Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih

Tips / Teknik mendapatkan nama domain untuk Adsense for Domain ( AFD ) .

Bahagian ini adalah satu bahagian yang agak penting kerana seperti yang kita sedia maklum , bahawa Adsense For Domain adalah program pengiklanan yang semata – mata kita menyediakan domain dan Iklan yang akan terpapar adalah berdasarkan nama domain yang kita pilih . Ia berbeza dengan Adsense For Content yang mana iklan yang akan terpapar adalah berdasarkan artikel atau keyword dalam web / blog kita.

Tips ini memastikan agar anda tidak kecewa nanti dengan nama domain yang dipilih , Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendir .
kajian kes 1 : contohnya begini .. Insurance adalah satu perkataan yang tergolong dalam high paying keyword . Maka dengan rasa berbesar hatinya anda dan rakan membeli domain dengan niche tersebut ..

Setelah melakukan search domain maka anda dan rakan mendapat domain yang diimpikan ..

Ini adalah contoh domain yang telah anda dan rakan anda pilih .
****Rakan anda memilih domain www.insurance-info-for-car
****Anda pula memilih domain www.car-insurance-info

Nampak sama bukan ?
Tapi awas ! walaupun view dan klik untk domain anda dan rakan sama namun earning akan berbeza … mengapa ? haa.. kita lihat tips dibawah ..

Tips 1
Pastikan nama domain yang anda pilih 100% dalam bahasa inggeris !
Mengapa ? Ini adalah kerana target market kita adalah visitor dari seberang laut dan paling baik dari USA dan UK  …
Bayangkan kalau anda memilih domain dalam bahasa melayu seperti www.kuihsemperit.co.cc  … agak – agak berapa orang akan cari domain itu dari browser dan agak – agak, ada tak iklan yang muncul kat domain tu ?
Jadi , Pastikan domain anda 100% dalam bahasa inggeris .

Tips 2
Pastikan nama domain yang dipilih memberi makna ,Mudah cerita kalau di baca domain tu orang akan faham maksud nak disampaikan ..

Contoh yang baik : www.breast-cancer-treatment
Contoh yang tak baik : www.cancer-treatment-breast
 

Wow ! Kumpul RM 200,000.00 Dengan Google Adsense ..

Salam sejahtera buat semua ...

Hari isnin yang indah ... moga semua sihat sejahtera ...

Seperti biasa .. seperti hari-hari sebelumnya Posmen akan datang menjengah muka .. tak jemu membawa khabar berita .. he he .. tapi hari ini agak berbeza.. banyak surat yang di hulurkan ... owh saman laju pun ada !.. tak per .. memang salah kita .. beyar je ler...

dalam banyak2 surat diterima .. satu surat menarik perhatian ... owh .. penyata ASN/ASB .. tak sabar nak buka... bukan apa nak tengok isinya..

income from adsense


Amacam ? ...

dengan adsense kita boleh mencapai simpanan sebegitu sebenarnya ...bagaimana caranya ... he he .. tunggu hingga habis tutorial step by step bagaimana untuk setup adsense dan selepas itu akan didedahkan cara bagaimana memaksimakan simpanan dengan Adsense ...

Sekian .. semoga semua terhibur...
 

Iklan Jawatan Kosong Bagi Lepasan Diploma

Salam sejahtera buat semua..

Saya pusing2 di alam maya tadi terjumpa la satu tawaran iklan jawatan kosong bagi lepasan diploma ni ... so , sesiapa yang berminat boleh la dapatkan maklumat lanjut di laman web yang disediakan...

jawatan kosong 2011

Bawah ni saya capture sikit apa kelayakan yang diperlukan... kalau rasa-rasa layak tu boleh la ke web mereka untuk memohon jawatan kosong tersebut .

Ni dia kelayakan diperlukan ;
Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.

Kelayakan Minimum :
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains [gaji permulaan C27:P1T1]; ATAU
Diploma dalam bidang Sains [gaji permulaan C27:P1T1]; ATAU
Diploma dalam bidang Teknologi Makmal [gaji permulaan C27:P1T5]; ATAU
Diploma dalam bidang Kimia Industri/ Mikrobiologi [gaji permulaan C27:P1T6] DAN
Lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf

Macamaner , ada yang layak ..

Ok la bagi sesiapa sahabat gurucyber yang layak untuk mengisi jawatan kosong tersebut bolehlah ke laman web ini :

http://mycohort.gov.my/web/component/content/article/43-vacancies/129-penolong-pegawai-sains-c27.html

Semoga ini dapat membantu anda sahabat gurucyber yang sedang mencari jawatan kosong untuk di isi ..

sekian .
 

Selamat Merayakan Hari Deepavali 2011

Sebelum terlambat .. buat semua pembaca blog gurucyber yang merayakan perayaan deepavali...

Gurucyber mengucapkan selamat hari Deepavali.. semoga bergembira di hari perayaan ini..

Bila nak belanja gurucyber makan maruku ??..  ;-)

deepavali 2011

 
 

Lelongan Hosting Murah 2011

Salam sejahtera buat semua..

Lama juga tak bersua rasanya.. maklumlah kita sentiasa sahaja dihimpit dengan pelbagai kerja dan sentiaa dicemburui masa.. chewah..

[caption id="attachment_954" align="aligncenter" width="300" caption="hosting murah"]hosting murah 2011[/caption]

Ok , hari ni saya tak mahu bercerita panjang sangat cuna nak kongsi satu peluang bersama sahabat gurucyber dengan apa yang saya jumpai ini..

Lelongan hosting murah 2011 , begitulah bunyinya .. Ok kat bawah ni adalah list yang mana sahabat semua boleh dapatkan hosting tersebut :
www.powweb.com/product/let-us-win-you-back.bml?key=pumpkin
www.ipage.com/product/let-us-win-you-back.bml?key=pumpkin
www.netfirms.com/product/let-us-win-you-back.bml?key=pumpkin
www.hypermart.com/product/let-us-win-you-back.bml?key=pumpkin
www.easycgi.com/product/let-us-win-you-back.bml?key=pumpkin
www.xeran.com/product/let-us-win-you-back.bml?key=pumpkin
www.spry.com/product/let-us-win-you-back.bml?key=pumpkin
www.bizland.com/product/let-us-win-you-back.bml?key=pumpkin
www.bluedomino.com/product/let-us-win-you-back.bml?key=pumpkin
www.domainhost.com/product/let-us-win-you-back.bml?key=pumpkin
www.dot5hosting.com/product/let-us-win-you-back.bml?key=pumpkin
www.ehost.com/product/let-us-win-you-back.bml?key=pumpkin
www.entryhost.com/product/let-us-win-you-back.bml?key=pumpkin

p/s : download list kat sini < klik sini >

Sahabat semua boleh dapatkan hosting dari mana-mana web dibawah dengan hanya $1 untuk setahun..

Pembayaran dengan paypal sahaja dan paypal tersebut mestilah yang dah lepas verifikasi ..

Setiap email yang didaftarkan hanya boleh memiliki 3 pakej sahaja .. so kalau nak banyak register banyak nama ..

Size hosting adalah unlimited..

Tawaran ini sehingga 31 oktober 2011 ini sahaja .. cepat2 la grab yer..

Bukan senang nak jumpa tawaran hosting murah sebegini lagi .. sementara ada jangan lepaskan peluang ..

Sekian ...
 

Tak patut... Tsunami Di Jepun ...

Salam sejahtera buat semua ...

Malapetaka dijadikan bahan gurauan ...

tsunami di jepun terkini

Apakah ini nilai sebuah akhbar berpengaruh di negara kita .. bayangan jika musibah itu menimpa negara kita dan sahabat baik kita mempersendakan kita sebegitu ...
 

Penipuan Oleh Blogger Terkenal Telah Berjaya Dirungkai ...

Salam sejahtera buat semua ...

Amacam hari ni , ditujukan khas untuk adsense player ? income amacam ? lekat tak 10USD hari ni ... he he .. kalau dapat TAHNIAH untuk anda .. bagi yang belum capai teruskan usaha..
berita hangat
HANGAT ! HANGAT ! HANGAT ! ... Saya fikir ia topik yang hangat .. Boleh rujuk post Adakah ini satu penipuan oleh Blogger terkenal !

Pelbagai pandangan positif dan negatif kita dapat lihat .. saya bersyukur kerana dengan menampilkan post tersebut kita dapat lihat pelbagai pandangan dan kepakaran telah dapat dicungkil dari situ ..

Siapa kata blogger melayu tak hebat , nah sekarang lihat sendiri .. ramai yang pakar sebenarnya .. tapi kadangkala kita terlalu mengagungkan blogger barat ! sikit-sikit merujuk kepada Mr john bla bla .. menurut blog Mr bob bla bla.. mengapa ? , kita kurang yakin dengan blogger kelahiran negara kita sendiri...kita ramai pakar sebenarnya ...

Merujuk post Adakah ini satu penipuan oleh Blogger terkenal ! , sebenarnya saya sengaja menulis tentangnya untuk melihat sejauh mana kita prihatin dengan perkara tersebut .. kedua , sejauh mana kita mengetahui kaedah untuk mengenalpasti yang hak atau sebaliknya .. kadangkala kita hanya memikirkan tentang diri sendiri sahaja .. meningkatkan trafik sendiri sahaja , menambah entri blog kita sendiri sahaja tanpa melihat persekitaran dan memikirkan apa yang berlaku dipersekitaran itu .. dan ketiga , dengan cara itu kita kenal sekarang siapa otai dalam bab tu .. he he , maka jom kita follow blog mereka ! Sah mereka bukan kaki copy paste artikel orang lain , tapi mmg ada kepakaran dalam bidang itu...

Terima kasih buat sahabat Gurucyber.net iaitu Rie yang menerbitkan satu artikel khas bertajuk Cara Mudah Mengetahui Bilangan Sebenar RSS Subscribers . disitu beliau telah menulis Cara untuk mengetahui bilangan sebenar RSS Subscribers sesebuah blog .. sahabat semua boleh terus baca disana yer..

Bagi yang telah memberikan pendapat juga , terima kasih ... pandangan anda amat dihargai .. tanpa anda apalah nilai blog ini ..

he he ..jumpa lagi untuk topik yang mybe lebih hangat di post akan datang ..

Wassalam..
 

[Update 9/3/11 ] Nah ! Terimalah Limpahan trafik dalam masa 5 hari...

free backlink untuk blog

Salam sejahtera buat semua ...

Bila sebut pasal trafik , tentunya para rakan blogger akan berminat dengannya .. ye lah tanpa trafik apalah nilainya sebuah blog .. tanpa trafik apalah kepuasan kita berblog... tanpa trafik juga maka tiadalah income untuk cover domain dan hosting blog ... tanpa trafik .. macam2 lagilah ...

Bagi adsense player macam saya , trafik amat-amat penting .. jangan cakaplah "content Is King " ... blog perlu kemas , blog tak leh ada duplicate content dan macam2 lagi .. kata2 tu biasa dilaungkan oleh mereka2 yang buat adsense tapi main tiru2 jer tanpa mencari betul2 ilmu adsense ... pandangan peribadi saya ... buatlah apa sahaja , tapi yang paling penting untuk adsense player adalah TRAFIK ! ...

Ok la , harini blog GuruCyber.net nak kongsi lagi beberapa method bagaimana nak dapatkan trafik ke blog tanpa perlu bersusah payah ... Kaedah yang akan dikongsi sebahagiannya 100% automatik dan sebahagian lagi 70% automatik... ada yang Free dan ada juga yang berbayar ... namun jangan bimbang .. yang berbayar tu pun tak ler mahal mana ... rasanya mahal lagi secawan kopi kat kopitiam jalan bayam tu ...

Method 1 ( hari pertama )


1. Go to >>> web ini  : http://www.freesitescripts.com/
2. Submit lah link web/blog anda melalui web tersebut
3. Dari web ini ka akan memperolehi backlink dan juga mempercepatkan bog diindex oleh google ..
4. 100% Percuma dan 100% automatik

AMARAN ! .
Submit blog anda sekali sahaja dalam sehari...Untuk elak di ban ..

Method 2 ( hari ke dua )

1. Go to >>>
- http://backlinkin.com/
- http://ping.fm/

2. Sama seperti hari pertama .. submit URL blog anda ...
3. Dah boleh pegi makan aiskrim...

Method 3 ( HAri ke tiga )

Nantikan update ...
 

Jangan... jangan SEKSA sahabat kita....

Salam sejahtera buat semua ....

Jangan...jangan...jangannnnnnnnnnnnnnn ... terseksa aku dibuatnya ...

blog speed test

Apa yang SEKSA ? .. hu hu .. inilah dilema blogger yang jarang2 kita sedari ... dalam kita blogger mengejar glamor dan kepuasan diri kita tak sedar bahawa kita sedang menyiksa orang lain yang mybe sahabat baik kita ...

Sedar tak wahai sahabat blogger sekelian ... dalam negara kita ( Mesia ) terdapat jutaan pengguna internet ? .. Kita pula sebagai blogger saban hari ingin menghidangkan kepada semua pengguna internet keseluruhannya dengan pelbagai info .. pelbagai cerita .. pelbagai berita dan macam-macam lagi ...

Dalam proses mebghidang tu pulak kita suka juga menambah hidangan kita dengan aksesori tambahan agar nampak cantik dan menarik ... TAPI .. kita LUPA ! kita sedang MENYEKSA mereka !!!!! ...

Siapa kena SEKSA ? ...

Mereka adalah pengguna broadband yang ada limit access/month ... pengguna dial up... pengguna Wifi free .... Kita menyeksa mereka dengan Blog kita yang BERAT tak hinggat !!!! penuh dengan macam2 hanika benda yang hanya menambah beban kepada mereka untuk membaca isi penting yang hendak kita sampaikan ...

Owh ... kesian mereka... jadi kita sebagai blogger yang bertanggungjawab... sedarlah .. jangan hanya mengejar glamor dan dalam masa yang sama kita menyiksa sahabat kita ... Tak perlu lah banyak sangat widget2 yang menyerabutkan blog ... banner2 yang lebih besar dari kepala lutut .. yang membuatkan blog lambat untuk loading...

Kasihanilah mereka ...

blog lambat load

Jom Buat Checking blog kita samada laju atau lembab macam siput sedut untuk load...

Pegi link ni : < Klik >

kalau lebih dari 100kb ... boleh la berkira2 untuk buang apa yang patut ... kalau kurang .. Alhamdulillah .. kita tidak menyeksa mereka...

sekian ...
 

Kerja Kosong Untuk Lepasan STPM , Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda

Salam sejahtera buat semua

Jawatan Kosong Untuk Lepasan STPM , Diploma Dan Ijazah sarjana MudaJawatan Kosong Untuk Lepasan STPM , Diploma Dan Ijazah sarjana Muda adalah satu keyword yang selalu dicari oleh visitor dan keyword tersebut juga selalu lekat pada awstat GuruCyber.net..

Apa ertinya ? setiap hari ada sahaja visitor yang menaip perkataan Jawatan Kosong Untuk Lepasan STPM , Diploma Dan Ijazah sarjana Muda di web browser masing-masing .. Dan jika anda rajin lagi sila semak di google malaysia dan taip satu perkataan sahaja iaitu kerja ___________ atau jawatan __________ .. maka google akan mencadangkan Jawatan Kosong 2011 untuk keyword seterusnya .

Jika kita ambil logik .. adakah negara kita sedang mengalami krisis kekurangan kerja ? atau mereka semua ini memilih kerja ? .. erm itu no komen .. nanti ada orang marah pulak..

Apa yang saya nak kongsi ini buat mereka-mereka yang sedang mencari  kerja kosong  , saya ada satu jalan untuk anda .. ya , satu kerja kosong yang sentiasa memerlukan pekerja dan ia boleh dimulakan segera tanpa banyak tapisan atau kerenah birokrasi.

Ramai sahabat saya sendiri yang terdiri dari lepasan STPM, Diploma malahan Ijazah telah berminat bekerja dengan kerja yang saya perkenalkan dan mereka mula sayangkan kerja mereka dan berhasrat untuk terus bekerja di sektor itu dengan tenang dan selesa.. yang penting ia boleh menjamin kehidupan yang lebih bebas tanpa kongkongan sesiapa..

Kerja kosong apakah yang saya maksudkan ? ya ianya kerja kosong yang sesuai untuk lepasan STPM , Diploma dan Ijazah .. ya comfirm sesuai .

Apa yang diperlukan untuk mengisi jawatan ini adalah , sebuah komputer peribadi yang boleh akses internet .. masa kerja hanya 2-3 jam sahaja sehari .. Gaji ? ia bergantung kepada tahap kerajinan anda..

Ok sekian dulu mukadimah untuk Kerja Kosong Untuk Lepasan STPM , Diploma Dan Ijazah sarjana Muda untuk hari ini... nantikan post selepas ini apakah kerja yang saya tawarkan.. LUMAYAN .. gerenti lumayan.. tunggu...

Saya akan dedahkan kerja yang paling sesuai dengan anda wahai pencari Jawatan Kosong Untuk Lepasan STPM , Diploma Dan Ijazah sarjana Muda.. 

sekian.
 

Wow ! Berada Di First Page Google Pada Hari Yang Sama !

Salam Sejahtera buat semua ..

Robot Google memang Laju ...bayangkan post blog Gurucyber.net baru sahaja di post sekitar jam 8.00 Pagi ... pukul 11.00 pagi dah berada di first page google ! Hebat betul robot diorang ni bekerja ... nak tengok buktinya .. sila taipkan keyword ini : Panduan Google Adsense Malaysia , apa yang akan anda temui ? Ya , dua post dari blog gurucyber.net ini berada di tempat pertama dan kedua hasil carian keyword tersebut ..

post 1
post 2
panduan google adsense

Ermm.. itulah kelebihan Google .. kerja laju ...

so , sesiapa nak jana income dengan adsense .. jangan lupa follow blog ni ... masa tidak menunggu kita .. kita kena laju seiring dengan kelajuan Google .. he he ..
 

Mat Salleh sesat kat rumah gurucyber



Tah macamaner tengok kat log Feedjit ari ni .. tengok ada sorang mat salleh sesat kat blog aku nih ... yang best nyer dia datang dengan search .. cahaya baitulmaqdis. .... mybe budak-budak kita yg dok study kat oversea sana cari kot ... ha ha

Payah jugak nak cari keyword nak tarik trafik ni kan ... tapi kalau mengena sekali sekala puas hati rasa...
 

Tahun 2011 Tahun Aneh ? [ Jangan Tengok Kalau Anda Ada Kencing Manis !]

yesr 2011

Hu hu ... tajuk tuh ... Ok sebelum apa2 berlaku aku nak ucapkan selamat tahun baru buat semua ... 2011...

Apa yang aneh ? ... Tahun ini kita akan bermain dengan nombor - nombor best ... Tak caya ?
Tengok nih >>

Tahun ini mempunyai 4 tanggal aneh: 1-1-11, 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11.
Sekarang cuba ini: ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda dicampur dengan umur anda tahun ini.hasilnya pasti =111...

nice , Masyaallah !! its miracle , try it..!!

.

.
 

Blog Daus ada pakai Jin !

Terkejut beruk aku tengok Statistik kat awstart cpanel tadi ... Memang SAH ! blog daus ada Jin ! ...

Mana tidaknya .. blog aku ni tak sampai pun 2 bulan ... traffic dah mencanak naik ... boleh tengok gambar yg aku sertakan ... Semua ini gara-gara pasang widget dari blog daus ...
free traffic

traffik percuma

So , sesiapa nak rasakan bagaiman aku rasa .. silakan buat lawatan ke blog daus dan pegi la mintak dia jampi skit untuk hantar gerombolan traffic kat blog korang tuh ... sekian ... TQ daus ...
 

RM10.00 Percuma sapa nak ?

Salam buat semua ...
Erm .. apa nak buat cuti2 ni yer... nak keluar cuaca masih kurang mengizinkan , hujan masih lagi turun tanpa henti diluar sana ...

Owh , ada Idea ! jom godek2 dashboard wordpress dan apa lagi .. Tukar Theme ! ...

Setelah hampir 30 minit membuka satu persatu theme yg disediakan dalam dashboard tu maka dapatlah satu yang agak berkenan dihati dan yang penting tak nampak semak dek mata ... Apa pandangan korang semua ? bagi la pandangan skit tentang theme baru ni .. hehe

hadiah rm10.00
Erm satu lagi .. rasa nak bagi hadiah la skit kat sapa2 pengomen terbaik hari ni .. tapi sapa nak jadi hakim ? So , mcm ni lah .. senang cerita , aku tawarkan RM10 ( dalam bentuk topup tel ) bagi pengomen ke 10 theme baru aku nih .... .

syaratnya mudah jer :

1. Pemenang adalah orang yang kesepuluh ( 10 ) mengomen theme blog ni..
2. Komen adalah bebas ..
3. Tarikh tutup adalah jam 10.00 Malam ni ..2/2/2011
4. Pemenang akan di umum dalam blog ni.
5. Hadiah adalah dalam bentuk topup RM10.00 ( semua telco )
6. Anda boleh masukkan link blog anda dalam komen untuk backlink free..

p/s : komen akan dipublish apabila cukup 10 atau lebih .....

ehem ... apa lagi ... jom komen ... he he .
 

Sofware Percuma Untuk Meningkatkan Prestasi Bisnes Anda ...



Salam .. Amacam hari ni ? Hope semua baik2 belaka lah yer..

Ok kat page download aku dah tambah link untuk kita semua download pelbagai lagi sofware PERCUMA khas untuk tingkatkan prestasi bisnes masing masing ...

Semua sofware kat situ adalah percuma , so pilihlah yang mana nak pakai yer...

Ops sebelum terlupa ... jika ada antara link tu yang dah tak boleh pakai sila lapor kat aku untuk aku buat link lain ... Selamat Mendowload ...
 

Membeli belah online dengan diskaun hingga 90% , WOW !

Wow !

90 % Diskaun bukanlah sedikit . Aku nak kongsi dengan korang semua satu lubuk untuk dapatkan diskaun coupon dari pedagang - pedagang online .  dengan kupon yang ditawarkan , korang semua boleh dapatkan diskaun sebelum membeli apa yang ditawarkan .

Antara coupon yang jadi rebutan adalah dari pedagang besar seperti  Amazon, Victoria Secret, Paypal.com, dll. Barangan yang dijual boleh lah korang lihat sendiri .. Biasanya orang malaysia ni suka dapatkan kupon diskaun untuk pembelian domain dan hosting .. biasanya dari Godaddy.com ... tapi anda lihatlah sendiri ... tak mau la ulas panjang - panjang .. anda lihat sendiri ..

Keistimewaan web ini ialah :

-  Update setiap hari . so coupon yang ditawarkan ialah fresh ..
-  Coupon dari pelbagai company .... macam-macam ada ..
- ada juga ditawarkan widget untuk firefox..

Sekian ... jumpa lagi ..
 

Langgan Pelbagai Servis Dari Serata Dunia Dengan Hanya USD5 !

Ya , tentu anda semua kurang percaya dengan apa yang aku nak perkatakan .. dengan hanya melabur USD5.00 atau lebih kurang RM15 Ringgit sahaja kita boleh dapatkan pelbagai produk serta  pelbagai servis dan yang menariknya servis yang ditawarkan oleh individu dari seluruh pelusuk dunia..


Apa yang bakal anda semua temui melalui fiverr adalah merangkumi penjualan produk serta servis apa saja dan paling best segalanya hanya Usd5 sahaja..


Fiverr.com


Meh tengok sini : Klik sini ..

[caption id="attachment_934" align="aligncenter" width="300" caption="laman fiverr"]fiverr.com[/caption]

.

Ok .. ini lah laman web dimana semua servis atau produk yang ditawarkan dengan nilai Usd5.00 Sahaja .. Untuk mendapatkan servis disini , kita perlu mendaftar dan bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit atau paypal..

Sebelum terlupa , jika anda juga ingin menawarkan servis , anda juga boleh berbuat demikian .. cuma nilai servis anda adalah Usd5.oo sahaja ...

Untuk melanggan servis yang ditawarkan ,saya  sarankan anda semua perhatikan dulu rating yang diberikan .. bukan apa .. dunia sekarang penuh dengan SCAMMER ... atau penipu .. so berhati - hatilah yer..

Jangan la takut pulak..saya sendiri sudah biasa melanggan pelbagai servis melalui fiverr .. antara servis yang difikirkan berbaloi adalh seper membina banner iklan.. yang mana jika diluar caj nya boleg mencecah RM50-RM60.00 untuk satu design , tetapi melalui fiverr saya hanya perlu mengeluarkan RM15.00 sahaja ..

So,pandai-pandai la mencari peluang yang disediakan fiverr... apa peluang nya ? ermm..

Saya bagi contoh mudah jer.. dalam fiverr .. semua servis adalah Usd5 .. nak buat duit ?.. tawarkan servis yang sama dilaman blog/web sendiri sebanyak Usd8 ... dan jika ada tempahan anda buala tempahan di fiverr... so , berapa untung ? haaaa...kan dah ada Usd3 untung tu... :-) ...

Ok itu je untuk hari ni.. sekian..
 

ShoutmiX Auto Blogwalking Software

Sedang hangat !



Satu kaedah untuk menarik atau meningkatkan trafik ke laman blog ...  korang tentu pernah dengar kaedah ni kan ? Ya blogwalking ni kalu nak diringkaskan cerita adalah satu kaedah kita pegi melawat blog orang lain dan tinggalkan komen disitu berserta jejak kita .. jejak kita ditinggalkan dalam bentuk Url blog kita samada secara terang terangan atau tersembunyi ...

Kenapa nak tinggalkan URL ? Ho ho sudah tentunya jejak kita amat penting ... kerana dengan jejak ini lah akan berlaku backlink dan boleh menarik masuk pelawat lain pula ke blog kita apabila mereka klik link tersebut ..

Best jer bunyinyer kan ? kita ronda-ronda blog orang lain tinggalkan komen dan traffic akan balik semula ke blog kita .. MUDAH sangat ...

Rakan-rakan sekelian ... sebenarnya kita semua dipermudahkan lagi dengan kebanjiran software untuk buat blogwalking ni ...ada Free software dan ada yang paid software ... terpulang kepada kita nak yang mana satu .. aku jenis yang suka pada yang free software .. sebab yang free tidak semestinya tidak bagus .. Kadang kadang yang paid pun tidak sehebat yang free .. hu hu , so terpulang kepada anda .

Blogwalking software , aku tertanya-tanya sendiri .. Boleh ker guna software ni ? nanti dianggap spam pulak .. ha ha .. aku dah pun jumpa pelbagai type software ni dan akan cuba satu persatu .. yang free ea.. :-D ...

Ok lah dah banyak sangat la pulak menulis ni .. anyway ... aku akan cuba kaedah ini selama 1 minggu bermula hari ini dan aku akan beri review keberkesanan teknik ini selepas dari itu .. aku akan gunakan blog ini sebagai bahan ujikaji sebab blog ini masih baru dan belum ada traffic yang stabil ... nantikan review dari aku yer...

p/s : Jangan lupa tinggalkan komen anda disini beserta url blog anda untuk pelawat pergi ke blog anda pula .. hehe .. praktikal pertama ..
 

Adsense - Musim Ban Kembali

Salam sejahtera buat semua...

"akaun adsense kena ban"


Musim Ban Kembali....Hari ini dapat lagi berita rakan-rakan yang kena ban atau kena disable akaun adsense masing -masing ... sedih juga bile dengar.. ada yang earning terkumpul sudah melebihi $200.00 tinggal nak cashout hujung bulan ini..


Namun , perjuangan perlu diteruskan .. jangan mengenal erti putus asa dalam adsense ..kerana , hanya mereka yang bersemangat waja sahaja akan berjaya dalam adsense . chewah .. ayat motivasi pulak..


Sebenarnya ,istilah ban dalam adsense ni adalah istilah biasa .. dah tidak semestinya mereka yang mengamalkan cara salah/black hat sahaja akan di ban oleh google .. mereka yang mengamalkan 100% cara betul/white hat pun pernah di ban oleh google .. Alasan yang diberikan oleh google adalah alasan yang sangat famous iaitu ada fraud cliks atau invalid activity ... penjelasan lanjut akandiberikan sekiranya kita reply email tersebut.. jika tidak itu sahaja lah notis terakhir buat kita ..


Jadi untuk menjadi adsens eplayer yang berjaya.. jangan putus harapan terus lakukan dengan semangat baru.. biasalah untuk berjaya dengan cemerlang bukan mudah .. ia memerlukan sebuah pengorbanan yang tinggi nilainya ..


Setelah kami selidiki , antara punca ban oleh google adalah seperti :


*Klik sendiri
*mewujudkan komuniti klik antara adsense player
*membayar seseorang/komuniti untuk klik iklan adsense
*membeli trafik ( ada sesetengah traffik ini tidak safe adsense .. yg safe ok tak jadi masalah )
*menciplak artikel bulat2 dari blog/web lain
*iklan yang dimasukkan dalam blog melanggar TOS.. ( contoh : warna ads sama dengan post .. sgt mengelirukan visitor dsb)
*mengiklankan url dilaman porno,gambling dan sebagainya untuk mendapatkan backlink
*post terlalu banyak bagi blog yang masih hingusan.. ( cth blog baru seminggu dah ada 300 post )
* Dan lain lain...


Sebenarnya jika nak disenaraikan semua adalah terlalu banyak...  dan paling ditakuti adalah situasi ini ..Niat mereka adalah baik .. tapi telah menghancurkan kita ...


Sekian dulu.. bersambung di post akan datang ...


 

Cara Mudah Buat Blog - 1

Bila sebut blog ramai akan keliru ... apa beza blog dengan web site ?
Pandangan peribadi aku , memang ada perbezaan antara keduanya . Antara yang aku mampu senaraikan disini ialah  :



1.Web berbentuk statik manakala blog adalah dinamik
- Maksudnyer web biasanya dihasilkan dengan content yang tidak diubah dalam jangka masa yang lama berbanding blog yang akan sentiasa diupdate oleh admin blog tersebut .

2.Web kurang interaktif berbanding blog .
- Buktinya amat mudah , jarang pengendali laman web menyediakan ruang untuk interaksi antara admin dengan pengunjung web , jika ada pun ruangan contact yang memerlukan pengunjung menghantar email dan sebagainya untuk berinteraksi dengan admin berbanding blog yang mana pengunjung boleh meninggalkan komen terhadap post yang dibuat admin dan pengunjung lain juga boleh menjawab komen dari pengunjung pertama tadi..

3.Web formal , imej korporat , gedung jualan dsb manakala blog catatan peribadi .
Kebiasaannya web digunakan oleh jabatan kerajaan atau swasta untuk menunjukkan imej korporat mereka selain menyampaikan maklumat disitu . Terdapat juga web yang mempromosi produk atau perkhidmatan mereka .. Blog juga sebenarnya tidak ketinggalan untuk mempromosi produk dan perkhidmatan tetapi ramai yang menggunakan blog sebagai pengganti buku catatan harian mereka dengan mencatat aktiviti harian atau berkongsi hobi secara online..


Ok itu lebih kurang beza blog dengan laman web statik ... banyak la pula melalut pasal beza web dengan blog ni .. :-)
kembali kepada topik ... aku nak kongsi pasal bagaimana nak buat blog paling mudah ..

Bersambung ke post akan datang ...
 

Menyingkap Rahsia Tarikh Lahir

Rahsia tarikh lahir

Hari ni aku nak kongsi dengan awak semua rahsia tarikh lahir yang heboh diperkatakan ... Siap ada yang buat duit lagi dengan benda simple ni ..
Apa yang boleh aku katakan , jangan percaya 100% dengan apa yang dibaca nanti , kalaupun mmg kena pada diri kita mybe itu satu kebetulan sahaja dan ia adalah berdasarkan kajian manusia semata-mata ..

_____________________________________

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.
 

Aku juga seorang blogger ...

norazman

Salam buat semua ...

Erm .. sedar tak sedar .. dah hampir 7 tahun aku berinternet ...Hari ni aku telah membina satu lagi blog iaitu blog ini lah ... yang awak semua sedang baca ni .. www.gurucyber.net .
Blog aku yang lain lain banyak dalam bahasa inggeris dan aku rasa ini lah satu satunyer blog aku yang akan gunakan bahasa melayu sepenuhnya..  bukan aku tak cintakan bahasa melayu .. tapi blog blog aku yang lain dibuat adalah bersesuaian dengan tujuan ia diwujudkan iaitu untuk aku letakkan adsense didalamnya..
Apa dia adsense ? .. Insyaallah aku akan tunjukkan satu persatu disini nanti apa dia adsense .. langkah demi langkah untuk jana pendapatan sampingan dengan Google Adsense .

Doakan aku tidak malas untuk update blog ini ... sekian ..

.

.
 

Cara Melepasi Sekatan Google Panda Algorithm

Salam sejahtera buat semua sahabat Gurucyber.net

[caption id="" align="alignleft" width="512" caption="Cara melepasi sekatan google panda"]Cara melepasi sekatan google panda[/caption]

Orait .. jika sebelum ni kita sahabat blogger sering dihantui dengan Google Sandbox .. sekarang kita bagai dikejar pula dengan Google Panda ..hari ini saya ingin berkongsi bagaimana kita boleh melepasi sekatan Google panda ini ..

Sebenarnya cerita ni dah lama , cuma samada kita sedar tidak sedar bahawa algorithm yang diperkenalkan Google sekarang adalah lebih ketat dan akan membuatkan seseorang akan terduduk jika terkena sekatan dari algorithm baru ini yang dikenali sebagai goolge panda.

Baik , sahabat sekelian .. Jika sebelum ini kita semua para blogger sibuk dengan membina backlink untuk menaikkan rank blog masing masing .. juga untuk meningkatkan populariti blog masing - masing .. namun selepas kelahiran google panda , backlink bukanlah lagi satu keutamaan untuk mendapatkan perkara-perkara tersebut...

So , Apa yang diinginkan Google Panda ?

Ini jawapan bagi persoalan tersebut .. http://googlewebmastercentral.blogspot.com/2011/05/more-guidance-on-building-high-quality.html

Secara ringkasnya adalah Google panda mementingkan blog/artikel yang berkualiti dan dapat memenuhi permintaan visitor/pembaca  secara keseluruhannya..

Jadi , mahu tidak mahu untuk melepasi sekatan Google Panda adalah kita perlu menghasilkan tulisan yang betul-betul berkualiti dan unik serta bukan hanya menjadi tukang copy paste sahaja ..

Google panda juga menyarankan kita menyediakan beberapa soalan dalam minda sebelum menulis sesebuah artikel.. soalan - soalan tersebut sebenarnya biasa bermain difikiran kita semasa kita sendiri mencari sesuatu maklumat di internet ..

Ayat mudahnya , letakkan diri kita sebagai seorang visitor sebelum menulis sesebuah artikel.. apa yang kita inginkan .. apa perasaan kita jika membuka sebuah blog yang kita search dan kandungannya hanya sebuah artikel yang tidak dapat menjawab soalan kita tadi.. jadi sediakanlah sebuah artikel yang berkualiti dan unik untuk pembaca blog kita ... itulah petua untuk melepasi sekatan goole panda .. :-)

Fikir-fikirkan..

Sekian ... wassalam
 

Pernah dengar tentang cinemagraph ?

Salam sejahtera buat semua ...
Kat bawah ni la yang dikatakan cinemagraph ... memang unik ..










 

Sultan Kedah Dipilih Menjadi Yang Di-Pertuan Agong Menggantikan Sultan Terengganu

Sultan Kedah dipilih Yang di-Pertuan Agong baruMajlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan hari ini

sumber : malaysiakini

nak tengok post sahabat lain ?
Cari kat bawah ni...
 

Gunakan Google Trends Untuk Tingkatkan Page Rank Dan Earning Adsense

kelebihan google trends untuk tingkatkan rangking blog

Salam sejahtera buat semua sahabat gurucyber.net ..

Hari ni nak kongsi dengan sahabat semua berkaitan dengan Google Trends .. Apakah kelebihan dan bagaiamana kita boleh gunakan ia untuk meningkatkan page rank dan juga meningkatkan earning adsense ..

Saya fikir semua sahabat dah tau apa dia google trends dan tak perlu saya cerita panjang lebar lagi..

Apa yang nak saya kongsi adalah pengalaman saya menggunakan method tersebut dan alhamdulillah ia membuahkan hasil untuk meningkatkan page rank dan juga seterusnya earning adsense saya sendiri ..

Apa yang perlu dilakukan adalah , sebelum kita membuat post untuk blog ( adsense terutamanya ) seharusnya kita meninjau dulu apakah trends carian semasa.. dengan itu kita dapat membuat pilihan yang tepat bagi pencarian keyword dan setersnya memastikan post/artikel kita tersebut cepat di index oleh google .. dan satu lagi yang paling penting adalah kita inginkan blog kita berada di page 1 apabila keyword itu dicari..

Ringkasan cara kerja :

* Pergi ke laman Google Trends
* Pilih salah satu Trends yang hangat disitu
* Pergi ke laman http://www.keyworddiscovery.com/search.html untuk dapatkan suggestion long tail keyword .
* Dah dapat long tail keyword mula tulis artikel
* bagi yang tak tahu nak tulis apa ? sengan jer... kita guna cara sedikit black hat nak ?

Ok macam ni ..

* Gunakan keyword yang sama ...
* masuk ke Google Translate .>>Translate keyword dari English ke Italian ..
* Seterusnya gunakan http://www.google.it/  dan masukkan keyword tersebut..
* Cari artikel dalam bahasa itali tu yang berkautan dengan Keyword tadi.
* Dah dapat artikel >> Translate semua dari Itali ke English dan post dalam blog sedara-sedari sekalian.. :-) ..
* Comfirm artikel tu adalah unik content ...

sekian .. terima Kasih .

 
 

Tips Promosi Hangat Masa Kini..



Salam sejahtera buat semua ...

Erm.. rasa kering idea pulak nak berkongsi tentang adsense .. tapi mengenangkan sahabat setia gurucyber sedang menanti post tentang adsense maka diperah juga otak pada malam ni untuk penuhi permintaan para sahabat semua ..

Orait ! .. dari dulu lagi kita dah tau .. nak berjaya dalam apa jua bidang dalam internet ni adalah TRAFIK ! .. So , untuk mendapatkan trafik yang terus menerus bukanlah satu perkara yang mudah namun jika kena caranya ia tidaklah begitu sukar .. perh !! .. ayat berputar-putar pulak rasanya..
 

10 Rahsia YouTube Patut Kita Ketahui

10 Rahsia YouTube Patut Kita Ketahui
rahsia youtube


1. Melihat High Quality Videos
Ada video-video yang boleh anda buka dengan versi high quality. Caranya iaitu dengan menambah beberapa tulisan ini di belakang link URL video yang anda buka:
* &fmt=18, untuk melihat versi stereo, resolusi 480 x 270.
* &fmt=22 untuk melihat versi stereo, resolusi 1280 x 720.
Setelah anda menambah salah satu kod di atas pada alamat URL video di browser anda kemudian menekan Enter atau Go, maka paparan video Youtube yang anda buka akan menjadi lebih lebar dengan kualiti yang lebih baik.

2. Embed High Quality Video di blog anda
Trick sebelumya berguna untuk melihat video yang high quality di Youtube. Semasa embed alias mencantumkan video kualiti bagus tersebut di blog anda, tambahkan kod berikut di akhir URL: &ap=%2526fmt%3D18 atau &ap=%2526fmt%3D22.

3. Skip Terus ke Bahagian yang Menarik
Semasa membuka sebuah video di Youtube, kita boleh langsung skip ke minit tertentu? Jadi misalnya ada sebuah video yang panjang, yang sebenarnya moment menariknya ada di minit 03:14, kita tidak perlu menunggu sampai videonya berputar hingga ke minit itu. Cukup tambahkan #t=03m14s di belakang URL, contoh: http://www.youtube.com/watch?v=YPQ_N4imYVE#t=03m14s

4. Sembunyikan Search Box
Semasa anda hover atau melayangkan pointer mouse anda di atas sebuah video Youtube yang di-embed dalam sebuah blog, biasanya akan muncul Search Box. Jika anda tidak ingin perkara terjadi, tambahkan &showsearch=0 di belakang URL yang anda embed.

5. Meng-embed Hanya Bahagian Tertentu dari Video
Anda boleh menambahkan &start=30 di akhir URL yang anda embed, supaya boleh terus skip ke saat ke-30.

6. Video yang di-Embed boleh Autoplay
Biasanya video yang di-embed berjalan semasa tombol Play-nya diklik. Tapi jika anda mahu video tersebut secara auto di halaman website tempat anda embeded video itu dibuka, tambahkan &auto*play=1 di akhir link URL video tersebut.

7. Membuat video yang di-Embed Berulang-ulang automatik
Tambahkan &loop=1 untuk membuat video yang anda embed automatik terus berulang alias looping.

8. Tidak Menunjukkan Related Videos
Jika anda meng-embed sebuah video Youtube di blog anda, biasanya muncul link atau gambar menuju ke video lain yang berkaitan. Jika anda tidak mahu itu terjadi, tambahkan &rel=0 di belakang URL video yang anda embed.

9. Download Video
Ada banyak cara untuk download video dari youtube,seperti dengan Keepvid.com. Namun trik ini boleh juga dicuba, semasa anda membuka link video tertentu, ganti saja perkataaan youtube.com di link anda dengan kickyoutube.com. anda akan automatik akan ke website kickyoutube di mana anda boleh download video tersebut dengan mudah.

10. . Game Snake
Tahukah anda , kita boleh main game snakes semasa buffering video di youtube.
Gini caranya, semasa buffering video akan muncul satu bulatan yang bergerak melingkar ditengah tengah video. Itu sebenarnya ularnya.Klik mouse atas video dan tekan sahaja button arah panah atas pada keyboard. Kemudia ular tersebut boleh bergerak mengikut button yg anda tekan.

Sumber
 

Bajet 2012 - Intipati Bajet 2012

intipati pembentangan bajet 2012
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Berpakaian baju Melayu merah hati, Najib yang juga menteri kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema "Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara".

Ucapan perdana menteri disiarkan langsung melalui stesen radio dan televisyen utama.

Belanjawan 2012 dilihat dokumen yang menggariskan strategi kerajaan menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan langkah-langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan.

INTIPATI BAJET 2012

Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.

Peruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan
Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.


Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/177986
 

Raja Copy Paste berkeliaran mencari mangsa..

Salam sejahtera buat semua..

raja copy paste Bukan marah , bukan juga geram , juga bukan bengang ... cuma ... nak ingatkan , sebagai seorang blogger yang bertanggungjawab... hentikanlah kerja-kerja buruk tu..

Inilah luahan rasa seorang sahabat blogger kepada saya baru-baru ini .. beliau amat terkilan dengan gejala Copy Paste yang amat berleluasa sekarang ...

Apa yang paling beliau terkilan adalah ... dah la copy paste sahaja bahan dari blog beliau ... mengaku pulak ia hasil tulisan sendiri dengan mengatakan ia pengalaman sendiri .. cis .. kurang asamn betul penyangak copy paste tersebut..

Sebenarnya .. mudah sahaja kita nak trace / kesan penyangak2 ni..  sila ke web ni http://www.copyscape.com dan masukkan url blog anda ditempat yang disediakan .. Jika artikel dari blog anda menjadi mangsa copy paste maka akan tersenarai disitu segala blog yang mempunyai artikel yang sama ...

Bagi saya , perbuatan copy paste ini sungguh tidak bermoral .. kecuali beliau memberi credit pada penulis asal... ada pulak tanya ... apa dia beri credit tu .. hu hu , beri credit tu adalah menyertakan link asal / sumber asal artikel tersebut ..

So, sekian dulu buat kali ni .. sembang lain dimasa akan datang ..

Wassalam..

 
 

Serangan Adsense For Domain akan bermula minggu hadapan...

Salam sejahtera buat semua ...

He he , tengok tajuk tu macam mengancam jer .. sebenarnya tak der apa-apa pun cuma pada minggu hadapan team's gurucyber yang terdiri dari beberapa orang sahabat karib akan memulakan semula program AFD yang agak lama terbengkalai ..

Terdiri dari pada beberapa orang masta .. Zulbaidi , nasir , manas , Ustaz Khairuddin .. akan beraksi minggu hadapan demi mencapai target USD10.00 sehari dengan AFD ...

Adakah matlamt mereka akan tercapai ? kita nantikan minggu hadapan...
 

Alhamdulillah 7 dari 10 permohonan akaun Adsense telah lulus ...

Salam sejahtera buat semua sahabat gurucyber..

Nak cerita sikit jer.. alhamdulillah , hari ni 7 dari 10 akaun adsense yang ditempah oleh sahabat gurucyber telah pun berjaya ...

Walau polisi google agak ketat sekarang , namun alhamdulillah akhirnya berjaya juga sahabat-sahabat kita memperoleh akaun sendiri dan boleh mula menjana pendapatan dengan google adsense


Photobucket


Bagi sesiapa lagi sahabat gurucyber yang ingin menempah akaun adsense sendiri boleh la berbuat demikian dengan mengisi sedikit maklumat pada borang yang telah saya sediakan dan saya akan menghubungi para sahabat semula dengan segera ..

Borang boleh didapati disini : < Klik sini >
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger