Kami sedang menaik taraf server gurucyber.net >> jadi semua post boleh di baca disini .. Terima Kasih

60 Petua mendapatkan pasangan ...

Salam sejahtera buat semua..

Ronda-ronda hari ni jumpa la petua dari Dato' Dr haji Fadhilah Kamsah ni...

60 petua mendapatkan pasangan ... so nak kongsi kat sini rasanya.... sumber asal adalah dari web http://www.fadzilahkamsah.com/

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau ke*****an lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Oleh: Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

 
 

Selamat bercuti semua pelajar sekolah bersama guru-gurunye.. tapi awas...

Salam sejahtera buat semua...

Cuti sekolah baru saja bermula... 2 minggu ... bolehla family bawak anak2 bercuti samada dalam or luar negara ... better abiskan dalam negara dulu ..,bukan apa ..jika bercuti dalam negara ni..bolehla mengelakkan pengaliran wang keluar ye tak ? ..

Dalam keseronokan bercuti jangan lupa apa yang ditinggalkan... jom layan video dibawah... apa yang ditinggalkan..

 


Pakat komen apa perlu dibuat untuk tinggalkan rumah.. kot ada petua orang tua-tua ker cara nak halang penyangak macam dalam video tuh .. sekian
 

Free worldwide sms ... tanpa install software..

Salam sejahtera buat semua...

Jalan-jalan..pusing-pusing tadi .. terjumpa satu web baikpunyer...

Free sms .. ke seluruh dunia ... PERCUMA ! .. ya .. ia free ( setakat hari ni la .. esok tak tau ea.. ) .. ini link dia  < klik Sini > .

Ok.. cara dia mudah sangat ... nak sent sms cuma masukkan no tel yang hendak di sms .. masukkan perkara .. sent ! .. ha ha , mudahnya.. tanpa perlu daftar , tanpa perlu install apa-apa software dalam komputer kita ...

Lagi satu pastikan no tel tu didahului dengan kod negara yang hendak dihantar ... boleh rujuk disini : <klik sini >

Jom pakat try .. tapi harap guna kearah kebaikan la yer.. jangan nak menyepam tel orang pulak .. sekian...
 

Tips ringkas menaikkan pendapatan adsense



Salam sejahtera buat semua...

lama jugak rasanya saya tak menulis artikel berkaitan adsense ..sebenarnya saya sedang mencari dan mencuba beberapa kaedah alternatif untuk menaikkan income adsense sedia ada...

Ok , hari ni nak kongsi dengan sahabat semua tentang beberapa perkara yang saya fikir kita semua perlu tahu...sebagai seorang adsense player saya fikir  ia agak penting kerana perkara ini adalah asas untuk menjana income dalam adsense ..

[important]1. Trafik [/important]
Ini adalah kunci utama untuk berjaya dalam adsense ... seperti apa yang kita semua tahu .. nak dapat duit dari adsense for content hanyalah dengan memperoleh klik... mudah bukan .. tapi yang agak sukar adalah untuk mendapatkan trafik..

So , sebelum sahabat semua melangkah jauh dengan adsense .. fikirkan dulu bagaimana untuk menarik trafik masuk ke laman web/blog sahabat semua.. trafik pula perlu trafik yang berkualiti dan asal negara datangnya trafik itu sendiri .. Paling baik adalah trafik yang datangnya dari negara eropah , USA , Britain dsb .. ini kerana klik yang terhasil dari trafik negara berkenaan lebih mahal harganya berbanding trafik dari asia..

[important]2. Kedudukan iklan dalam blog . [/important]
Yang kedua adalah kedudukan iklan dalam blog sahabat semua.. kuncinya ialah , semakin dekat iklan dengan post/artikel adalah lebih bagus..

Berada dibahagian atas adalah lebih profitable dari dibawah.. Berada dikiri lebih baik dari berada dikanan sebab kita membaca tulisan rumi bermula dari kanan .. so fokus mata akan lebih tertumpu dari kiri kekanan..

Google juga ada memberi panduan tentang kedudukan iklan yang paling baik.. terpulanglah kepada theme blog anda dan sebanrnya lebih baik kita sendiri buat ujikaji kedudukan mana yang paling baik untuk blog kita..

[important]3. Ukuran iklan[/important]
Yang ke tiga adalah ukuran uiklan itu sendiri .. sudah tentulah ukuran yang besar lebih kerangkalian untuk di klik.. selain mudah dilihat mungkin juga mudah untuk pengunjung terklik secara tak sengaja iklan tersebut..

[important]4. Warna iklan [/important]
Yang ke empat ialah berkaitan dngan tema warna iklan .. sebenrnya terdapat banyak pendapat tentang warna iklan ni .. google sendiri pun ada memberikan tips tentang warna yang paling baik...

Pengalaman peribadi saya ...warna yang seakan-akan theme blog dan merge dengan theme agak kurang klik berbanding dengan tema warna yang agak berbaza dengan theme ... maksud saya .. iklan yang kita tonjolkan akan menjana lebih banyak klik berbanding iklan yang tersorok dalam theme ...

Tapi terpulanglah pada diri anda untuk memilih tema tersebut ...

[important]5.Fokus kepada artikel yang HPK [/important]
Yang terakhir adalah berkaitan dengan HPK ( High Paying Keyword ) ... semasa mengemaskini blog dan menulis artikel.. pastikan sentiasa menulis berdasarkan HPK... ini kerana artikel yang berdasarkan HPK lebih tinggi nilai klik yang kita terima ...

sekian dulu tips hari ini ... kita akan sambung di lain masa.. sekian ..
 

Penapis Air Bio Aura ( Harga Hilang Akal ) Paling Murah Dipasaran !

[notice]Tawaran Hilang Akal Dari Gurucyber ![/notice]

Salam sejahtera buat semua sahabat setia gurucyber

Hari ni nak kongsi satu peluang baik kepada semua sahabat sekelian yang masih lagi belum mempunyai penapis air di rumah .. Ops .. bukan tapis teh atau kopi tau .. tapi penapis air yang keluar dari paip rumah tu..

Sebenarnya tak perlu diperkenalkan lagi produk ni ... dalam TV pun selalu keluar iklan tentang produk ni .. Penapis Air Bio Aura keluaran Hi-O Marketing ...memang terbukti menapis air dengan berkesan dan dalam masa yang sama membekalkan mineral yang berguna untuk tubuh badan kita ...

Ingat ! .. air amat penting dalam kehidupan .. sampai bila kita nak minum air yang bercampur dengan karat dan habuk dari dalam paip rumah kita tu,... fikirkan sjenak... kesihatan adalah nikmat terbesar dalam hidup...

penapis air bio auraIni lah rupa penapis bio aura yang saya maksudkan ...

Harga pasaran produk ini adalah RM2080.00 .. tapi untuk sahabat gurucyber hanya perlu bayar RM700.00 sahaja untuk semenanjung malaysia dan tambahan RM50.00 untuk sabah dan sarawak...

Stok adalah terhad dan kira siaa cepat dia dapat...

Jaminan produk adalah 1 tahun .

Sebarang pertanyaan lanjut olehlah ajukan melalui borang pertanyaan yang telah saya sediakan ... Terima Kasih ...

[important]P/S : Sahabat boleh hadiahkan penapis ini untuk orang tersayang .... kesihatan anugerah yang sangat bernilai... [/important]

 
 

Uihs .. sedapnya sarapan roti sapu butter ... Tapi AWAS !

Salam sejahtera buat semua...

ermm. apa sarapan pagi sahabat semua pagi tadi ? .. roti ? wakaka... hati-hati yer...

Nih .. jabatan agama islam johor keluarkan kenyataan/memo... Baca la sendiri ... sekian .



 
 

Uiks !!! .. macam ni pun ader ker ? ...

Salam sejahtera buat semua ...

Petang jumaat ni.. nak kongsi satu gambar dengan sahabat semua...
mee sedap
Erm.. itu macam pun ader ker ... tapi itu hanya versi jakarta jer.. tak kan jumpa kan Malaysia punyer .. hehe .. jangan marah pembaca dari jiran sebelah yer... Mee tu nama nya agak Unik ...

sekian...
 

Qunut panjang or Qunut pendek ?






Salam sejahtera ...

Ini lah akibatnya jika dangkal ilmu...

Ambil pengajaran walaupun ia nampak macam lawak ...

Sekian ..
 

CTR Theme mampu meningkatkan klik untuk adsense ..

Salam sejahtera buat semua ..

Setelah lama berehat dari membuat post tentang adsense , hari ini saya kembali ... moga post hari ini lebih baik dari post semalam dengan satu niat ingin membantu sesiapa sahaja yang sudi ... InsyaAllah ..

[caption id="attachment_604" align="aligncenter" width="300" caption="cara meningkatkan klik adsense "]cara meningkatkan klik adsense [/caption]

Orait .. terus kepada topik ... CTR theme .. Boleh rujuk disini < Klik > , ia di reka khas untuk blogger dari kumpulan wordpress yang beradsense ...

Saya sendiri telah mencuba theme tersebut untuk salah satu blog adsense saya .. dan hasilnya ia telah meningkatkan klik untuk ads adsense saya sebanyak 20% ... wow banyak tu... tapi awas ! ... berhati-hati dengan CTR ... apa dia CTR boleh la google sendiri .. seperti yang saya telah beritahu dari awal lagi .. untuk AFC , CTR yang paling selamat adalah 0%-3% sahja sehari ... dan purata sebulan pun dalam lingkungan itu ..

Theme itu berharga $67.00 .. tak la mahal mana jika dibandingkan dengan apa yang akan kita dapat balik dari theme tersebut ... theme ini unlimited licence .. maksudnya sahabat semua boleh gunakan di seberapa banyak blog sekali pun ..

Segala setting ditunjukkan dalam video .. so tak jadi masalah nak setting ... amat mudah sebenrnya ..

Ehem .. buat pembaca setia blog gurucyber ... saya nak bagi free jer theme tu .. sapa nak angkat tangan .. hehe .. Ok la theme tu sebenrnya dah banyak disebarkan secara percuma di forum-forum dan blog diluar sana .. so kalau rasa minat dan nak cuba bolehla cari yer..

Dah cuba nanti bolehla kongsi kat sini peningkatan klik tu macamaner ..

sekian dulu la untuk hari ni .. wassalam..
 

Gergasi Sungai Pahang ..

Salam sejahtera buat semua ...

HAri ni nak kongsi satu pic best ...


Gergasi sungai pahang .. he he .. sambil berkayak sempat lagi tangkap udang .. ni abang Bomba la punyer keje .. kita panggil dia sebagai team penyelamat .. dia bantai mancing udang ..

Terima kasih buat semua anggota bomba dan penyelamat yang bertugas sepanjang masa menjaga keselamatan kami.. jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya ... 
 

Selesai ... XPDC Berkayak Sungai Pahang...

Salam sejahtera buat semua...

Alhamdulillah .. selesai sudah XPDC berkayak ... hu hu .. sengal jugak badan nak menghabiskan kayuhan.. Jarak tak la berapa jauh sangat .. mengikut kata instructor lebih kurang 105Km jer..

Anyway .. sape sape geng gurucyber yang nak joint aktiviti lasak nanti boleh la hubungi saya ... akan datang kami nak panjat gunung pulak.. gunung belum di tentukan lagi .. insyaAllah sedang di usahakan..

 

Yahudi Merosakkan Umat Islam dengan 3 F ...

Salam sejahtera buat semua ...

ermm esok say akan pergi berkayak selama 2 hari .. dari Kg Belimbing ke bandar Pekan Pahang .. tak jauh pun lebih kurang 70KM sahaja ....

Malam ni sebelum packing barang nak bawak besok , sempat lagi blogwalking ke beberapa blog sahabat dan terjumpa satu artikel yang amat menarik .. so dengan izin beliau saya Copy dan paste jer kat sini ...

selamat membaca ..
Semalam aku telah hadir ke salah satu program ceramah integriti penjawat awam di bawah kementerian tempat aku berkerja. Ceramah yang menerangkan kepentingan mencari halal lagi baik atau 'halalan toyyiban' dalam kehidupan seharian kita disampaikan oleh Ustaz Mohd Amri bin Abdullah dari JAKIM. Ceramah yang disampaikan pada aku sangat berinformasi, dua jam rasanya tak cukup untuk ceramah berkenaan, terlalu banyak info yang sepatutnya kita tahu sebagai umat Islam dalam hal memilih makanan atau produk halal. Ustaz Mohd Amri pula memang pandai memberi ceramah, amat jarang aku tak mengantuk ketika mendengar ceramah dan ceramah dari Ustaz Amri ni antara ceramah yang berjaya mengekalkan aku dalam keadaan 'jaga' kerana Ustaz Amri pandai menarik perhatian aku sebagai pendengar dengan pelbagai informasi dan lawak jenaka spontan dalam sesi ceramahnya. Aku tertarik dengan salah satu informasi yang dikongsi oleh Ustaz Amri dalam ceramahnya iaitu "Yahudi merosakkan umat Islam melalui 3F." Kenapa Yahudi menggunakan 3F ini dan apa yang 'F'nya tu? Yahudi guna 3F ni kerana mereka tak yakin boleh menang kalau menentang umat Islam. Umat Islam memang kuat dengan semangat perjuangan, sanggup mati syahid dan berkorban apa saja demi menegakkan agama Islam. Namun Yahudi berjaya melemahkan kita sekarang melalui 3F ni.

F yang pertama ialah 'Food' atau makanan. Orang Yahudi memang amat menjaga pemakanan mereka, namun kita biasanya asalkan ianya Halal kita bantai sahaja tanpa memikirkan cara pemprosesan makanan itu, siapa yang membuatnya, rupa dan ciri-cirinya dan dari mana bahan mentahnya. Sebagai contoh minuman-minuman berbentuk seperti arak dan beer Halal seperti Barbican dan Istak. Ini secara tak langsung menerapkan sesuatu yang haram kepada halal. Yelah, kenapa perlu nak minum minuman yang kelihatan seperti arak? Berbuih dengan botol yang ada ciri-ciri minuman haram? Kita tak nampak strategi ni, yang kita tahu asal Halal sahaja boleh minum. Kenapa perlu cari minuman yang kelihatan seperti minuman haram yang dihalalkan? Sebabnya supaya kita kurang menitikberatkan isu mencari halal dalam makanan dan minuman kita. Yelah kalau yang haram pun cuba dihalalkan macam minuman-minuman ni tak mustahil kita pun akan cuba menghalalkan produk makanan haram yang lain.

F yang kedua ialah 'Fashion' atau fesyen. Yang ni pun konsepnya sama jugak, asal bertudung dah mencerminkan Islam, tapi yang peliknya tudung pakai, tapi kain terbelah sana, bonjol sana, bonjol sini. Aku mengaku, aku memang suka tengok perempuan pakai ketat-ketat dan jarang-jarang macam legging atau baju tidur 'see through', kalau aku dah kahwin pun aku nak bini aku pakai macam tu, tapi kat rumah la, jangan la keluar rumah pun pakai ketat-ketat dan seksi-seksi. Ya, orang kita memang suka befesyen, cuma fesyen tu tak kena, asyik nak tiru orang barat berfesyen je, diorang bukan beragama Islam, agama mereka tak mewajibkan mereka menutup aurat, kenapa kita tak wujudkan fesyen kita sendiri yang lebih menutup aurat dan menarik agar menjadi ikutan barat pula? Perlu diingat menutup aurat bukan bermakna menutup badan dengan pakaian-pakaian ketat. Memang ada isu mengatakan, kalau tak ikut fesyen susah nak hidup, contoh kalau uniform sesuatu agensi tu mewajibkan pakai skirt ketat macam mana pulak kan? So kita akan pilih untuk mengabaikan tuntutan agama dan ikut undang-undang manusia yang memaksa kita memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Persoalannya kenapa kita tak fight untuk agama kita sendiri? Ini secara tak langsung membuatkan orang Yahudi akan bertambah takut dengan umat Islam kerana kita akan fight back kalau undang-undang mereka cuba mencabul kemuliaan agama Islam.

F yang terakhir ialah 'Fun' atau hiburan. Tak salah berhibur dalam Islam, tapi janganlah sampai melampaui batas sebagai umat Islam. Zaman sekarang ni terlalu banyak hiburan-hiburan yang melalaikan umat Islam. Dah ambik wudhu' nak angkat takbir, dengar je rancangan hiburan kegemaran bersiaran di televisyen, sanggup tinggal sejadah nak tengok, last-last dah abis program tu baru la solat balik. Secara tak langsung kita dah bertuhankan hiburan dari bertuhankan Allah s.w.t. Dah nak mengadap Allah dah ni, siap angkat takbir dah nak solat, sanggup lagi memalingkan muka nak tengok hiburan dan artis kegemaran dan kegeraman kita terkinja-kinja atas pentas. Jangan kata hiburan, ada jugak orang dah berdiri atas sejadah nak solat, SMS berbunyi boleh baca dulu SMS tu baru solat, alasannya, takut tak khusyuk dalam solat, senang je nak settlekan masalah tu, jadikan tabiat menutup handphone sebelum masuk masjid, surau atau sebelum berwudhu'. On balik bila dah selesai. Kenapa salahkan khusyuk pulak, seolah-olah khusyuk dalam solat tu beban yang perlu kita tanggung sebab tak baca dulu SMS tu.

So sebagai umat Islam, berhati-hatilah terhadap 3F ni, muhasabah diri setiap malam sebelum tidur, apa yang kita buat pada hari ini. Kalau perasan mana-mana bahagian yang tak elok kita dah terbuat, target supaya ia tak akan berlaku lagi di masa hadapan.

Sumber: http://pokpa.blogspot.com/2011/05/yahudi-merosakkan-umat-islam-melalui-3f.html#ixzz1La1He8qq
 

Biodata Datuk Shazryl Eskay Abdullah Terbongkar !

Salam sejahtera buat semua ..

Biodata Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah dibongkar dengan hebatnya di internet ...

Berikut adalah biodata beliau yang sempat saya copy and paste ..

Harap maaf


Post terpaksa dikeluarkan atas sebab menghormati kes dalam siasatan Polis Di Raja malaysia ...


Sekian

 

Cerita Berat hari ni ... ROI vs RROI

Salam sejahtera buat semua.. harap semua sihat ceria disamping keluarga tersayang ..

Hari ni nak bercerita dengan cerita yang agak berat sikit tapi sering dipandang ringan dan ada yang tak tau pn apa dia ROI dan apa dia RROI ...

Sebelum saya melanjutkan perbincangan ini , saya nak gtau .. saya bukanlah seorang penganalisis ekonomi dan bukan juga pakar ekonomi ... apa yang saya nak bincang hari ni adalah satu pandangan 'orang kampung ' tentang ROI dan RROI ..

Orait , apa dia ROI ? ROI adalah singkatan dari Return Of Investment dan RROI pula adalah singkatan bagi Real Return Of Investment ... hu hu betul tak ejaan aku tuh ... lau salah maaf la yer.. maklum la orang kampung menulis...

Ok , sambung lagi ... bercerita tentang ROI ni , ia adalah satu pulangan dari apa yang kita laburkan .. contoh terdekat kita buat palaburang dalam ASB la .. so setiap tahun kita akan dapat pulangan dari pelaburang kita itu ... cuma , adakah kita faham pulangan sebenr yang kita terima ? ...

Cntohnya begini ... katakan tahun 2111 kita invest/simpan dalam ASB sebanyak RM10 ooo.00 dan dividen ahun itu di ishtiharkan sebanyak 8% .. jadi berapakah pulangan yang kita terima ? ... Ya kita akan terima RM800.00 tunai .. Tapi adakah itu pulangan sebenar ? jawapannya tidak ... why ?

Ha .. ini la nak cerita pulak tentang RROI ... dalam investment , sebenrnya kita jangan baca sangat tentang ROI sahaja .. tetapi kita kena banyak kaji RROI ... mengapa RROI .. ya RROI adalah real Return Of Investment...

Jom main kira kira ...

Invest RM10K
dividen 8% = RM800.00

Tolak ..

1. Zakat - 2.5%
2.Innflasi  - +- 4%

Berapa jumlah sebenar yang kita dapat ? he he.. congak le sendiri yer.. jumlah sebenr/bersih yang kita terima adalah sekitar 1.5% sahaja dari invesment tersebut ...

Post akan datang saya nak kongsi camaner nak tingkatkan RROI tu dengan modal yang sama dengan atas tu ... he he

ermm.... apa pandangan sahabat gurucyber semua ? ada idea ... mybe saya salah kira kat atas boleh sama-sama kita bincangkan ... lontarkan idea anda di bahagian komen ... sekian terima kasih ...
 
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. gurucyber dot my - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger