Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih

Shoutmix akan menghentikan servis percuma ..

Salam sejahtera buat semua..

Saya fikir ramai antara kita sudah mengetahui terutama kaki blogwalking menggunakan shoutmix ..

Bermula 1/1/2012 shoutmix akan menghentikan servis percuma mereka dan akan mengenakan bayaran bagi mereka yang ingin terus meletakkan widget dalam blog masing-masing . boleh baca lanjut disini : >>> http://www.shoutmix.com/v3/openletter.php

erm.. so , nak atasi masalah ni saya cadangkan kepada semua rakan blogger kita bertukar ke shoutbox pulak.. kerana ia masih free .. yelah .. agak2 ada tak yang sanggup bayar sedangkan masih ada yang percuma .. memanglah , jika nak dibandingkan shoutmix dengan shoutbox memang la lebih bagus shoutmix .. tai kena bayar loo..

Kat bawah ni gambar notis dari shoutmix :

shoutmix hentikan servis percumaSekian .. selamat tahun baru buat semua..

 
 

Azam tahun baru 2012 bergema lagi..

Salam sejahtera buat semua...

Waktu saya dok menaip ni menunjukkan jam 12.07 pagi 31/12/2011 .. lebih kurang 23 jam saja lagi sejarah akan berlaku.. 2011 akan menjadi bahan sejarah dan 2012 akan muncul untuk kita lalui bersama ...

Diam tak diam setahun lagi berlalu samada kita lalui dengan seribu kenangan manis atau seribu kenangan pahit .. yang pastinya setiap kita pasti melalui kenangan yang tidak dapat dilupakan dan menjadi kenangan sepanjang hayat ...

azam tahun baru 2012Apabila semboyan tahun baru ditiup ... perkataan azam juga pasti tidak ketinggalan dan akan dilaungkan bersama dengan kehadiran tahun baru... pasti ! .. jika bukan semua pastinya sebahagian besar umat manusia akan bertanya samada kepada diri sendiri maupun sahabat handai.. apakah azam ditahun baru 2012 ini...

Azam tahun ini 2011 belum tentu diselesaikan kini datang pula azam tahun 2012 .. yang berjaya menelesaikan azam 2011 alhamdulillah.. yang tidak berjaya jangan putus asa.. sebenarnya bukan tidak berjaya tapi belum berjaya .. teruskan perjuangan ..

Berbicara pasal azam.. sudah tentu kita mempunyai cara tersendiri untuk mencipta azam dan cara tersendiri untuk melaksanakan azam tersebut..

Cuma , nasihat saya .. berazamlah setinggi yag boleh selagi ia tidak membelakangkan syariat agama dan tidak menyalahi undang-undang negara .. insyaAllah selamat ..

Sekian.. Selamat Tahun baru 2012 ..
 

Fenomena Hantu ...

gambar hantu | video hantu

Fenomena Hantu !   Sejak akhir akhir ini.. fenomena ini cukup hebat ..

Salam sejahtera buat semua sahabat hantu .. hehe , sahabat gurucyber yang hebat .. Jika kita perhatikan , fenomena berkaitan hantu sedang hangat diperkatakan tak kenal tempat , tak kenal masa , tak kenal usia..

Disana sini kedengaran orang berbicara pasal hantu .. tak kiralah samada pengalaman sendiri , pengalaman jiran sebelah , pengalaman makcik jual pisang goreng dan sebagainya ..

Persoalannya , bagaimana fenomena hantu ini boleh menjadi sehebat ini ? ..  tentu banyak punca yang boleh dibincangkan dan diperdebatkan apakah punca fenomena ini begitu hangat diperkatakan..

Pandangan peribadi GC .. tak lain dan tak bukan .. pengaruh media adalah salah satu punca besar berlakunya fenomena ini.. seingat GC .. sekitar tahun 80an dulu sudah berlaku fenomena ini .. pada masa itu hangat dengan kisah orang minyak , kisah toyol dan kisah hantu kum kum.. hinggakan ada rakan-rakan GC yang takut nak keluar rumah waktu malam untuk pergi mengaji Quran.. dan era 90an semakin berkurangan cerita-cerita sebegitu ditayangkan di saluran televisyen...

Sekarang ! .. timbul kembali pelbagai cerita hantu,kisah seram,cerita tahyul,tayangan gambar hantu,video hantu dan macam-macam hantu lagi yang tak terkata banyaknya ..  penerbit filem juga mengambil kesempatan dengan fenomena ini dengan menerbitkan pelbagai cerita hantu yang mana kadang-kadang tak masuk dek akal ..

Jika kita search diinternet pula, pelbagai jenis hantu yang kita akan jumpa , pelbagai nama diberikan untuk menyedapkan cerita dan yang paling best ada yang mengadu dapat merakam gambar hantu dan video hantu  , entah betul entahkan tidak..

Kalau nak cerita pasal hantu ni sebenarnya 3 hari 3 malam pun belum tentu habis.. persoalan yang GC nak timbulkan disini adalah apakah kesannya fenomena hantu ini kepada generasi kita yang akan datang ?? .. adakah ia bagus untuk perkembangan generasi kita ?? .. adakah ia boleh memberi pengajaran kepada mereka atau sekadar hanya merosakkan minda mereka..

cuba kita pakat kongsi pandangan .. agak2 apa pandangan sahabat semua ? tentang fenomena hantu ini .... sekian

 
 

Gambar Note Baru Ringgit Malaysia

Adakah ini rupa note baru ringgt malaysia yang khabarnya akan dikeluarkan dan akan digunakan bermula julai 2012 ?

Harap-harap ia lebih berkualiti berbanding wang polimer note RM5 sekarang nih yang mudah sangat koyak..

note ringgit malaysia terbaru , gambar duit baru malaysia

Sama - sama kita nantikan ..

Sekian.
 

Cara cepat tambah follower twitter anda ...

Salam sejahtera buat semua..

Saya tertarik dengan satu berita yang disiarkan kosmo hari ini bertajuk Twitter terima pelaburan Putera Alwaleed RM954.3j link ..
cara cepat tambah follower twitter

Dan ini petikan berita tersebut ;

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu (UAE) - Bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal dan syarikat pelaburannya menyatakan semalam bahawa mereka akan melabur sebanyak AS$300 juta (RM954.3 juta) ke atas laman web perkongsian sosial Twitter.

Pelaburan bersama dengan Syarikat Kingdom Holding (KHC) milik Putera Alwaleed dibuat selepas rundingan selama beberapa bulan dengan ia mewakili kepentingan strategik dalam Twitter.

Putera Alwaleed yang telah lama membuat pelaburan dalam sektor media dan tekonologi berkata, urus niaga berkenaan mencerminkan minat pelaburan dalam perniagaan yang berdaya maju dan memberikan impak global.


Ok sebenarnya saya nak berkongsi dengan sahabat semua cara cepat nak tambah bilangan follower twitter masing-masing , cara ini adalah automatik dan pertambahannya juga agak baik .. biasanya sekali shot dapatla dalam 90-100 follower ..

Caranya mudah sahaja ..apa yang sahabat semua perlu lakukan adalah lawat web ini dan masukkan login name dan password twitter .. tada ! tunggu beberapa minit .. toing ! .. siap.. check follower ... insyaAllah bertambah ..
Mudah sangat ! .. hehe .. semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua ..

I'm The Best !
U are The Best !
We are The Best !

sekian..
 

Langkah Jana Income Dengan Amazon Online Shopping Store

Langkah Jana Income Dengan Amazon Online Shopping Store

Salam sejahtera buat semua..

Pagi ahad yang dingin.. hujan tak henti-henti..masih ada dalam kalangan sahabat yg masih setia dengan bantal busuk dan tilam nan empuk .. namun saya tetap menulis untuk anda semua sahabat setia gurucyber.net ..

Now ! , perkongsian hari ini adalah berkaitan dengan Amazon ... diam tak diam kita sekarang sudah berada di 18 Dis 2011  dan tidak lama lagi 2012 akan muncul... namun adakah pendapatan kita semakin mengukuh atau masih duduk ditakuk lama ?..

Yup , sebenarnya saya nak kongsi dengan sahabat semua satu lagi cabang menjana income melalui internet yang mungkin kita semua pernah dengar tentang kehebatannya namun tak tahu nak bermula dari mana .. Amazon online shopping.. boleh klik banner kat bawah ni nak tengok aper ke benda nya..



 

Itu lah amazon... dia lebih kurang ebay kalau pernah dengarlah .. ada 3 fungsi store ini .. pertama kita boleh menjual produk disana , kedua kita boleh membeli produk dan ketiga kita boleh jadi agen untuk memperkenalkan produk yang ada disana dan kita akan dibayar jika berjaya menjual produk yang ditawarkan disana .. mudah kan ! ..

Bagaimana nak jana income dengan amazon ? .. soalan famous ni... ok ada dua cara .. pertama kita jual produk la .. kedua kita jadi agen .

Bagaimana nak jadi agen affiliate amazon ?  ...  saya ada jumpa satu video cara mudah untuk mendaftar sebagai affiliate amazon .. sahabat semua boleh tonton dan ikut langkah demi langkah cara mendaftar agen amazon tersebut ...  video tersebut dalam bahasa indonesia so jika kurang faham .. sila off kan speaker dan tengok gambar sahaja .. wakaka ..

Ok.. dah siap mendaftar .. kita kena mulakan dengan mancari apakah produk yang senang dijual sebab kenan ingat .. setiap jualan kita akan dapat komisen .. jangan lupa tu .. setiap jualan ada komisen..

Dibawah adalah satu contoh blog yang saya buat khas untuk mengiklankan 100% produk dari amazon .. masih dalam pembikinan ..kira-kira 80% dah siap kot .. he he.  saya akan kongsikan caranya dengan sahabat semua.. jangan bimbang..

InsyaAllah saya akan buat tutorial langkah demi langkah menjana pendapatan dri amazon sama macam saya buat tutorial menjana pendapatan dari adsense dalam blog ni..

Ni blog nya :

Cara jana pendapatan dari amazon

Masih belum siap tu.. niche nya adalah digital camera .. sebab apa ? .. jangan lupa tak lama lagi krismass .. so , omputih sekarang ni dok buat persiapan krismass .. nak abadikan kenangan dalam bentuk gambar kan??.. so nak snap guna apa ? dah tentu camera .. ha ha .. mudahnya ...

Ok.. cukup rasanya sampai sini .. jumpa lagi lain masa... minum time .. jom minum...

Sekian wassalam..

jangan lupa lawat blog kita nih yer untuk dapatkan segala tips jana pendapatan melalui amazon !!! go amazon go !!!
 

Kancil Sesat Jalan ..

Layan video skit ..

Musim-musim hujan ni .. harap semua sahabat gurucyber berhati-hati dijalan raya ... malang tidak berbau ..

 

KATA-KATA HIKMAH DARIPADA PROF. DR. HAMKA

KATA-KATA HIKMAH DARIPADA PROF. DR. HAMKA DALAM BUKUNYA 'TASAUF MODEN'

'Kalau engkau dicintai orang dan mencintai, senangkanlah hatimu. Tandanya hidupmu telah berharga, tandanya engkau telah didaftar anak bumi yang terpilih. Tuhan telah memperlihatkan belas Kasih-Nya kepadamu lantaran pergaduhan hati sesama makhluk. Dan jiwa di seberang masyrik dan maghrib telah terkungkung di bawah satu perasaan di dalam lindungan Tuhan. Di sanalah waktunya engkau mengetahui rahsia perjalanan matahari di dalam falak, ketika fajarnya dan terbenamnya, tandanya Tuhan telah membisikkan ke telingamu nyanyian alam ini. Lantaran yang demikian, dua jiwa berenang di langit khayal, di waktu orang lain terbenam, keduanya berdiam di dalam kesukaan dan ketenteraman, bersenda gurau di waktu bersungguh-sungguh.

Dan jika engkau mencintai tetapi cintamu tak terbalas, senangkan jugalah hatimu. Kerana sesungguhnya orang yang mengusir akan jatuh kasihan dan ingin kembali kepada orang yang diusirnya itu setelah dia jatuh dari matanya: dia akan cinta , cinta yang lebih tinggi darjatnya daripada cinta lantaran hawa. Terpencil jauh membawa keuntungan insaf, kebencian meruncingkan cita-cita dan membersihkan perbuatan. Dengan sebab itu, engkau akan beroleh juga kelak tempat merupakan cinta itu, kalau tak ada pada insan, ada pada yang lebih kekal daripada insan. Bersedialah menerima dan menyuburkan cinta, walau bagaimana besarnya tanggunganmu, kerana cinta memberi dan menerima, cinta itu gelisah tetapi membawa tenteram. Cinta mesti lalu di hadapanmu, sayang engkau tak tahu bila lalunya.

Hendaklah engkau menjadi orang yang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh, benteng yang gagah perkasa yang sukar ditempuh oleh manusia biasa. Kerana tugu cita-cita hidup itu berdiri di seberang kekuasaan dan kemelaratan yang diletakkan oleh kerinduan itu sendiri.'

Cinta yang sejati adalah cinta di antara dua hamba Allah yang dipaterikan oleh cinta kepada Allah. Janganlah kita berkhayal kerana iblis suka meracuni jiwa yang lalai.


Prof Dr.Hamka
Tasauf Moden

 

Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua yang kita paparkan dalam blog

Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua yang kita paparkan dalam blog


Salam sejahtera .. hehe agak keras bunyi tajuk hari ini..

Siapa yang tak setuju dengan tajuk diatas ? ..sila angkat tangan ...

Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua yang kita paparkan dalam blog

Sebenarnya sudah lama saya ingin berkongsi dengan sahabat semua seperti tajuk kat atas tu.. tapi tak berkesempatan ..

Saya terpanggil untuk membincangkan topik diatas disebabkan sudah agak panas dan tak tahan melihat kebanjiran blog yang agak memualkan dan meloyakan dan tak lebih dari sampah serta sebagai bahan menggalakkan maksiat dalam kalangan masyarakat yang memang sudah sedia maklum semakin lalai dan leka dari mengingati Allah..

Saya yakin .. sahabat semua pun biasa terjumpa blog - blog dajal dan setan ( maaf la bahasa kasar sikit ) yang memaparkan bahan yang berunsur lucah , menggalakkan maksiat , menyokong pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan memuja syaitan pun ada ..terlalu banyak sangat ! ...

Ingatlah ... Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua yang kita paparkan dalam blog..

Blog-blog Dajjal dan setan ini sebenarnya memang agak popular .. denga visitor ratusan hingga ribuan sehari ... kalau buat duit dari adsense/nufnang/etc memang masyuk lah... tapi adakah ianya berkat ? .. hasil klik yang kita terima dengan memaparkan gambar telanjang , gambar lucah , video lucah dan sebagainya ... makan duit HARAM ..

Saya juga agak hairan dengan polisi kerajaan Malaysia ( Bukan nak tentang kerajaan ni ..cuma tolong semak balik polisi anda ) .. terdapat ribuan blog yang memaparkan perkara tak senonoh .. mana peranan anda sebagai pihak bertanggungjawab ?  Blog berunsur Politik .. secara terang-terang memaparkan Video seks lucah ... mengapa tak sekat ? Jika kerajaan mampu sekat laman download satu ketika dulu mengapa laman-laman lucah ini juga tidak disekat ?..

Ingatlah Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua yang kita paparkan dalam blog..


Allah itu tidak pernah tidur .. Allah itu Maha mengetahui.. wahai penulis blog2 dajjal dan setan .. ingatlah .. anda semua akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang anda paparkan dalam blog anda..

Jika didunia anda terlepas .. diakhirat anda akan dibakar dan diseksa tanpa belas kasihan lagi..tunggulah...

Maafkan saya jika agak emo hari ni..

Jika sahabat ada pandangan yang hendak dikongsi boleh tinggalkan dibahagian komen.. kita bincang sama-sama ... terutama jika ada pandangan bagaimana untuk sekat blog-blog setan ini muncul lebih banyak lagi..

Semoga usaha kita ini diberkati Allah..

Sekian ..

Ingat !!!

Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua yang kita paparkan dalam blog

 

Banjir Kilat Di Bandar Kuantan

Update 5/12/2011
03.00 Pagi

Video keadaan banjir bandar kuantan

Banjir di bandar kuantan 2011



Update 4/12/2011
8.00 Malam

Selepas bandar Kajang bandar Kuantan pula dilanda banjir kilat ..

Dibawah adalah gambar keadaan banjir di bandar Kuantan yang dirakamkan seorang sahabat .

banjir kilat kuantan pahang

banjir kilat kuantan pahang

gambar keadaan banjir bandar kuantan 2011Kebetulan pagi esok saya ingin ke bandar kuantan atas satu urusan.. erm .. nampaknya kena tangguh dulu la kalau keadaan banjir di bandar kuantan ini masih berterusan .

Jika banjir kilat di bandar kajang sebelum ini dikaitkan dengan masalah kerajaan negeri mengorek pasir... banjir dibandar kuantan ini nak dikaitkan dengan apa la pulak agaknya ya ? .. baliklah kepada asal.. segalanya telah ditentukan Allah..

Bagi mereka yang merancang perjalanan ke kuantan pahang sila ambil perhatian dengan makluman ini ..

Terima kasih
 

Yes ! Esok Hari Isnin...

Salam sejahtera buat semua sahabat GuruCyber ..

Esok hari isnin..



Amacam ? Apa pandangan semua tentang hari isnin ????

Masukkan pendapat sahabat semua dibahagian komen .. terima kasih ..
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger