.com,
www.infobarrel.com,
wwwcodexfind.com,
www.salespider com
www.bukisa.com

Caranya ialah ... kita mendaftar dahulu dengan pihak ke 3 tersebut dan melalui pihak ke 3 ini kita boleh mendaftar diri dengan google adsense ... Sebenarnya cara ini lebih mudah kerana kita tidak perlu lagi menyediakan web / blog untuk mendaftar secara terus seperti cara basic tadi....

Cara ke 3 ( Upah Orang Tolong Buat )

Cara ini adalah super mudah .... upah sahaja orang lain buatkan pendaftaran anda dan caj yang biasa dikenakan sekitar Rm30 - Rm80 untuk satu pendaftaran dan dijamin lulus .... boleh Google dan cari servis ini di internet ( Pastikan cari servis dari orang malaysia)

Ok sekian dulu untuk chapter 3 .... sebarang pertanyaan sila letakkan di bahagian Commet ... TQ
 

GuruCyber.net Tambah Widget

Salam sejahtera buat semua .... Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Gurucyber yang berhingus ni ... Untuk pengetahuan nkorang semua,atas permintaan member2 yang nak follow blog ni .. mereka mencadangkan agar admin/Gc dapat memasukkan widget follower dari Google connect Alasan mereka ialah senang nak follow tutorial yang akan GuruCyber masukkan dalam blog ni ...

Follower gurucyberIkutkan hati memang tak mau masukkan banyak sangat widget/plugin sebab ia akan memberatkan proses load blog ni ... kesian kat member2 yang pakai slow connection ... broadband dsb ... yang pakai fast connection tak jadi masalah la kan ?...

Tapi kita tengok la macamaner .. GuruCyber masukkan jugak untuk penuhi permintana kawan-kawan ... maaf buat mereka yang slow connection ....

GurCyber janji akan berikan yang terbaik untuk blog ni ...

Jom Layan Video Cool Kat bawah ... wakaka ..

 

[ Chapter 2 ] Panduan Google Adsense Malaysia - Tak kenal maka Tak Cinta

Salam sejahtera buat semua ....
Ok sebelum memulakan sesi pelajaran hari ini sama-sama kita baca doa dulu , moga berkat ilmu hari ni ...

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"

Ok .. tak kenal maka tak cinta hari ni membicarakan apa dia program Google Adsense ... Sebenarnya Tak yah cerita panjang lebar pun tak per pasal kita semua kena rajin skit jer... Cuba taip kat web browser nkorang tu * apa dia program google adsense .. bukan ratusan malah ribuan laman web/blog yang membicarakan apa dia program google adsense ... so nak jimatkan masa .. nkorang cari ler sendiri apa maksud dia ...

Ringkasan dari semua definisi diatas adalah .. proram ini adalah dikenali sebagai PPC ( Pay Per Clicks )  , PPV ( pay Per View ) .. maksudnyer Google Akan Bayar Kita berdasarkan klik dan View dari visitor kita... semua bayaran akan dibuat dengan unit USD ( Us Dollar ) ... minimum bayaran adalah USD100 ..

Bagaimana Google bayar kita ? cara paling mudah untk terima bayaran dari Google adalah dengan menggunakan Wire Tranfer seperti western Union ... Taip western union malaysia .. anda akan jumpa apa dia dan bank mana menawarkan servis ini ... nak lagi mudah .. petang ni boleh la pegi pusing2 sekitar bank berdekatan dan cari logo ini ...



ada jumpa logo tu ? .. yer .. kita akan terima duit dari bank tu TUNAI ... Google akan tranfer dari US ke bank tersebut dan bank tu akan bayar pada kita ...

Ok ... so bagaimana bermula ...

Untuk bermula apa yang kita perlukan hanyalah 3 perkara .
1. Berdaftar dengan google adsense ( free )
2. sebuah laman web / blog ( free )
3. sebuah kerajinan ( free jugak )

Uiks ! mudahnyer ... yer memang mudah ... no 1 dan no 2 memang mudah kecuali no 3 .. yang ni tak ramai yang boleh buat ...

Baik sekian dulu untuk chapter 2 ... kita sambung chapter 3 untuk sesi berikutnyer ..

sebarang pertanyaan boleh dibuat di bahagian Comment .. sekian wassalam...
 

[ Chapter 1 ] Panduan Google Adsense Malaysia

Salam Sejahtera buat semua ... :-D ..

Bila sebut jer pasal Google Adsense , semestinya kita akan jumpa pelbagai orang dengan pelbagai reaksi ...

ada yang teruja
ada yang gembira
ada yang sedih
ada yang mencari-cari
ada yang melompat keriangan
ada yang berkerut dahi
ada yang senyum sampai telinga
ada yang buat tak kisah ....
dan macam2 lagi....

Ok , disebabkan ada macam - macam ragam ini lah membuatkan aku rasa nak kongsi tentang adsense ni ... bagi yang expert kalau nak baca bacalah tak nak pun tak per...

aku akan kongsi apa dia adsense ni dari 0 - pandai he he .. sebab aku dulu bermula dari kosong dan aku tau perasaan mereka yang bermula dari 0 nih ...

so , habis Chapter 1 tentang adsense .. bersambung ke chapter 2 ... kalau rasa nak tau apa dia adsense dan kehebatannya bolehlah datang jenguk-jenguk lagi blog ni .. he he...

Kat bawah ni aku kongsi skit contoh income yang aku terima dengan adsense ni ... nak bagi semangat sket ..

Panduan google adsense
 

Cara Buang Virus Shortcut dari Komputer Anda

Salam Maulidul Rasul kepada semua pembaca ..

Hari ni nak kongsi skit cara nak buang virus shortcut yang menyerang hard disk , pendrive atau micro card kita ... Virus ni dah lama sebenarnya dan ia adalah satu script yang agak simple .. tapi bagi newbie ia agak membimbangkan , yelah mana tidaknyer.. bila dijangkiti virus ni hadis semua folfer dan file ditukar jadi shortcut ... klik klik tak keluar klik klik tak open .. hu hu kan ke haru ..

Ok gambar kat bawah ni rupa folder yang kena serangan virus shortcut nih : .

cara atasi virus shortcut

Ok , virus shortcut ni sebenarnya tidak la bahaya mana , ia hanya menukar format folder dan file kita tu kepada hidden dan create satu shortcut untuk file file kita tadi tuh ... Jangan Panik jika anda diserang virus ini kerana ia tidak akan meghilangkan file file kita tadi sebenarnya .. dia nak main sorok - sorok jer...

Pelbagai cara dicadangkan oleh rakan rakan cyber kita .. tapi saya jumpa satu cara paling mudah dan berkesan untuk mnghapuskan virus shortcut ni dan cara mengembalikan semula semua folder dan isi folder itu tanpa menjejeskan apa apa pun ...

Gunakan antivirus ini < KLIK SINI > antivirus ni made in indo ... mula2 ragu2 jugak nak guna , tapi bila test sekali kat pendrive ... Zuuuup .... tak sampai 3 saat .. selesai masalah .. hu hu .. memang berkesan ! So , aku cadangkan kat Rakan Cyber semua antivirus ni untuk menghapuskan serangan virus shortcut ni ... Gunakan Yang free pun dah cukup berkesan ..

Sekian , selamat mencuba ...

Update : Link baru siap dengan serial number ... < KLIK SINI >


.

Amacam ? ok antivirus ni ... tinggalkan komen anda ... TQ :-D

.

.


 

6 Rahsia Rasullullah saw Kekal Sihat Untuk Jadi Panduan Kita Bersama

makam rasullullah
p/s : Gambar Hiasan ... semasa GuruCyber Berkunjung Ke makam Rasullullah saw...


6 Rahsia bermula disini

1. Hal pertama yang menjadi menu seharian Rasulullah adalah udara segar di subuh hari.

udara pagi kaya dengan oksigen dan belum terkotori oleh zat-zat lain.
jika tidak bangun di subuh hari, kita menjadi terasa begitu malas untuk beraktiviti.

2. Rasulullah menggunakan siwak untuk menjaga kesihatan mulut dan giginya.

3. Lepas Subuh, Rasulullah bersarapan dengan segelas air yang dicampur dengan madu asli.

Khasiatnya luar biasa. tersebut Dalam Al qur`an, kata “syifa” / kesembuhan, yang dihasilkan oleh madu ini.

4. menjelang waktu dhuha, Rasulullah akan makan tujuh biji kurma ajwa`/matang.

Sabda baginda, barang siapa yang makan tujuh butir kurma, maka akan terlindungi dari racun. Dan ini terbukti ketika seorang wanita yahudi menaruh racun dalam makanan Rasulullah dalam sebuah percubaan pembunuhan di perang khaibar, racun yang tertelan oleh beliau kemudian dineutralkan oleh zat-zat yang terkandung dalam kurma.

Bisyir ibnu al Barra`, salah seorang sahabat yang ikut makan racun tersebut, akhirnya meninggal.

Tetapi Rasulullah selamat. rahsianya? Tujuh butir kurma!

Mengapa Tujuh? (cuba Baca : misteri Di SeBalik Keistimewaan Angka 7)

5. Menjelang tengah hari, menu Rasulullah selanjutnya adalah cuka dan minyak zaitun.

cuka dan minyak zaitunnya ini akan di disulami makanan seperti roti misalnya.

Manfaatnya boleh mencegah lemah, tulang rapuh di hari tua, melancarkan sembelit, menghancurkan kolesterol dan melancarkan pencernaan.

Ia juga berfungsi untuk menncegah kanser dan menjaga suhu badan di musim dingin.

6. Di malam hari, menu utama Rasulullah adalah sayur-sayuran.
Beberapa riwayat mengatakan, beliau selalu mengambil al makki dan sanut.

Di mesir, kata Dr. Musthofa, keduanya mirip dengan sabbath dan ba`dunis. Masih tidak kenal juga?

Dr. Musthofa kemudian menjelaskan, secara umum sayur-sayuran memiliki kandungan zat dan fungsi yang sama, iaitu memperkuat daya tahan tubuh dan melindunginya dari serangan penyakit.

Yang paling penting adalah menghindari isrof, atau berlebihan.

Sabda Rasulullah, “cukuplah bagi manusia itu beberapa suap makanan, kalaupun harus makan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk air minumnya dan sepertiga lagi untuk nafasnya” (al hadis).


- “ghidza`unnabi” oleh Prof. Dr. Musthofa Romadlon
 

Cara tukar gambar kepada teks

Salam buat semua ..
Ok hari ni nak kongsi dengan anda semua cara nak tukar gambar kepada bentuk teks ... gambar dalam bentuk baru itu boleh di simpan/save dalam fail notepad ... bagi mereka2 yang gemar hantar sms gambar yang agak unik tu boleh la aplikasikannya ...

ok ni gambar asal ..

man gurucyber

kat bawah ni gambar yang dah convert ke teks ...

gambar dah convert ke teks

Ok kat mana nak buat ?

Ya .. anda semua boleh pegi ke web ni : Klik sini

Prosesnya sangat mudah ...

1. Upload gambar asal anda ( klik browse ) ...
2. Klik submit
3. Beres ... siap ..
4. Klik dowload ( file akan tersimpan dalam format txt )


Sekian ... selamat berhari ahad ...
 

Update ! [Tutorial] Cara Buat Fan Page FaceBook Sendiri ..



Salam buat semua ...

Sekarang ni sedang hangat diperkatakan oleh IM seluruh malaysia ... Fan Page di Facebook .. siap ada buat servis lagi dan sesetangah tu harga servis yang mencecah ratusan ringgit ...

Ok Hari ni aku nak kongsi bagaimana sebenarnya cara nak buat fanpage kat facebook ni .. sebenarnya benda ni mudah jer , cuma perlukan sedikit pengetahuan tentang html ....kalau tak tau pun boleh sebenarnya sebab sekarang dah banya software yang boleh create html automatik ... seperti NVU ... free jugak ni ...

Ok .. tutorial ni pun bukan aku yang buat tapi dapat dari email.. member yg hantar .. so aku kongsi ler fail tu .. Boleh dowload kat link ni : ... klik sini

kalau rasa benda ni bagus sila lah tinggalkan komen anda kat bawah tu .. dan jangan lupa sebarkan pada semua kawan kawan kita .. setidak tidaknya dapat jimat duit ambik servis padahal boleh buat sendiri jer... sekian ..

Ok UPdate ! .. kat bawah anda boleh tengok tutorial dia ... TQ

Nak tengok besar sila klik pada FullScreen ... :-D


cara buat fanpage kat facebook -
 

50% Beli belah secara online ...

ebay malaysia

50% beli-belah dalam talian

eBAY semakin popular di kalangan pengguna untuk membeli-belah secara dalam talian kerana ia mudah dan selamat.

KUALA LUMPUR - eBay Malaysia, peneraju niaga e-dagang, melihat trend membeli-belah di Malaysia memberangsangkan, dipacu oleh kadar penembusan jalur lebar yang tinggi dalam negara, kata Pengurus Negara bagi firma itu, Ambareesh Murty.

"Terdapat keperluan asas bagi membeli-belah dalam talian di mana-mana pasaran. Keperluan utama ialah jalur lebar. Sekiranya anda melihat pasaran Malaysia, kadar penembusan jalur lebar meningkat," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.

"Membeli-belah dalam talian semakin popular di Malaysia memandangkan ia menawarkan kemudahan.

"Kajian Mastercard menunjukkan, 30 peratus warga Malaysia membuat pembelian dalam talian pada 2009. Trend berkenaan meningkat kepada 50 peratus tahun lepas.

"Trend positif dan kami amat optimistik mengenai membeli-belah secara dalam talian," katanya.


Credit : kosmo

Satu perkembangan menarik dan memberangsangkan ... Nampaknya kepercayaan rakyat malaysia terhadap transaksi dalam talian telah meningkat ... berbanding ketika aku mula berbisness internet dalam tahun 2004 dulu ...

Masu tu sedih nak cerita , bila orang tanya ... nko ada buat bisness aper ? malu nak cakap bisness internet .. sebab bila sebut jer bisness internet orang dah mula pandang serong ... dalam hati mereka berkata ... menipu...

Tapi .. alhamduillah sekarang ... kesedaran mula meningkat ... So , IM ( internet Marketer ) .. jangan lepaskan peluang ... berniagalah secara jujur dan amanah ...

.

.

.
 

Cahaya Pelik Atas Masjid Kubah Emas Baitulmaqdis

Perhatikan Betul-betul atas kubah masjid .. Terdapat cahaya yang tidak diketahui sumbernya ...

 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger