Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih

Laman servis mirip fiverr dari malaysia

murahnya.my laman mirip fiverr
Salam sejahtera buat semua sahabat ,

Ok. belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat menyambut merdeka raya hehe.. Ok hari ni nak tulis sikit sahaja .. saya pasti ramai antara kita yang dah mengenali laman fiverr dan saya pernah kongsi tentang keistimewaan laman tersebut pada post yang lepas...

Kini kita semua boleh dapatkan servis yang serupa dan lebih diyakini sebab ia buatan orang kita malaysia ...  Ok ..gambra ada kat bawah nun..  sebijik laman fiverr kan ? ...

Ok bagi mereka yang nak dapatkan servis dengan harga yang berpatutan bolehla ke laman tersebut melalui link ini >>> klik sini  <<<  daftar percuma disana dan boleh dapatkan servis disana ...

Ops ! .. nanti dulu , bagi yang kaki bisness .. anda ada peluang untuk dapatkan bisness disana ... caranya dengan menawarkan servis terbaik anda pula... Tawaran anda mesti menarik dan unik sebab nak bersaing dengan tawaran-tawaran sedia ada disana dan harga yang di letakkan mestilah kompetetif yang mana pemburu servis anda nanti rasa berbaloi dengan apa yang di bayar ..

Ok sebelum berundur sekali lagi link untuk ke laman tersebut ... klik sini  

 

Semoga artikel ini membantu sahabat semua..

Sila tinggalkan komen untuk sebarang pertanyaan ..

Terima Kasih
 

Cara Install PAPAGO! X5 For Android (Malaysia Version)

Free PAPAGO! X5 For Android (Malaysia and Singapore Version)


Salam sejahtera buat semua...

hari ni Saya nak kongsi dengan anda semua cara nak install PAPAGO! X5 For Android (Malaysia Version) secara PERCUMA... yup.. percuma khas untuk pengguna android.. lepas ni mudah ni pegi mana-mana dalam malaysia atau singapore ... tak sesat lagi dah ...

Ok , step permulaan anda kena download dulu 2 file seperti link dibawah :

1. APK : http://www.mediafire.com/?f6s7uw3u6h59xsz (APK installer)
2. SD file : http://www.mediafire.com/?yvmgtpbdcpob47v (malaysian map)

Ok.. dah siap ?..

Seterusnya , extract la SD File yang telah anda download tadi dalam komputer anda dahulu... manakala file APK tu terus boleh upload atau pindahkan dari komputer anda terus ke memori Smartphone anda ... letak la dalam folder download smatphone anda tersebut...

Ok .. seterusnya .. pindahkan pula folder SD yang telah di extract tadi kedalam smartphone anda juga .. dan bila dah selesai... boleh la mula install dengan cara cari file APK tadi dan klik install...

Tada !!! .. ah siap pun ... boleh dah pegi jalan-jalan tanpa sesat lagi...

Selamat mencuba...
 

Salam Lebaran Buat Semua Sahabat GuruCyber

Hari raya Aidulfitri

Salam lebaran buat semua...

Ampun dan maaf dari saya Man GuruCyber , Semoga ikatan persahabatan kita semua kekal hingga akhir hayat ...

Moga di Aidulfitri kali ini kita memperoleh rahmat dari Allah setelah selesai sebulan kita dalam bulan penuh keampunan dan kerahmatan...

Semoga Alla menerima segala amalan baik yang kita telah lakukan dan kini tiba masanya kita raikan kemenangan menentang hawa nafsu dan semoga kesungguhan kita melakukan amalan baik di bulan ramadhan dapat kita kekalkan hingga bertemu pula ramadahan yang akan datang ...

Jangan lupa berdoa semoga Allah memanjangkan usia kita agar bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang ..

sekian..
 

Berhati-hati dijalanraya

Tak lama dah......

He he , dalam 1-2 hari lagi kompom jalanraya akan sesak nafas menerima kebanjiran kenderaan dan penunggang kenderaan untuk pulang ke kampung masing - masing ..

So , nasihat saya untuk semua para sahabat ...pandu cermat jiwa selamat

Dan....

bagi sahabat yang beragama islam jangan lupa ...

doa naik kenderaan

Sekian
 

Autoresponder Untuk Internet Marketer ...

Salam sejahtera buat semua...

Post saya sebelum ini tentang autoresponder percuma ,> boleh tengok sini<  ... saya akan kongsi tool tersebut sedikit masa lagi.. insyaAllah selepas raya nanti ..

Hari ini saya ingin juga berkongsi dengan sahabat semua satu lagi autoresponder yang saya fikir boleh digunakan oleh kita semua kerana ia dijana oleh anak malaysia sendiri dan jika dilihat dari segi prestasinya tijak jauh dengan autoresponder yang yang lain..

Harga , bagi saya sangat berpatutan yang mana cajnya hanyalah RM120 untuk seumur hidup dan tiada caj-caj tersembunyi yang lain mau pun caj bulanan lagi... maknanya kita bayar RM120 kita pakailah banyak manapun sebab ia adalah unlimited ...>> boleh tengok sini  << untuk keterangan lanjut..


 

Bagi yang belum mampu boleh lah daftar percuma dulu dan cuba-cuba tengok prestasinya... untuk memdaftar akaun percuma sila ke sini >>> klik sini  dan daftar dengan mengisi segala maklumat yang diperlukan...

Sempena Ramadhan ini .. pihak autoresponder ini memberi tawaran menarik iaitu  >>>

~ Bonus Bulan Ramadhan~

Had bilangan emel untuk akaun percuma akan dinaikan dari 1000 ke 2000. Bonus ini akan tamat selepas Hari Raya. Harap Maklum.

Jadi jangan berlengah lagi daftar percuma dulu disini dan cuba prestasinya dan boleh buat kira kira untuk upgrade ke premium lepas raya nanti ...

Sekian...


 
 

Orang dulu dan Orang sekarang

 

Gambar best hari ini Biar Gambar berbicara ....
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger