Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih

Makkah Live @ Youtube - Musim Haji 2012



Jom saksikan musim haji kali ini secara live... Moga satu hari nanti kita pula di jemput Allah untuk jadi tetamunya bagi mengerjakan haji InsyaAllah ..
 

Banner pilihan minggu ini

banner terbaik tentang solat

Banner pilihan terbaik untuk minggu ini ...
 

Sistem Penguatkuasaan Automatik ( AES ) Bermula Malam Ini

Sistem Penguatkuasaan Automatik ( AES ) Bermula Malam Ini

lokasi AES kamera

Bagi semua sahabat gurucyber , berhati-hati di jalan raya ...
Setiap lokasi pemasangan sistem ini akan dilengkapi dengan papan tanda peringatan seperti ini >>>

papan tanda lokasi sistem AES

Dan disini senarai lokasi pemasangan sistem AES setakat ini dan akan di update secara berperingkat ..

lokasi AES
 

Taring Google Sudah Mulai Tumpul

Salam sejahtera ..

Sebelum menulis lebih panjang jom layan gambar dulu ...

kedudukan ranking google tergugat

Ini adalah gambar terbaru yang saya rakam pada 17 September 2012 jam 11.33 pagi waktu malaysia ..

Jika diperhatikan gambar tersebut didapati kedudukan enjin carian google berada di tempat ke dua selepas facebook ... ini menunjukkan google telah jatuh dari tahta tempat pertama sebelum ini dikalahkan facebook...

Dengan kemunculan pelbagai algoritma ciptaan google seperti panda dan pengguin untuk membuat analisis tentang web/blog orang lain .. google sendiri tidak terlepas dengan method yang mereka cipta sendiri ... hehe ( dalam hati .. padan muka google )

Bagi yang belum mengetahui , dengan kelahiran panda dan pengguin ramai para blogger yang diserang sakit jantung dan darah tinggi kerananya .. maukan tidak , hari ini blog berada di page pertama carian google ... tiba-tiba esok blog sudah hilang dari page tersebut akibat  di tendang keluar oleh pengguin  .. tak ke sakit jantung dibuatnya ..

Bagi pemain autoblog begitu juga .. pelbagai kaedah digunakan untuk mengelak dari dikesan panda dan pengguin namun akhirnya blog di nyah keluar juga...sudahlah dinyah keluar ... PR juga jatuh mendadak yang boleh membuatkan blogger diserang darah tinngi akibat tekanan dan membawa ke jantung hampir berhenti berdegup...

Jika dulu , para blogger melihat ranking blog adalah satu yang amat menggembirakan namun sekarang untuk membuka dan melihat ranking blog adalah satu yang amat mendebarkan...

Ok , cukuplah sampai disini .. maklumat nak kongsi adalah kedudukan google tu jer berbanding facebook .. tapi dah melalut ke lain pulak.. hehe

sekian wassalam ..
 

Blogger Video Theme Yang Digemari Google

Salam sejahtera buat semua..

Tahukah sahabat semua bahawa waktu ini enjin carian google amat menyukai web/blog yang berasaskan video ? , antara laman video yang popular adalah youtube .. siapa tak kenal youtube .. hehe memang nampak sangat nubienya ..

Untuk menguatkan lagi apa yang saya katakan , mari kita cuba bersama-sama .. cuba taip apa sahaja keyword yang terfikir oleh sahabat melalui google.com .. dan lihat page pertama ... dalam 10 carian saya pasti sekurang-kurangnya 8 page akan menampilkan laman video youtube di page pertama carian tersebut ... amacam ?..

video ceramah ustaz azhar idrus 2012So ,kita sebagai blogger seharusnya tiap mensia-siakan peluang tersebut terutamauntuk menarik trafik kelaman kita dan sebagainya ... saya sendiri sedang membuat ujikaji tentang peranan video ini untuk menarik trafik dan bermain dengan affiliate .. lihat laman ujian saya disini >>> http://ustazbest.blogspot.com/2012/09/30-minit-ustaz-don-cinta-rasul-sebelum.html

Ya , saya menggunakan blogspot untuk menempatkan laman berasaskan video saya ... mengapa ? sudah tentunya ia percuma , tak perlu memikirkan tantang langganan domain dan hosting ... tak perlu nak fikir tentang bandwith bulanan yang makin kurang akibat kunjungan visitor yang ramai ..

Sahabat , sila lihat sendiri walaupun ia hanya sebuah blog dari blogspot dan percuma .. theme tersebut seolah-olah blog profesional yang lain .. so , tak nampak koman sangat la.. dan amat mengejutkan saya adalah statistik blog tersebut.. baru 3 hari dilancarkan sudah berjaya menarik 7 visitor melalui enjin carian google .. wow ! .. hebat bukan kuasa video .. he he

Baiklah sahabat , saya tidak mahu bercerita panjang lebar tentang theme tersebut sebab ia masih dalam ujikaji .. jika ia berjaya nanti saya akan post disini hasil ujikaji tersebut..mybe nanti saya akan kongsi theme tersebut dengan sedikit bayaran kot .. hehe amacam , ada berani ?

 

sekian..
 

Apple Iphone 5 dilancarkan

 

gambar iphone 5

Apple telah melancarkan smartphone terbaru mereka iaitu iphone 5 dengan peningkatan beberapa ciri baru ... peminat setia produk apple pasti tidak sabar untuk mendapatkan produk tersebut dari pasaran... apa yang saya lihat hanya beberapa perubahan kecil dilakukan terhadap produk ini dan yang paling ketara ia ditampilkan dengan pengurangan berat sebanya 20% dari siri yang sebelumnya..

gambar iphone5 apple 2012

Untuk melihat lebih banyak gambar iphone 5 yang akan dilancarkan sahabat boleh terus kelaman web apple disini >>> _http://www.apple.com/asia/iphone/iphone-5/

selamat menonton .. hehe

 
 

Kanak-kanak Hilang

 

hebahan kanak-kanak hilang

Jom semua sahabat GuruCyber sekalian pakat-pakat intai kot ada rezeki nak jumpa semula adik nih... Semoga beliau masih dalam keadaan selamat ..
 

Laman servis mirip fiverr dari malaysia

murahnya.my laman mirip fiverr
Salam sejahtera buat semua sahabat ,

Ok. belum terlambat rasanya nak ucapkan selamat menyambut merdeka raya hehe.. Ok hari ni nak tulis sikit sahaja .. saya pasti ramai antara kita yang dah mengenali laman fiverr dan saya pernah kongsi tentang keistimewaan laman tersebut pada post yang lepas...

Kini kita semua boleh dapatkan servis yang serupa dan lebih diyakini sebab ia buatan orang kita malaysia ...  Ok ..gambra ada kat bawah nun..  sebijik laman fiverr kan ? ...

Ok bagi mereka yang nak dapatkan servis dengan harga yang berpatutan bolehla ke laman tersebut melalui link ini >>> klik sini  <<<  daftar percuma disana dan boleh dapatkan servis disana ...

Ops ! .. nanti dulu , bagi yang kaki bisness .. anda ada peluang untuk dapatkan bisness disana ... caranya dengan menawarkan servis terbaik anda pula... Tawaran anda mesti menarik dan unik sebab nak bersaing dengan tawaran-tawaran sedia ada disana dan harga yang di letakkan mestilah kompetetif yang mana pemburu servis anda nanti rasa berbaloi dengan apa yang di bayar ..

Ok sebelum berundur sekali lagi link untuk ke laman tersebut ... klik sini  

 

Semoga artikel ini membantu sahabat semua..

Sila tinggalkan komen untuk sebarang pertanyaan ..

Terima Kasih
 

Cara Install PAPAGO! X5 For Android (Malaysia Version)

Free PAPAGO! X5 For Android (Malaysia and Singapore Version)


Salam sejahtera buat semua...

hari ni Saya nak kongsi dengan anda semua cara nak install PAPAGO! X5 For Android (Malaysia Version) secara PERCUMA... yup.. percuma khas untuk pengguna android.. lepas ni mudah ni pegi mana-mana dalam malaysia atau singapore ... tak sesat lagi dah ...

Ok , step permulaan anda kena download dulu 2 file seperti link dibawah :

1. APK : http://www.mediafire.com/?f6s7uw3u6h59xsz (APK installer)
2. SD file : http://www.mediafire.com/?yvmgtpbdcpob47v (malaysian map)

Ok.. dah siap ?..

Seterusnya , extract la SD File yang telah anda download tadi dalam komputer anda dahulu... manakala file APK tu terus boleh upload atau pindahkan dari komputer anda terus ke memori Smartphone anda ... letak la dalam folder download smatphone anda tersebut...

Ok .. seterusnya .. pindahkan pula folder SD yang telah di extract tadi kedalam smartphone anda juga .. dan bila dah selesai... boleh la mula install dengan cara cari file APK tadi dan klik install...

Tada !!! .. ah siap pun ... boleh dah pegi jalan-jalan tanpa sesat lagi...

Selamat mencuba...
 

Salam Lebaran Buat Semua Sahabat GuruCyber

Hari raya Aidulfitri

Salam lebaran buat semua...

Ampun dan maaf dari saya Man GuruCyber , Semoga ikatan persahabatan kita semua kekal hingga akhir hayat ...

Moga di Aidulfitri kali ini kita memperoleh rahmat dari Allah setelah selesai sebulan kita dalam bulan penuh keampunan dan kerahmatan...

Semoga Alla menerima segala amalan baik yang kita telah lakukan dan kini tiba masanya kita raikan kemenangan menentang hawa nafsu dan semoga kesungguhan kita melakukan amalan baik di bulan ramadhan dapat kita kekalkan hingga bertemu pula ramadahan yang akan datang ...

Jangan lupa berdoa semoga Allah memanjangkan usia kita agar bertemu lagi dengan ramadhan yang akan datang ..

sekian..
 

Berhati-hati dijalanraya

Tak lama dah......

He he , dalam 1-2 hari lagi kompom jalanraya akan sesak nafas menerima kebanjiran kenderaan dan penunggang kenderaan untuk pulang ke kampung masing - masing ..

So , nasihat saya untuk semua para sahabat ...pandu cermat jiwa selamat

Dan....

bagi sahabat yang beragama islam jangan lupa ...

doa naik kenderaan

Sekian
 

Autoresponder Untuk Internet Marketer ...

Salam sejahtera buat semua...

Post saya sebelum ini tentang autoresponder percuma ,> boleh tengok sini<  ... saya akan kongsi tool tersebut sedikit masa lagi.. insyaAllah selepas raya nanti ..

Hari ini saya ingin juga berkongsi dengan sahabat semua satu lagi autoresponder yang saya fikir boleh digunakan oleh kita semua kerana ia dijana oleh anak malaysia sendiri dan jika dilihat dari segi prestasinya tijak jauh dengan autoresponder yang yang lain..

Harga , bagi saya sangat berpatutan yang mana cajnya hanyalah RM120 untuk seumur hidup dan tiada caj-caj tersembunyi yang lain mau pun caj bulanan lagi... maknanya kita bayar RM120 kita pakailah banyak manapun sebab ia adalah unlimited ...>> boleh tengok sini  << untuk keterangan lanjut..


 

Bagi yang belum mampu boleh lah daftar percuma dulu dan cuba-cuba tengok prestasinya... untuk memdaftar akaun percuma sila ke sini >>> klik sini  dan daftar dengan mengisi segala maklumat yang diperlukan...

Sempena Ramadhan ini .. pihak autoresponder ini memberi tawaran menarik iaitu  >>>

~ Bonus Bulan Ramadhan~

Had bilangan emel untuk akaun percuma akan dinaikan dari 1000 ke 2000. Bonus ini akan tamat selepas Hari Raya. Harap Maklum.

Jadi jangan berlengah lagi daftar percuma dulu disini dan cuba prestasinya dan boleh buat kira kira untuk upgrade ke premium lepas raya nanti ...

Sekian...


 
 

Orang dulu dan Orang sekarang

 

Gambar best hari ini Biar Gambar berbicara ....
 

Jom bertukar-tukar link sesama kita ...

kelebihan bertukar-tukar link wow ! dalam sedar tak sedar dah hampir 500 blogger yang bertukar link dgn blog gurucyber... sekarang dah 499 pon ..boleh tengok kat  sini >>> klik sini ..cuma diharapkan para blogger yang letak link di blog gurucyber dapat link back dengan meletakkan pula link blog gurucyber di blog masing-masing .. baru lah boleh dikatakan win win situasion kan .. hu hu..

Ok serius saya offer .. link yang ke-500 saya akan bagi hadiah untuk anda... cepat ! siapa yang baca post ni cepat-cepat la masukkan link anda ... bukan hanya link ke 500 .. link ke 550 juga akan dapat hadiah yang sama... hadiahnya ?.. tunggu .. saya akan post kan di post akan datang dengan url blog yang bertuah tersebut..

Apa tunggu lagi .. cepat masukkan link anda ... But , ada syaratnya la.. selepas masukkan link anda tersebut.. saya akan semak do blog anda.. dan pastikan link blog gurucyber juga berada di blog anda .. mudah bukan..

Jom .. bertukar link..
 

Jana Income di Internet Tanpa Trafik ?

Salam ramadhan buat semua..

Jana Income di Internet Tanpa Trafik ? He he .. sengaja saya timbulkan persoalan sebegini malam ni ... sebab rata-rata penulis blog di internet mengatakan bahawa " Content Is King .... Traffic Is Queen "... betui ka ?.. hehe jom sama-sama kita kupas sikit demi sedikit persoalan ini...

cara jana income tanpa trafik

Okay , jom mulakan sesi pecah bendung kita ... atau istilah omputih ice breaking ... kalau nak sumbang saran karang tak boleh pulak sebab sumbang saran ni kena ramai-ramai pastu minta pendapat dari setiap orang .. tu dipanggil sumbang saran... tapi pecah bendung ni adalah cara kita nak cuba berfikir diluar kotak kebiasaan kita berfikir ...

Ok , kita ulang balik.. jana income di internet tanpa trafik  ..  Jika kita melihat secara logik akal fikiran kita memang kita akan mengatakan 100% bisness kita akan gagal tanpa kehadiran traffic .. betui tak ?... namun jika kita teliti betul betul ... blog yang dilimpahkan trafik juga banyak yang gagal menjana income di internet .. hehe apa hal plak tu yer ?

So , kita balik semula.. adakah trafik perkara kedua penting selepas content untuk menjana income di internet ?.. pada pandangan peribadi saya adalah TIDAK...
 

Bagaimana Mendapatkan Limpahan Trafik Cara GuruCyber

Salam ramadhan ...

Buka nak riak cuma nak tunjuk ... GuruCyber baru-baru ni terjumpa satu method@kaedah mendapatkan trafik percuma yang jumlahnya walawe... bukan ratusan sehari namun ribuan ! ...

layan video dibawah :



GuruCyber bercadang untuk menjual kaedah ini pada sesiapa yang berminat dengan harga sahabat iaitu RM30.00 sahaja 1 copy .. sebelum GuruCyber lancarkan secara meluas dengan Harga RM79.00 untuk 1 copy ..

So , sesiapa berminat boleh la mula mengumpul modal RM1 sehari.. cukup 30 hari dah ada pun RM30.00 ...

Amacam .. dah tengok video .. tunggu pengumuman dari GuruCyber... bila boleh download method tersebut...

Sekian

Terkini :. Jualan ditarik balik... Software dikesan mempunyai malware ... 








 

Autoresponder tanpa bayaran bulanan atau tahunan

Salam ramadhan buat semua...

Bertemu lagi dalam ruangan bijak ict kelolaan mangurucyber atau ringkasnya mGc... hehe , gurau dipagi sabtu nan indah.. jangan marah yer..

Ok , balik pada tajuk.. bila sebut autoresponder saya 99.9% yakin ramai yang mengenalinya ... namun saya juga terfikir masih ada 0.01% rakan dan sahabat kita yang tak tau apa itu autoresponder..

Tulisan kali ini saya bukan nak berkongsi apakah autoresponder tapi seperti tajuk diatas iaitu autoresponder tanpa bayaran bulanan atau tahunan  .. Bagi sahabat yang belum kenal apa itu autoresponder boleh la google sikit dan cari maklumat tentang persoalan tersebut..
 

Tarikh Pilihan Raya Umum Ke 13 Malaysia 2012

Salam Sejahtera buat semua..

He he.. hope sahabat semua dalam keadaan ceria sepanjang minggu ini dan kehadapan... topik hangat diperkatakan sekarang adalah tarikh pilihanraya Umum ke 13 yang masih menjadi teka teki hingga ke hari ini yang mana kita semua ketahui bahawa tarikh itu hanya Pendana Menteri iaitu Yab Dato' Seri Haji Najib Bin Abd Razak Dan Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya ...

GuruCyber sebenarnya tak berapa nak berminat untuk menulis tentang politik dalam blog ni sebab blog ni lebih kepada panduan untuk menjana income di internet ..panduan menjana pendapatan di internet secara percuma untuk semua... namun di sebabkan GuruCyber fikir topik ni hangat diperkatakan so , nak bincang la serba sedikit tentang topik tarikh pilihanraya Umum ke 13 ni...

tarikh pilihanraya ke 13

Pada awal tahun dahulu ramai yang meramalkan tarikh pilihanraya ke 13 akan berlangsung pada hujung mei 2012 hingga awal jun 2012 .. namun semua ramalan itu meleset... paa ketika itu kedua-dua pihak iaitu parti memerintah dan pihak pembangkang sibuk menganjurkan
 

Cara simple jana pendapatan sampingan di internet 2012

Salam sejahtera buat semua,

Hari ni saya nak kongsi cara simple nak jana pendapatan sampingan di internet .. cara ini tak la boleh menjadikan sahabat semua jutawan segera namun jika kena caranya boleh la buat top up untuk bayar segala bil utiliti tu setiap bulan...

Mula-mula layan gambar dulu...

Adfoc.us earning proof | pembayaran bonus adfoc.us

Ok kat atas tu adalah payment proof untuk program ini...
 

Doa agar hati dijauhkan dari gemar kepada maksiat

Dengan kehadiran ramadhan tidak lama lagi .. marilah bersama-sama kita amalkan doa dibawah dengan harapan Allah akan menjauhkan kita dari sebarang kecintaan ke arah maksiat yang semakin berleluasa dewasa ini ...
doa agar dijauhkan maksiat
 

Gambar majlis perkahwinan Ella

Gambar majlis kawin ella

Akhirnya... bertemu jodoh juga diva ratu rock negara iaitu Ella atau nama sebenar Norzila Aminuddin .. Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.
 

Alhamdulillah ... Mission Completed

Alhamdulillah...
Selesai sudah ibadah umrah kali ini... terasa rindu untukkembali ketanah suci dimasa akan datang ... Terima Kasih Allah kerana teah menjemput hambamu yang kerdil ini untuk ketanah haram mu ...

Buat semua yang terlibat , jutaan terima kasih diucapkan .. hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian..

2-3 hari ni nak berehat dulu dan insyaAllah bila keadaan dah kembali seperti biasa saya akan kongsi seberapa banyak pengalaman sebelum , semasa dan selepas saya ke tanah suci disini untuk tatapan sahabat semua insyaAllah ...

Sekian .. wassalam..
panduan umrah 2012

Jom tengok video makkah live kat sini >>> Klik sini <<< klik skip kat ads yang keluar tu yer... TQ
 

Alhamdulillah .... saya dipilih lagi...

Syukur pada Allah kerana dalam sehari dua lagi saya akan berangkat ketanah suci menerima jemputan dari Allah sebagai tetamunya...

Ampun dan maaf dari saya buat semua pembaca @ sahabat gurucyber sekiranya sepanjang saya menulis terdapat kata-kata saya yang kurang selesa didengar atau menyinggung perasaan anda semua..

Doakan saya agar dipermudahkan dalam segala urusan dan InsyaAllah sekembali nanti kita akan bersua kembali..

Intai-inailah saya disana melalui link dibawah.. InsyaAllah saya akan lambai anda semua dalam video tu nanti insyaAllah ...

 

Comelnya ....

 

Apa khabar semua ...

Salam sejahtera buat semua sahabat GuruCyber ...
Lama tak bersua , maklumlah zaman ni zaman mengejar masa...siapa lambat bakal tertinggal . Saya juga semenjak dua menjak ni agak penat mengejar masa hinggakan agak terabai untuk bersama semua sahabat di blog gurucyber.net nih... harap semua sahabat masih setia berada disini .. terima kasih .

Dalam kalangan sahabat sudah tentu ternanti-nanti apakah update terbaru dari blog gurucyber... erm.. sudah tentu tak lain dan tak bukan berkaitan dengan ilmu mencari pendapatan dari internet ..

Sahabat sekalian.. insyaAllah .. di post akan datang saya akan kongsi dengan sahabat semua ilmu berkaitan dengan adsense alternatif yang sedang saya lakukan ujikaji sekarang .. dari ujikaji yang saja sudah jalankan selama 1 bulan setengah menunjukkan hasil yang memberangsangkan.. dan earningnya boleh menandingi earning dari adsense ...

InsyaAllah kita akan bertemu lagi... sekian..
 

Penulis jemputan untuk meng"update" blog ?

Salam sejahtera buat semua sahabat gurucyber..

Topik diatas ??? adakah relevan kita mengupah seseorang menulis dalam blog kita ? atau menjemput seseorang mencoretkan sesuatu dalam blog peribadi kita ? ..

Saya ada terfikir dan benda ni dah lama sebenarnya..kadangkala bila tiada idea tentang apa yang hendak dikongsi rasa nak jual je blog ni dan berjenti terus dari berblog.. tapi bila mengenangkan rakan-rakan blogger yang masih lagi aktif walaupun sibuk ,maka naik semula semangat nak menulis dan berkongsi sesuatu dengan semua rakan blogger..

Sekali lagi fikir rasa macam nak jemput penulis jemputan untuk update blog ni... erm.. tapi macamaner yer ? siapa tahu prosedur nak jemput penulis jemputan ... mybe kena bayaran dan sebagainya..

Siapa boleh kongsi silakan post dibahagian komen atau di chatbox tu jer... sekian..
 

Ubah la ... InsyaAllah berjaya..

Saya nak kongsi satu video yang bakal mengubah hidup kita semua..



Amacam .. pecahkan tradisi .. tak perlu ikut cara lama.. UBAH ! .. nak berjaya kena berubah ? ..
Buka minda anda sekarang ..apa yang perlu berubah..

Tak lama lagi 2012 bakal menjelma .. RANCANG SEKARANG ! Apa yang perlu kita semua UBAH untuk jadi lebih baik dari tahun ini.

Jom share apa yg hendak anda ubah di bahagian komen .. TQ
 

Polis sembur serbuk lada kepada pelajar !

Video hangat dimana polis menyembur serbuk lada kepada pelajar ..
jom tonton video ni..
sekian
 

Dulu telor .. kini beras pula tiruan ..

Salam sejahtera buat semua ...

Ini lah harga yang perlu kita bayar untuk kecanggihan teknologi...Jika sebelum ini kita di gemparkan dengan kehadiran telor ayam tiruan .... hari ini .. AWAS ! .... BERAS pulak TIRUAN ! ...

Masya-Allah .. apa nak jadi dunia sekarang .. semua dah nak di tiruankan ... jika yang dir=tiruankan itu tidak membawa mudarat tak menagapalah , tapi jika sebaliknya ? siapa yang akan menjadi mangsa...

jangan sampai esok nak cari pasangan pun kena siasat dulu... TULEN... ke.... TIRUAN .. hu hu



Ni ha video tentang beras plastik !



Berhati-hati wahai sahabat sekelian yer...

Jangan lupa tinggalkan komen anda ... terima kasih ..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 

Selamat Hari Guru Buat Semua Warga Pendidik ...

 

Akibat suka bercium .. kan dah kena SEBIJIK ! ....

padah suka bercium

Memang parah kalau suka bercium ni... jangan dok buat ler .. lebih-lebih lagi dikhalayak ramai... layan video kat bawah ..padah suka mencium tak tentu pasal... kan dah dapat sebijik .. he he ..

.

.

.

.



 

Salam Lebaran Buat Semua

Terima kasih Buat semua sahabat setia GuruCyber.net... Salam dihulur buat semua sahabat kiranya sepanjang perkenalan kita terdapat bahasa atau apa jua yang membuat hati terasa dan sebagainya.. Maafkan daku dan segala kesilapanku..

sekian.. wassalam..
 

Domain Murah , Grab cepat !

Salam sejahtera buat semua ...

Sahabat gurucyber semua.. nih ada satu promotion ... Domain Murah .. cepat - cepat la grab yer..

Boleh pakai untuk Adsense For Domain ..

KLIK SINI


Domain Fever 2011 !

There are Bieber Fever, Durian Fever, Raining Fever and so on Fever. In conjuction with our 10th anniversary, Exabytes is excited to present to you our "DOMAIN FEVER 2011"

WHY WAIT? Come next month prices of domains will increase and you will have to pay more for the same domain name. ACT NOW!!! Secure this golden opportunity by registering your fancied .net domains now before the DOMAIN PRICES INCREASE!!!

.net domains are still UP FOR GRABS starting from RM0.99 first year!

However, if you're not fast enough, prices will increase bit by bit, and when we sold the 100th domain, prices will increase to RM10.99! From our experience, 100 domains can be sold within 2 hours time!

Thus Act FAST! Grab one today!

 

Sekian ..
 

Ini lah kerja Hacker ... Tapi... ok jugak..

Salam sejahtera buat semua ...

Jom layan Video Ni ... Kerja penggodam ..Camaner dia buat tu yer?? ..

erm .. ini lah dikatakan teknologi ..



sekian ..
 

Berikan RM300.00 sebulan FREE untuk IbuBapa/Suami/Isteri/Awek/Etc...

RM300.00
Salam sejahtera ...

Petang ahad ni .. terfikir pulak satu perkara nak kongsi dengan semua sahabat GuruCyber...

Satu soalan untuk anda semua ... Agak2 dalam keadaan sekarang berapa RM yang anda hadiahkan kepada IbuBapa/Suami/Isteri/AWEKS/Etc... setiap bulan ? RM100 .. RM200 ... RM300 ... RM1000 !!! ... Yup .. SETIAP BULAN ! ...

hari ni saya aku nak kongsi bagaimana anda boleh berikan kepada mereka yang tersayang Minimum RM300 setiap bulan tanpa menggunakan wang gaji anda .... YA ! RM300.00 SETIAP BULAN .... TANPA menggunakan WANG GAJI anda ... ... bagi adik2 yang sedang belajar dimana sahaja ... tiap2 bulan anda tak perlu dah bual call kat mak ayah tu mintak belanja...

layan video kat bawah dulu ..

 

Ok sekarang nampak tak cara dia ? ... saya boleh hadiahkan pada wife RM300.00 seiap bulan tanpa guna wang gaji ... he he ... segalanya berjalan secara separa automatik...

Jadi .. sesapa nak dapat macam tu .. rajin2 lah jenguk blog GuruCyber.net untuk dapatkan tips dan tips dan tips nya.. sekian ...
 

Erm.. Mybe Ia Berguna Untuk Anda ..

Salam sejahtera buat semua ...erm.. walau pun Mood Raya masih lagi membara , perjuangan harus diteruskan ! hehe .. kerja ! kerja ! ...

Orait , hari ni tak nak cerita banyak dan panjang lebar .. cuma nak kongsi satu link yang mybe ia berguna untuk anda semua.. terutama ADSENSE PLAYER ! .. why ? .. erm.. link ni adalah link satu tools yang boleh kasi pusing2 itu artikel .. atau dalam bahasa jawanya Article Spinner ...

Untuk pemain Adsense For Content .. Article Spinner adalah satu senjata yang memang sangat perlu .. tak perlu saya terangkan lebih lanjut sebab semua pemain AFC dah tau benda nih ...

Ok , ni linknya : >>>> Klik sini 

Sekian ..jumpa lagi ..
 

Kerajaan mengumumkan BONUS setengah bulan gaji buat kakitangan awam...

Salam sejahtera buat semua ...

Tahniah diucapkan buat semua kakitangan awam dengan pengumuman pihak kerajaan bersetuju memberikan BONUS sebanyak setenga bulan gaji dengan minimum RM500.00 .. setelah lebih 2 tahun tak merasa bonus akhirnya tahun ini kerajaan bermurah hati menunaikan permintaan kakitangan awam .

Cuma , disebalik kegembiraan mendengar berita tersebut .. ada juga pihak yang agak bimbang .. siapa agaknya ? .. huhu tentulah pihak pengguna ...mengapa ? pada pandangan peribadi saya melalui penagalaman sebelum ini .. apabila bonus diumumkan sahaja mulalah para peniaga mula mencongak2 untuk menaikkan harga barang jualan mereka.. padahal bonus tu bukannya dapat tiap2 bulan tapi hanya sekali sahaja...

Nak salahkan siapa ? peniaga ke .. kerajaan yang bagi bonus ?... bagi saya .. peniaga tidak boleh disalahkan secara total.. mereka mendapat barangan dari pembekal/pemborong .. so pemborang yang salah .. owh mybe tidak juga .. pemborong dapat harga tinggi dari kilang .. sebab tu mereka jual pada peniaga harga tinggi... so kilang yang salah ... kilang pulak kata mereka dapat bahan mentah harga tinggi dari pembekal bahan mentah ! .. ermm.... last sekali kita pakat nyanyi lagu .... BANGAU OH BANGAU .... Pusing2 .. gi mari .. pengguna juga yang terbeban..

So , apa pandangan sahabat semua .. jom lontarkan pandangan anda pulak ... isi  kat bahagian komen tu , kita pakat discuss ramai2 .. sekian.

 
 

Jom beramai-ramai meriahkannya ....

Ustaz Azhar Idrus
 

Jom Betulkan Al-Fatihah Kita..

 

Muhasabah Diri - Kenapa Hati Menjadi Keras

 

Ketahui Rahsia Telefon Bimbit anda

[caption id="attachment_1120" align="alignleft" width="227" caption="rahsia handphone"]rahsia handphone[/caption]

Salam sejahtera ..

Tips ringkas sebelum anda membeli sebuah telefon bimbit .. Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda

>sila taip *#06#
>akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
>semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
… Contoh : 358671017470473
… Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01
02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK

Sekian.
 

Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Salam sejahtera buat semua...

[caption id="attachment_1115" align="alignleft" width="300" caption="semakan daftar pemilih PRU 13"]semakan daftar pemilih PRU 13[/caption]

Umum mengetahui ..Angin PRU 13 atau pilihanraya umum ke 13 sedang bertiup kencang seluruh negara .. Parti memerintah mau pun parti pembangkang sedengan giat merancang pelbagai strategi melaksanakan  pelbagai program demi menarik hati para pengundi yang layak untuk mengundi parti mereka pada PRU akan datang ..

Dalam melaksanakan pelbagai program dan startegi tersebut .. pelbagai pendekatan digunakan .. ada yang benar-benar mengikut landas kemanusian dan agama manakala ada juga yang jauh tersasar dari landasan AGAMA dan juga kemanusia.. segenap cara digunakan..

Kita , sebagai pengundi yang layak mengundi , buatlah satu pertimbangan yang paling bijak ..  pilihlah mereka yang benar-benar mampu membawa/memimpin kita ke landasan sebenar .. kerana , ingatlah kita semua sedang menuju kepenghujung jalan .. setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian... diakhirat kelak kita akan dibangkitkan dengan seluruh amalan yang kita lakukan didunia... beruntunglah sesiapa yang diterima Allah setiap amalannya .. dan amat malang sekali sesiapa yang kaya didunia dan miskin diakhirat..

Sebelum kita berpisah buat sementara .. sila semak kelayakan anda sebai seorang PEMILIH untuk PRU 13 ..

Sila ke link ini >>> http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/
 

Ustaz Dato' Dr Haron Din Al-Hafiz Bermimpi Bertemu Rasulullah S.A.W ...

 

Hukum halal vs haram dalam forex

 

Blog GuruCyber Di Serang Trojan !

Salam sejahtera buat semua sahabat gurucyber.net .. Agak lama blog ni tak di update .. maaf la buat semua sahabat yer..Sebenarnya saya sedang berusaha mencari dimana trojan yang menyerang blog ini sedang menyorok..

Jika sahabat semua perasan .. setiap kali browse blog ini dari browser blog ini akan di redirect ke web lain .. biasanya ke web amazon atau youtube .. pening juga rasanya tapi tak per saya tetap kena berusaha untuk mentelesaikan masalah tersebut ..

Masalah ini muncul sejak minggu lepas lagi dan hingga sekarang saya masih belum menjumpai dimana masalah tersebut bermula..

Theme Gurucyber terpaksa ditukar buat sementara waktu untuk saya mengesan mybe ada script yang tidak dikehendaki telak diinject dalam theme tersebut..

Ermm.. mana-mana sahabat yang pakar mybe dapat memberikan saya cara untuk menyelesaikan masalah ini.. mybe ada yang pernah kena keadaan ini dan sebagainya..

Saya telah memeriksa file index.php , funntion.php , htascess , foofter.php ,,, dsb.. namun masih belum ketemu daengan trojan tersebut..
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger